Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, December 29, 2009

.::Sahabat Kita Di ICU lagi::.

Terlebih dahulu aku mohon jutaan kemaafan kerana lambat update blog nih. Sebenarnya hujung minggu lalu aku agak sibuk sikit.

26/12/09: Sahabat kita, saudara Saiful Bahri telah dimasukan ke ICU Hospital Sri Manjung, Manjung kerana diserang sakit jantung sekali lagi. Kejadian berlaku semasa beliau sedang menjalankan tugas sebagai "photographer" di majlis perkahwinan junior kita Ismi Bahiah di Bota.

Aku antara yang beliau hubungi selain isteri beliau semasa beliau diserang sakit dada. Beliau mengadu sakit dada dan minta aku segera datang ke rumah Ismi. Nasib baiklah semasa beliau "call" aku, aku dah hampir dengan rumah Ismi. Sesampainya di rumah Ismi, aku terus dapatkan beliau dan aku lihat keadaan beliau memang dah lain macam. Aku cuba suruh dia agar berehat dan bertenang namun keadaan nampaknya semakin serius. Selepas bertanya kepada kakak Ismi (Mazidah - doktor) beliau nasihatkan supaya sahabat kita perlu dapatkan rawatan di hospital. Tanpa berfikir panjang, aku tinggalkan isteri dan anak-anak aku di majlis tersebut dan terus hantar sahabat kita ke Hospital Manjung.

Alhamdulillah aku berjaya bawa beliau sampai dengan selamat di Hospital. Setiba di Hospital sahabat kita terus diberi rawatan dan di masukan ke ICU...

Namun kepada sahabat-sahabat semua, janganlah panik, keadaan beliau stabil dan petang semalam aku sempat berbual dengan beliau melalui telefon dan katanya dia masih lagi ditahan di ICU... Beliau sempat menghantar gambar beliau di ICU sebagai tanda beliau selamat.
Sahabat kita ini kirim salam pada semua sahabat, dan aku bagi pihak sahabat kita ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat semua yang mendoakan kesihatan beliau.

Thursday, December 24, 2009

.::Please Update Ur Phone Number::.

Salam kepada kengkawan semua... Terlebih dahulu maaf sebab tiada perjumpaan untuk batch kita tahun ni... Bukan aku dah serik tapi aku sekadar memberi peluang kepada kengkawan lain untuk tampil jadi organiser... Memandangkan dah sampai ke penghujung tahun, aku berharap agar pada suku pertama tahun hadapan (2010) kita akan berjaya mengadakan perjumpaan.

Untuk merealisasikan program tersebut, aku harap korang dapat bekerjasama untuk "updatekan" data2 korang/ kengkawan kat dalam yahoo grup kita. Sila Klik SINI untuk update. Tujuan aku minta korang update data sbb senang kalo nak hubungi korang... sbbnya korang semua pemalu....
ataupun opsyen lain anda boleh semak dan minta untuk diupdatekan di SINI denagn meninggalkan data terbaru diruangan komen di page ini.

Anyway aku harap next gath kita dapat kumpulkan seramai mungkin kengkawan kita... jangan nanti muka2 yang sama jugak... pastu yg x datang asyik jawapan yang sama jugak.... hope korang x kecewakan aku dan yg lain2..

So aku harapkan cadangan dr korang utk pilih lokasi dan tarikh gath kita nanti...

sila tinggalkan cadangan diruangan comment...

Thursday, December 17, 2009

.::MAAL HIJRAH 1431::.

Semoga kehadiran tahun baru hijrah membawa makna yang lebih besar dalam kehidupan kita semua. Semoga kita terus istiqomah mencari keredhaan ilahi...