Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, July 29, 2009

.::Back 2 School::.

Hujung minggu ini Bainunalumni dan pihak Sekolah akan menganjurkan Karnival Sukan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Penubuhan sekolah yang kita sayangi. Aku sebagai salah seorang jawatankuasa Bainunalumni dan juga Jawatankuasa kerja Karnival Sukan dan AGM berbesar hari untuk mempersilakan semua kawan-kawan untuk datang pada 1 dan 2 Ogos ini.

Marilah kita sama-sama memeriahkan suasana disamping dapat beramah mesra dengan bekas-bekas pelajar Bainun. "WALAU KITA SERING BERKATA TIADA MASA, TETAPI MASA TETAP ADA..."Dalam hal ini aku tak boleh nak memaksa anda semua untuk datang, tapi aku rasa kalian semua perlu datang kerana inilah peluang untuk kita berjumpa dan bertanya khabar. Kalau hendak diikutkan kesibukan kita memang kita sibuk tetapi apa salahnya kalau kita luangkan sedikit masa kita untuk bertemu dengan kawan-kawan, senior-senior dan junior-junior kita yang dahulunya kita sama-sama membesar dengan makan nasi dari periuk yang sama, tidur sebumbung. Tidakkah kalian rindu pada teman-teman anda. Inilah peluangnya untuk kembali bertemu.

Akhir sekali, aku mengharapkan agar kalian dapat hadir pada hujung minggu ini.
Antara Program yang telah diaturkan:
Sabtu : 1 Ogos 2009
1. Pertandingan Bolasepak
2. Pertandingan Bola Jaring
3. Pertandingan Bola Tampar (Bainunalumni vs SMRPB)

Ahad : 2 Ogos 2009
Mesyuarat Agong Bainunalumni
(Makan tengahari disediakan)

#Bilik asrama disediakan kepada yang berminat untuk bermalam.

Thursday, July 9, 2009