Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, September 28, 2008

salam eid mubarak 1429H dari gbonegallery

keluarga gbonegallery mengucapkan
selamat menyambut Hari Raya Eidulfitri
kepada semua tidak kira di mana anda berada...


.:::dengan ingatan tulus & ikhlas-maaf zahir batin:::.
epoi

Friday, September 26, 2008

:::Jamuan HariRaya Aidulfitri & ReUnion Batch 1987-1991:::

PENGUMUMAN

Jamuan HariRaya Aidulfitri & ReUnion Batch 1987-1991

PADA : 4 OKTOBER 2008

TEMPAT: di DEWAN MAKAN BLOK 'A' SMRPB IPOH

MASA: 10.30am ~02.00pm

PAKAIAN: Bebas Hariraya(kalo boleh pakai la baju kebangsaan bersamping..heheheh)


ANTARA XTVT LAIN: mungkin kita akan konvoi beramai-ramai ke rumah Cikgu2 antaranya Cikgu Dato Hj Sabudin & Cikgu Mahmud

BAYARAN:
-RM 30.00 BAGI SATU KELUARGA
-BANK-IN VIA
a. MAYBANK2U Acc
NO: 158118070037 (SAIFULBAHRI BIN ABDUL HALIM@SALLEH) atau
b. CIMB
Acc NO: 08090000509205 (SAIFULBAHRI BIN ABDUL HALIM@SALLEH)
-SILA CALL/SMS 0165177761(epoi) BILA ANDA DAH BANK-IN DUIT!

Antara Menu:
1.Lemang
2.Ketupat
3.Kuah Kacang/Rendang Ayam/Daging
4.Mee Kari
5.Kuih-muih 3 jenis
6.Dessert
7.Air Sirap+Oren ..Silap gaya ada Chendol...
8. dan lain2 jika ada tambahan...


Senarai kehadiran sehingga 27/09/08
1. Norhusnamizan Zakaria-dah bayor!
2. Saifulbahri Abdul Halim-dah bayor!
3.
Alisabrina Mohd.Hasan-dah bayor!
4. Shu-Hakimi Abdul Hamid-dah bayor
5. Bakhtiar Abdul Manap
-dah bayor!
6. Yusri Wanusuki-dah bayor!
7. Fikri Nadzari-dah bayor!
8. Fakril Zamani Mahmud - dah bayor!
9. Mazlan Zainal Khatib
10. Shamsul Amri Ahmad
-dah bayor!
11. Zaesh Azman Zaini- dah bayor!
12. Ishak Mohd Hashim - dah bayor!!org pertama!!

13. Azrul Hasyimi Zabidi
-dah bayor!
14. Hisyam Afandi Abdul Halim-dah bayor!
15.
Salmi Saleh
-dah bayor!
16.
Suzana Abdullah Thani - dah bayor!
17.
Zahariah Ramsah
-dah bayor!
18. Syarmi Shamsudin
19. Roshaidi Rosli- dah bayor!
20.
Farah Husna Kamarudin
-dah bayor!
21. Yusri Yunus
22. Nor Aziah Abdul Karim-dah bayor!
23. Harizal Khaironi
24. Ahmad Fahrizal Asmy-dah bayor!
25. Azlan Zam-dah bayor!
26. Norol Azwa Nordi-dah bayor!
27. Norsyidah Bakron-dah bayor!
28. Zaidi Zahari
29. Shafie Fadzil
30. Sanusi- dah bayor!

Hubungi : Norhusnamizan(miezan) hp:0195073304 & Saifulbahri(epoi) hp:0165177761 untuk sebarang urusan/pertanyaan/kemusykilan

"JADIKAN HARIRAYA TAHUN INI SEBAGAI ANTARA HARI BERMAKNA DLM HIDUP ANDA BILA KITA SEMUA DAPAT BERKUMPUL SEMULA SETELAH 17 TAHUN BERLALU.SEMOGA BERTEMU!"

~SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN~

epoi

Saturday, September 20, 2008

~Antara Cikgu-cikgu Kita Yang Diingati Dan Disayangi Selalu - Terima Kasih Cikgu, Jasamu Dikenang!~

Senarai Cikgu-cikgu kita dulu, dari Form 1 sampai la Form 5, yg penah ajar kita atau tak penah atau sekali je penah masuk ke kelas kita. Jika ada yang tertinggal, sila maklumkan kpd aku. Boleh aku sentiasa update kan senarai ni.
Insya-allah, jika kita ada kelapangan, pada Hari Raya ini atau hari2 yg. lain, sama2 lah kita menziarahi Cikgu-cikgu kita ni. Semoga ia dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim dan ukhwah antara kita semua.
(Senarai ini tidak mengikut abjad atau pangkat seseorang cikgu)

