Memandangkan kejayaan mengadakan majlis Hari Raya yang lalu aku mencadangkan utk kita mengadakan hari keluarga pada tahun hadapan bagi mengeratkan lagi persahabatan kita. Untuk itu cadangan dari anda semua adalah diperlukan untuk kita menyusun perancangan bagi menjayakan program tersebut.
Sebarang cadangan boleh disalurkan melalui ruangan komen dibawah. Kerjasama dari anda semua untuk memberikan cadangan berhubung dengan lokasi serta tarikh yang difikirkan bersesuaian.
Bersama memperkukuhkan ukhwah....
7 comments:
Saya mencadangkan Family Day 2009 diadakan di PD kat Tiara Beach Resort. Walau pun x penah stay kat sana, tapi dgrnye tmpat tu sesuai utk gathering since ada mini team park tmpat budak2 main.
Lagi pun PD tu kat tgh2 utk org dari Utara dan Selatan.
Aku merasakan untuk memastikan supaya penglibatan semua bekas pelajar di maksimumkan, lokasi tempat memainkan peranan yang amat penting. Memandangkan bekas pelajar batch kita tertumpu di dua lokasi iaitu Ipoh dan Kuala Lumpur, maka saya mencadangkan agar lokasi family day ini diadakan di tengah2 antara Ipoh dan Kuala Lumpur. Oleh itu, pada hemat saya ada 3 lokasi saja yang ada iaitu Cameron Highlands, Rumah Rehat Kolam Air Hangat (Sungkai) ataupun di Rumah Rehat Kalumpang (dekat Tanjung Malim). Sekian sahaja
thanx to fakril n Faizatul 4 ur cadangan... ada sesapa lagi nak bagi cadangan?
antu bersurah.............
ala kiter g pangkor xpun Hutan Belum
cadangan tuh mmg bagus, tapi ko kena pikir juga kengkawan kita yang ada anak kecik....
aku tak kisah kat mana pon.harap2 tmpt nya sesuai utk famili, mengikut umur la.selesa, makanan ok, penginapan ok, harga pon berpatutan. bagi aku,kehadiran kalu boleh biarla ramai, lgi ramai lgi meriah.takdapat 100%, 60%-70% pon dah cukup baik
bkn apa,kalu tmpat ok,smua org akan puas ati, justru akan mnjadi kenangan manis buat smua org ngn famili diorg.mgkin kalu kita ramai2 wat famili day ni,lgi byk dpt diskaun drp tmpat yg kita nak g ni.maklum la bkn 1,2 famili nak join ni.mgkin berpuluh2 famili,takan xda spesel diskaun kot
Post a Comment