Bergambar kenangan sebelum meninggalkan majlis
dari kanan : Kim, Eileen, Emmy, Nor Fiza, Juliana Jamil dan Irma.
tiada dalam gambar : aku (sbb aku yg shoot)
Bagi memenuhi jemputan, aku besama dengan Kim telah ke Taiping atau lebih spesifiknya ke Kampung Boyan untk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada junior kita Emmy Williams (maaf aku dah tak ingat nama sebenar beliau). Antara bainunian lain yang hadir pada hari tersebut adalah Irma dan famili, Nor Fiza dan famili serta Juliana Jamil dan anak-anaknya.
Walau sudah lama tak pernah berjumpa hanya bersua di laman Facebook namun kemesraan jelas terpamer. Kelihatannnya Emmy yang terlebih gembira kerana dapat bertemu semula rakan2 lama. Bila dah berjumpa macam-macamlah gossip keluar... Aku dan Kim hanya mampu untuk mendengar sahaja kerana tak tahu di mana untuk mencelah...