  1. Cikgu Ismail Awang Kechik (cikgu Sejarah yg. pandai berceritera)
  2. Cikgu Zaini (Cikgu Perdagangan & Keusahawanan, PA)
  3. Cikgu Marat (Cikgu BM SRP1989)
  4. Cikgu Mahmud (Cikgu BM, tapi tak penah kasi A, rupa2nya yg sebenar dpt A)
  5. Cikgu Juhainis (Cikgu BI form 1)
  6. Cikgu Rohani Abu Bakar (Guru Tingkatan 1A2)
  7. Cikgu Yusni (cikgu BI, Geog. dan Koop)
  8. Ustaz Adzmi (Ustaz yg bnyk. mengajar tentang byk perkara dunia dan akhirat)
  9. Cikgu Mokhtar (Cikgu Koop, ketuanan Melayu kuat ni)
  10. Cikgu Hassan Basri (ingat tak?, cikgu ni ajar Geografi)
  11. Cikgu Khazari (cikgu ni ajar Sejarah, memang banyak cerita)
  12. Cikgu Sabudin Hassan (Senior Assistant cum Cikgu Biologi)
  13. Cikgu Kamarzaman Mat Tuah (Pengetua a.k.a HM,nasihat bab cuti sekolah paling aku ingat)
  14. Ustazah Azizah (betul ke? kalau tak betul, tolong betulkan)
  15. Cikgu Krishian (Cikgu Mat. Mod., kena tulis tarikh d papan hitam)
  16. Cikgu Sabariah Hassan (Cikgu Mat. Mod)
  17. Cikgu Sabariah (Cikgu BM)
  18. Cikgu Uzairi (GPK HEM, senyap tapi tegas)
  19. Cikgu P. Samuddin (Cikgu Pend. Seni)
  20. Cikgu Gobinathan (Cikgu BI yg kelakor, asyik terkena je murid2nya)
  21. Cikgu Rosnah (Cikgu Koop, taksalah ajar PA)
  22. Cikgu Raja Abdul Rahman (Cikgu Add. Maths)
  23. Cikgu Liew C.K (Cikgu Fizik)
  24. Cikgu Chai (Cikgu Kimia)
  25. Cikgu Mat Anjang (dah jadi Pen. Pendaftar Nikah -Naib Kadi, sapa2 nk kawin, jmpa cikgu ni)
  26. Cikgu Megat Zainuddin (Cikgu Geog berjiwa seni - muzik)
  27. Cikgu Ismail Desa (cikgu Geog, citer Australia, macam2 citer ada, pnah jadi Pengetua Bainun)
  28. Mrs Gan a.k.a Miss Tan (Cikgu BI)
  29. Miss Lau (ajor 1119 English)
  30. Cikgu Khairuddin (Cikgu Geog, Guru Tingkatan 3)
  31. Cikgu Meenakshi (Cikgu Sains Paduan)
  32. Cikgu Ramlah (ajar SRT)
  33. Cikgu Ahmad Ismail
  34. Cikgu Razana (Cikgu Maths & Kelab Komputer)
  35. Cikgu Abdul Razak
  36. Cikgu Amir Sharifuddin Wong (Cikgu PJ)
  37. Cikgu Zaidah (Guru Kaunselor)
  38. Cikgu Salbiah
  39. Cikgu Faridah Taib (Guru Penasihat SLAD)
  40. Cikgu Hasni (Guru Penasihat St. John Ambulans)
  41. Cikgu Aziah (ajar Maths)
  42. Cikgu Hasnah Ibrahim (ajar Sejarah) tulke adik@kakak DSAI?
  43. Cikgu Siti Fatimah (ajar SRT)
  44. Cikgu Aziz K.Peer Mohd (Allahyarham) - Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
  45. Cikgu Norhana (Cikgu Maths Form 1 @ 2, betul kot nama cikgu ni)
  46. Cikgu Sharifah Azhariah
  47. (akan diupdate dari semasa ke semasa)

Friday, September 19, 2008

.:Gath Raya 08': Kenapa Korang Perlu Hadir!!!:.

Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk kita kembali ke sekolah dan bertemu semula rakan2 yang ada di antaranya sudah 17 tahun terpisah. Perjumpaan kali nih bolehlah diibaratkan sebagai titik permulaan utk kita kembali mengeratkan tali silaturrahim yang renggang kerana kita dipisahkan oleh jarak dan waktu.

Tiada tujuan lain mengapa aku cukup bersemangat untuk menjayakan program perjumpaan ini melainkan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Terasa begitu rugi sekiranya silaturrahim yang terjalin 17 tahun lalu dibiarkan renggang dan jika kita tidak berusaha untuk mencantumkannya kembali tidak mustahil ianya akan tetputus satu hari nanti. Adalah menjadi harapan kami semua agar silaturrahim yang terjalin ini akan dapat dieratkan dan dikekalkan sehingga ke akhir hayat.

Untuk pengetahuan semua, Epoi sedang berusaha untuk mendapatkan katerer utk menyediakan makanan kita pada majlis tersebut. Itu sebablah kami masih belum maklumkan kos bayaran yang perlu dijelaskan. InsyaAllah kita sedang berusaha untuk mendapatkan kos yang paling minimum.aku ubah ayat mizan sikit.kelewatan mencari quotation ada juga bersangkut paut dgn late decision nak join gath, nk bajet mcmana jika kita masih mencari org dlm mgu lepas,so aku nk cakap kt katerer berapa org pon x berani...biladh tau berapa org exactly hadir,senang aku nk berurusan dgn katerer dan buat bajet(epoi).

Perjumpaan kali ini juga pastinya cukup menarik kerana pemilihan lokasi majlis kita itu. Yang menariknya kita adalah kerana kita meninggalkan tempat itu pada usia kita 17 tahun dah kita kembali semula setelah 17 tahun kita tinggalkannya. Bagi yang kali terakhir menjejakan kaki di Bainun 17 tahun yang lalu pastinya akan teruja dengan perubahan yang berlaku pada persekitarannya... terlalu banyak yang "baru" sekarang ini... memang berbeza sekali dengan apa yang kita tinggalkan 17 tahun lalu... Namun kembalinya kita 4 Oktober nanti pastinya akan menggamit nostalgia...

Kepada kengkawan yang aku tak dapat hubungi, sekiranya anda terbaca blog ini janganlah segan untuk hubungi aku ataupun Epoi. Sebagai insan biasa pastinya kita tak lari dari melakukan kesilapan... Aku sedar ramai lagi kengkawan yang aku tak dapat hubungi, jadi kepada yang aku tak hubungi aku bagi pihak rakan2 yang lain memohon maaf... walaupun aku tak hubungi bukan bermakna anda telah dilupai.... tidak sama sekali... Kepada kengkawan yang tidak menamatkan pengajian dibainun sehingga tahun 91 juga anda adalah sebahagian daripada kita semua.... anda juga dijemput utk hadir...

Kepada kengkawan yang pada awalnya telah menyatakan tidak dapat hadir tetapi di saat akhir berlaku perubahan program raya anda dan anda mempunyai masa juga jangan segan untuk sama2 hadir memeriahkan majlis kita nanti...

Akhir sekali marilah kita sama2 berdoa ke hadrat Allah SWT agar apa yang telah kita rancangkan ini diperkenankan-Nya...

Antara jawapan SMS yang aku terima:

11-Sep-08 18:25
From : Dilah
Akum. maaf le takdpt gi jamuan raya nant. sy tgh menunggu hari ni. slmt bebuka

15-Sep-08 13:46
from : Azlina Saad
Maaf, x dpt hadir. Trm ksh ats jmptn.

15-Sep-08 13:47
From : Samira
Maaf tak dapat hadir, ada komitmen belajar yg penting. TQ

15-Sep-08 15:23
From : Fazlinda
Hi Mizan, thanks 4 the sms, Sad 2 inf that I'm not able 2 make it to the function. Anyway, tq for the invitation - fazlinda amir

16-Sep-08 09:05
From : Ruslan
Aku rasa x sempat ler...coz 4/10 aku masih berada d kuantan spupu bini aku kawin...mlm tu baru balik KL...frust jgak aku nak jumpe kengkawan nih...anyway krim slam kat semua .,.seronok tgk gambo2lame kat blog kiter

17-Sep-08 20:59
From : Rothnaida
Sorry mizan, aku xleh joint, adik ipar aku kawin hr 2


Thursday, September 18, 2008

Kenangan Raya


gambar: ruang tamu rumah fakril

duduk depan (lelaki dari kiri ke kanan): Kim, Pie, Fakril & Mazlan; duduk di kerusi (lelaki) shidee, Cikgu Mahmud, Hisyam Ibrahim & Lonadi; Perempuan dari kanan ke kiri Lin, Jana, Ijam & Salmi


Salam.... mmm cam x sabar lak nak jumpa kawan2 yang dah lama x jumpa. Ni antara koleksi gambar yang jana ada... x ingat le bila gambar ni diambil tapi yang pastinya... gambar ni sewaktu beraya di rumah Fakril dan sekaligus beraya di rumah Cikgu Mahmud. Ni rasanya masa tu plan gitu2 je.. call dua tiga org ajak beraya then ni le hasilnya... x ramai yang dapat datang tapi jadi le beraya le juga.... kami sempat le gak beraya ke rumah ustaz azmi...

gambar ni diambil masa nak gi rumah ustaz azmi.. duduk dari kiri ke kanan Jana & Ijam. Berdiri Lin (Salmi... camera girl).
Rasanya ikutkan dari senarai yg insyaallah confirm hadir gathering raya tahun ni rasanya cam meriah je... okay le kita tunggu je hari yang dinantikan... Semoga niat gathering untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang kian terputus tercapai...

.::Kehadiran: Gath Raya 08::.

Sekali lagi aku terpaksa juga antar msg dan call semua kengkawan utk tunaikan permintaan kawan2 yg nak tengok list yg dah kompom nak join... ni yg terkini sehingga posting nih...


1. Norhusnamizan Zakaria
2. Saiful Bahri Abdul Halim
3. 
Alisabrina Mohd.Hasan
4. Shu-Hakimi Abdul Hamid
5. Bakhtiar Abdul Manap
6. Yusri Wanusuki
7. Fikri Nadzari
8. Fakril Zamani Mahmud
9. Mazlan Zainal Khatib
10. Shamsul Amri Ahmad
11. Zaesh Azman Zaini
12. Ishak Mohd Hashim (
yang pertama kompom nak join)
13. Azrul Hasyimi Zabidi
14. Hisyam Afandi Abdul Halim
15. 
Salmi Saleh
16. 
Suzana Abdullah Thani
17. 
Zahariah Ramsah
18. Syarmi Shamsudin
19. Roshaidi Rosli
20. 
Farah Husna Kamarudin
21. Yusri Yunus
22. Nor Aziah Abdul Karim
23. Harizal Khaironi
24. Ahmad Fahrizal Asmy
25. Azlan Zam
26. Norol Azwa Nordi
27. Norsyidah Bakron
28. Zaidi Zahari
29. Shafie Fadzil



So kepada kengkawan semua yg ingin membantu aku, Epoi serta kengkawan lain utk menjayakan program kita nih harap dapat pujuk kengkawan lain utk join program nih...
kerjasama anda semua hanya Allah yang dapat membalasnya i/allah...

Latest update on:18 sept 08 @ 12.30

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sumber : JAKIM (www.islam.gov.my)

Monday, September 15, 2008

NOMBOR TELEFON KAWAN-KAWAN

nih antara yg aku bleh usahakan utk display summary data kawan2 yg aku amik dr yahoogroup kita yg azrulkuchik buat dulu.bleh refer sini (TAPI KENA SIGN-IN YAHOO DAHULU)-->: database 8791
ntah valid lagi atau tidak semua maklumat.harap2 link yahoogroup tu bleh jadi reference, dan jika sesiapa nk ubah/revise maklumat, sila buat di situ(perlu diingat, tak payah key-in word fancy-fancy mengelakkan tidak standardized).penat azrul create mende tu..thanks kuchik.

aku tahu ada yg dh berubah no fon dan aku ada setengah no korang, tp aku rasa lebih baik inisiatif empunya badan sendiri yg buat pembetulan, semoga ada rasa responsible terhadap maklumat sendiri, lagi pon database dh pon azrul sediakan, tinggal kita shj yg perlu klik mouse dan selalu jenguk BLOG/Yahoogroup kita sendiri. Nah, jika dh buat correction di yahoogroup tsbt, sila sms aku atau miezan utk betulkan no fon korang di topik ini utk reference mudah/pantas kawan2 yg lain...
fr:epoi

*yang bertanda merah adalah no. terkini...

BIL NAMA TELEFON
1 Ahmad Fahrizal Asmy b. Mohamed Yunus 013-4888900
2 Alisabrina bt Mohd.Hasan 016-5335306
3 Azlin Yusma Md Yusop 012-5218042
4 Azrul Hasyimi 019-5589349
5 Bakhtiar B. Abdul Manap@Rashid 016-3153493/019-2677662
6 Ermi Irman b. Adam Shuhaimi 019-3535104
7 FARAH HUSNA KAMARUDIN 012-3359165
8 Faizatul Adlin 016-3652411
9 Fakril Zamani Mahmud 012-3165558
10 Fazlinda Bt Amir 016-3467355
11 Hafsah A. Rani 012-2351751
12 Harizal B. Khaironi 012-5730474
13 Ishak Mohd Hassim 019-7771974
14 Juliana bt Shaharum 019-4021536
15 Lonaddi Zainuddin 019-2404176
16 M.Khairul Hisham 012-6556769
17 MOHD YUSRI BIN YUNUS 012 - 483 7715, 05 - 549 7791 (OFF)
18 Mahadzir B. Ahmad 012-4126176
19 Mohd Fikri 019-5222023, 019-2034317
20 Mohd Hisyam Afandi b Abd Halim 019-2782003/03-42706586
21 Noor Fadzilah Aris 012-4016901
22 Nor Syidah Bakron 019-2288610
23 Noraziah Abd Karim 0135299741 / 019-3974136
24 Norhana Binti Ahmad Pardi 012-2228849
25 Norhusnamizan 60195073304
26 Norizam Mat Jaafar 012-5823677
27 Norol Azwa Hj. Nordi 016-3300574
28 Rohayati Abd Raof 017-5946456
29 Roshaidi Rosli 017-3729675
30 Ruslan Shamsudin 012-6162567

31 Saifulbahri b. Abd.Halim 016-5177761/017-5899956
32 Salmi Salleh 019-3766814/0322844557
33 Samira Albati Bt Kamaruddin 017-8782684
34 Shamsul Amri bin Ahmad 019-3554226 / 07-2532425
35 Sharifah Lisa Bt Syed Ali Hassan 019-7187363
36 Shu-Hakimi Abd Hamid 013-3820000, 013-4400020 , 012-4400020
37 Suryani Kamarudin 03-89466305 / 012-6140390
38 Suzana Abdullah Thani 05-6883550/019-2792390
39 Syarmi Shamsudin 019-3949779
40 Syed Syafudin Syed Abu Hassan 016-2768733
41 Zaesh Azman Zaini 019-2513959
42 Zahariah Bt Ramsah 017-2934846
43 Zaidi bin Mohamed Zahari 012-3236804
44 Zaileha Hasine 012-7629473


45




46.
norizan mohamad




Wan Ainiza
019-3606791



0172299877







Sunday, September 14, 2008

Kadar Zakat Fitrah Untuk 1429H / 2008M

Kadar zakat fitrah tahun 2008 untuk negeri-negeri di Malaysia pada tahun ini meningkat antara RM1 hingga RM2.70, kecuali negeri Selangor yang mengekalkan pada RM5.20. Sarawak menerima kenaikan terbesar dengan RM2.70 tambahan, dari RM4.80 ke RM7.50.

Senarai kadar zakat untuk negeri:

Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya - RM5.20
Perlis - RM5.00/RM7.00
Kedah - RM7.00
Pulau Pinang - RM7.30
Perak - RM7.00
Selangor - RM5.20
Negeri Sembilan - 6.50
Melaka - RM6.30
Johor - RM6.50
Pahang - RM7.30
Terengganu - RM6.00/RM7.00/RM8.00
Kelantan - RM7.60
Sabah - RM7.70
Sarawak - RM7.20

Pembayaran zakat fitrah boleh dilakukan menerusi amil-amil yang telah dilantik oleh kerajaan negeri.
(Untuk pengesahan, sila rujuk Majlis Agama Islam negeri masing-masing)

Jom sama-samalah kita menunaikan Rukun Islam yang ke-4, insya-allah.

Reunion - Satu Tanggungjawab Bersama

Salam Sejahtera, Salam Ramadhan al-Mubarak, Salam Kemerdekaan

Coretan yg dulu tu, nanti2 kot aku sambung utk bhg yg seterusnya, sebagai memberi laluan kepada agenda terpenting yg semakin hampir iaitu majlis jamuan aidilfitri (a.k.a reunion, gathering) dll yg sewaktu dgn nya yg akan diadakan pada hari raya ke-4, insya-allah di smrpb (smkrpb).

Sekadar ingin berkongsi pengalaman dan perasaan, reunion adalah sesuatu yg amat dinanti2 kan oleh sapa2 sahaja yg bersahabat, bersaudara, berkeluarga dsb. Di situlah platform utk bertemu mesra, berbual bicara, bercerita kisah2 lama, memori2 indah, pahit, kelat, berkenal-kenalan terutamanya dgn org2 baru dan apa saja agenda yg bisa aja dilakukan di dalam sesuatu union.

Reunion (perjumpaan semula) dapat mengeratkan hubungan yg telah lama terputus (loss contact), bkn terputus disebabkan perseteruan atau perselisihan faham, tapi terputus bersama angin perubahan masa, tempat, persekitaran yg membawa kita ke tempat yg lain, daerah yg lain malahan negeri dan negara yg lain. Bagi yg memang terputus disebabkan perseteruan, inilah masa dan ketikanya utk bermaaf-maafan dan menjalin kembali silaturrahim.

Reunion, sama ada secara formal atau informal, matlamatnya tetap sama. kaedah saja yg berlainan, kaedah termasuklah suasana lokasi, kos2 yg terlibat pasti akan berbeza2 mengikut di mana dan bagaimana reunion itu diadakan.

Reunion bukanlah sekadar 2-3 org rakan2 drp berpuluh2 atau beratus2 rakan yg ada. Itu cuma pertemuan biasa, atau sekadar makan-makan sama2 ngan kawan2 yg ada. Reunion ni lebih gah drp pertemuan biasa,sebab ia melibatkan lebih drp majoriti rakan2 yg ada, melibatkan suasana yg lebih meriah, kos yg lebih, organisasi pengurusan pun lebih, dsb.

Sebenarnya aku suka reunion ni. Dan aku beruntung juga sebab isteri aku pun menyokong aku utk sama2 ke reunion raya ni. Yela, dulu masa jamuan raya di Hotel Hillcity, aku masih solo. Selain dpt jumpa rakan2 lama,bertanya khabar, bergurau senda, aku bayangkan reunion ni sbg sebuah rumah yg besar yg dpt menyediakan tempat utk kita sama2 beraya. Yela, nak raya ke semua rumah kawan2 dlm tempoh sebulan Syawal, rasanya mustahil. Semua org ada komitmen masing2, cuti raya tak panjang, duduk n kerja jauh (di luar Perak) dll.

Jadi, dgn adanya aktiviti ini, sekurang2 nya kira dah beraya la ke rumah kawan2 semua. Sekali harung la tu. Tapi kita harus ingat, kita akan cuba yg terbaik utk hadir ke reunion, tambah2 lagi bagi kawan2 yg memang dah lama sgt tak berjumpa, teringin nak bertemu kembali. Prinsip aku mudah, jika ada kelapangan (masa), jika ada kesihatan (sihat walafiat), jika ada rezeki (budget cukup), insyaallah sampai la aku ke reunion ni. Kadangkala kita merancang, Allah yg menentukan.

Sejak dah berkeluarga ni, ditambah seorang cahaya mata, segala2 tertanggung di bawah tanggungjawab sebagai seorang suami dan papa kepada anak aku. Harapnya semua akan berjalan lancar, semua kawan2 dan keluarga dapat hadir dgn selamat dan sempurna pergi dan balik. Reunion akan berjalan dgn lancar spt yg dirancang.

Harapan kita semua, biarlah kali ini kawan2 akan datang seramai yg mungkin. Memang betul kata Epoi, bila aku tengok gambar2 reunion baru2 ini, aku tengok gambar Det, cam tak ceria je. Betul ke Det? Mungkin sebab ramai kawan2 tak dapat datang, takpela masing2 dgn alasan masing2, termasuklah aku. Takpalah, kita doakanlah sama2 agar ramai kawan2 dapat datang kali ini. Apalah ertinya jika reunion yg datang hanya 4-5 orang drp berpuluh2 rakan2 yg ada. Kurang sgt drp 20% yg hadir. Jika kehadiran ke reunion lebih drp 60% pon dah cukup baik. Kita faham lah, ada kawan2 yg tak dapat hadir disebabkan urusan masing2. Sebenarnya, secara tak langsung, reunion ini adalah tanggungjawab kita bersama. Jika kita sama2 menyokong aktiviti kita ini, sudah pastilah ia akan berjaya. Kejayaan aktiviti khasnya bagi batch kita terletak di tangan kita semua, bkn nya di tangan Mizan dan Epoi berdua. Diorg tak cukup tangan yg 4 tu.

Akhir sekali buat ketika ini, aku bersama2 dengan rakan2 penganjur (penggerak) jamuan aidilfitri 2008 ini, menyeru, menjemput, mempersilakan, mengharapkan kawan2 semua, marilah kita beramai2 hadir untuk memeriahkan majlis kita. Ini majlis kita, bkn nya majlis org lain. Semoga perancangan kita menjadi kenyataan dan diberkati Allah sentiasa, Kredit yg tak terhingga buat Mizan dan Epoi bersama rakan2 penggerak majlis ini. Aku dari jauh sentiasa memberi sokongan moral utk kalian semua.

Saturday, September 13, 2008

Salam Sahabat2 SMRPB 1987-1991 (Bhg. 1)

Salam sejahtera, salam Ramadhan al-Mubarak, salam penuh ukhwah.

Tiba giliran aku pula nak berceloteh di sini, terima kasih kpd mizan n epoi yg menyediakan ruang yg amat bermakna ini, jasa kalian berdua akan dikenang.... Terima kasih juga sebab memberi peluang kpd aku untuk menulis, yelakan asyik kenangan dan memori di fikiran aje, lebih baik ditulis dan dibaca sama2. Sekurang2 nya teringat2 la kita memori zaman remaja di bainun, pahit manis, kelat, masin, macam2 ada.

Mohon maaf jika ada ketinggalan, kesilapan fakta, atau ada yg terlepas pandang dlm tulisan2 aku ni nanti, almaklum dah lama sangat sejak kali terakhir meninggalkan smrpb yg penuh bersejarah.

Ok, aku mulakan dgn kali terakhir, ada program Form 5 ke pantai timur lepas SPM, kami termasuk la aku, Hisham Ibrahim, Zaileha, Farah Husna dll kena pergi ke KL utk majlis penganugerahan lencana SLAD. Jadi geng2 ni tak pegi la ke Kelantan/Ganu. Tu la sebab takda gambar kitaorang masa kat sana.

Dapat je result SPM, jumpa la balik kawan2. tupon kejap aja, aku terkejar2 nak ke pekan ipoh (sekarang bandaraya), nak pergi kelas komputer. Lepas tu, tak jumpa la sapa2 lagi. Lebih kurang macam loss contact la. Masa dulu mana ada handfon nak SMS ke apa ke, tepon rumah adala, tu pon caj mahal, mana ada Let's Talk TM!

Orang pertama aku jumpa lepas tu adalah Lon (a.k.a Lonaddi) di ITM Caw. Perlis, sekarang dah tukar UiTM. Ok gak, ada geng kat situ. Tapi kejap je, belum abis MSR (kira cam orientation week la), Lon keluar, masuk ke UIA. Dah ilang geng aku kat situ. Rupa-rupanya, Zaileha pon ada kat sana, amik kursus DPIM(org ITM taula kursus2 ni), aku amik DIA. Jumpa gitu2 je, lagipon perempuan kan, almaklumla ITM kawalan keselamatannya ketat la jugak.

Itula geng yg aku kenal, ha lupa plak. Ada senior kita di sana, Rasydan Alias dan Badrul Hisham. Ok gak kenal senior ni, takla teruk kena buli dek senior, selamat..... Lepas tu jumpa plak Bakhtiar, dia amik DBS (org ITM kata Drebar Bas Sekolah,....sebenarnya Dip. in Buss. Studies). Bakhtiar mungkin masuk intake lain dari aku, tu sebab lambat jumpa dia.

Lepas tu, aku rasa tak jumpa sapa2. Kalau ada pon Fahrizal Asmy sebab dia dok kat Manong, adala beraya kat rumah aku. Fakril pon penah la sampai ke Parit. Masa di ITM Perlis, ada lawatan ke UUM, jumpa la jugak ngan kawan2 smrpb di sana. Antaranya Mazlan Z.K.

Abis je DIA di ITM Perlis, aku sambung belajar di ITM Shah Alam, amik degree plak. Pon sama gak, tak jumpa kawan2. Akhirnya jumpa gak ngan Sam (a.k.a Shamsul Amri), dia amik Adv. Dip. in Transport, tapi lain school (faculty) tapi sama bangunan. Kekadang je bertembung, tapi biasanya sibuk nak gi kelas masing2. Masa cuti semester, memang aku balik kampung, dok Parit je la, takda keje2 ni sebab cuti pendek je, cam cuti sekolah. Adala juga jumpa Tokey Blog ni, Epoi (a.k.a Saiful Bahri) di Parkson Batu Gajah.

Lama gak aku di perantauan ni, selalu jugak la nyanyi lagu Dendang Perantau bila time nak raya. Di UiTM Shah Alam, aku jumpa plak ngan Hafsah, cuma dia masuk lambat sikit, intake kemudian drp. aku. Tapi penah gak kelas sama ngan dia, Kelas Buss. Stats., Hafsah tau la citer ni, hehe. Ada jugak la sorang dua kawan2 smrpb perempuan yg aku jumpa, termasuklah Zahariah, Norhayati (ye la kot), kalau aku tak silap sebut nama la. Tapi semuanya jumpa2 gitu la, aku pon bkn nya peramah sangat kot (entah la kot), tapi bukan sombong, segan je kot.

Abisje degree di Shah Alam, aku terus kerja di sana. Dulu ada dengar Ruslan keje kat Watson KL, dekat Puduraya. Baru nak pergi, dia off plak haritu. Tak dapat la jumpa. Takde rezeki nak jumpa la tu. Aku kerja di audit firm melayu di shah alam. Tahun 1998, aku ditugaskan oleh bos aku di PORLA (sekarang dikenali sbg. Lembaga Minyak Sawit Malaysia). Di sana, baru je aku kerja, Hafsah pon masuk kerja kat situ jugak. Almaklumla, di Shah Alam ni, audit firm Melayu leh dikira ngan jari. Jumpa lagi Hafsah. Dia jadi assistant aku, tupon sebab aku senior je, degree level sama je. Tahun 1999 aku resign, Hafsah ganti tempat aku. Aku resign sebab nak keje di Ipoh, nak balik kampung. Kira gamble je, ada keje ke takda, aku resign gak. Dahla masa tu memang ekonomi meleset. Hujung 1997, 1998 dan 1999.

Akhirnya aku pon balik kampung, jadila sbg penanam anggur terhormat lebih kurang 6-7 bulan. Bukan apa, kalu nak dicerita bab menanam anggur ni, aku dah meniti zaman tu, tu la sebabnya aku kena jaga betul kerja yg ada sekarang ni sebab bukannya senang nak dapat kerja, ramai lagi org kat luar sana berebut2 nak kan kerja. ...........................................bersambung dlm Bhg.2

~apa ada pada rupa?~

salam..
selamat menyambut ramadhan ke-13.
seronok dapat lihat perkembangan kawan2 yg dh diinvite jadik penulis, dan menggunakannya dgn baik sekali...aku harap penulisan ini, biarlah berterusan,tiada henti...dan moga2 dgn adanya peluang kita di Blog ini, dapat sama2 kita eratkan kembali silaturrahim kita yg dh lama terpinggir...

kenapa aku memilih tajuk di atas? tentu ada sebab...
persoalan tersebut bukan saja pada aku,malah pada rakan2 ku yg lain, samada yg membaca penulisan ini, mahupun yg tidak pernah menjenguk Blog ini, mahupun sesiapa sahaja, tetapi spesifik ku tujukan pada x~bainunian.

apa ada pada rupa? yg penting pada aku adalah jiwa kita..jika rupa paras tak seperti dahulu dah, janji rupa jiwa kita masih sama.

ramai yg mengeluh, rupa paras dah tak seperti 17 tahun yg lalu..
ramai yg mengeluh, rupa dan bentuk badan dh tak seperti 17 tahun yg lalu..
dan ada yg mengeluh,mungkin,katanya,rupa paras,rupa tubuhnya dah tak sama seperti berada bersama2 kawan bainun dahulu...
dan DISEBABKAN ITU,RAMAI YG MULA MEMENCILKAN DIRI, BERTUKAR MENJADI PEMALU, DAN RASANYA CUBA UTK 'MELARIKAN DIRI' DARI BERTEMU RAKAN2..
dan naluri aku pondapat rasakan, disebabkan RUPA itu tadi, tiada lagi niat di hati utk bertemu rakan taulan, sedarjah,se'tingkatan'...

KENAPA? wahai rakan2ku...janganlah disalahkan Takdir, perubahan fizikal dan jasmani anda berubah...INGAT, itulah ketentuanNya bila kita sendiri yg 'bersalah' dalam membentuk perubahan tersebut..hahahha..(masakan tidak, sapa suruh makan 2 pinggan sekali, tak jogging,senaman, minum gula banyak, makanan berlemak jadik feveret bla..bla..)

SUDAHLAh!!! kamu tetap kamu yg aku kenal!aku pon tetap aku yg kamu kenal!
so what the heck!?kalau kamu kenal saiful,epoi,mamak,siput,rotichanai, sapa lagi??org yg sama mcm dulu..tak berubah..(mungkin bertambah hensem skrg sapa tau..heheh).

so, aku harap, kalo ada yg ada rasa perasaan mcm yg disebut2 di atas tuh, rentikanler mannnnnnn, baik kamu jadi jaga kat ipoh(bak kata iklan petronas)...maksud aku, keluarlah dr kepompong yg menghimpit kamu..dan face the truth yg kawan2 tetap menganggap kamu sebagai rakan yg dulu pernah berseloroh, bersembang, bergurau sekali....

ayohhhh..moh kita dekatkan kembali hubungan yg 17thn renggang, canangkan pada rakan2 lain, utk sama2 kita berjumpa semasa raya besok...sedih aku dgn meezan dan rakan2 yg alin mcm sam,det,yus,ye,kim,shidee dll lah, kalo apa yg kami impikan nih tak jadi kenyataan nanti. buang segala komitmen yg sentiasa ada tuh sekejap, dan luangkanlah masa barang sejam dua nanti...

akhirkata, jika ada yg terasa dgn' ayat-ayat cinta' aku tuh, aku mohon maaf..
berjumpa lagi nanti...
"apa ada pada rupa?"
wassalam.

ayat-ayat cinta oleh: epoi (yg sentiasa sibuk)

.:SeDikit GaMbaR aNAk aKu,aLis & KiM,EiLeen:.








asik gambar lama jerr...
heheh...skali skala bior la aku hapdet gambar2 baru sket...banyak lagi gambo individual yg aku snap aritu,tp sikit2 la aku apdet yerr....heheheh..sapa nk gamba dia dijadikan koleksi, haaaaa...datangla masa jamuan raya besok..nescaya aku snap korang tanpa batasan...ekekek..
(sila klik utk besarkan)

lakonan: fathul muzzaffar shah,shu-haikal,shu-amalin khaleeda & shu-aleya khadija
pentas:smrpb

epoi

Thursday, September 11, 2008

.:: Sanusi:Selepas 17 tahun::.

Hari nih hari yang mengembirakan aku, bukan kerana apa cuma kerana aku dah dapat menghubungi Sanusi. Hari ni aku menerima satu panggilan telefon dari seorang kawan lama aku, beliau beritahu dia dah dapat mengesan kawan kita nih...Sanusi bin Abdul Latif, 17 belas tahun x pernah dengar sebarang berita dari beliau dan hari hasil bantuan kawan2 lama aku dulu aku berjaya mendapatka no. phone dia dan bercakap dengan beliau... beliau kirim salam pada semua kengkawan x-bainun 87-91...

Semoga persahabatan akan kembali rapat seperti dulu...

sesapa nak no.phone dia boleh SMS aku...

Lagi foto-foto x-klusif


Hari ni Free sikit, so ada masa ni nak share lagi photo2 x-klusif
Ini gambar masa tekak x berapa terima lagi nasi kawah asrama... badan masing2 kecut lagi.... lagi mengecutkan bila bergambar dgn Cikgu SRT... Cikgu Ramlah.... (Miss you Cikgu Ramlah.... klu dulu dia x tegas mengajar SRT... mmm cuak juga nak masuk dapur...)
Berdiri dari Kiri ke Kanan: Kay-E, Dillah, Farah, Cikgu Ramlah, Ijan (dibetulkan oleh Anie), Zah & Jana (betuikah aku ni... macam halus jek... ha ha ha le ni dah terlebih baking powder)
Duduk dari Kiri ke Kanan: Napisah, Ijam, Salmi, Ani, Zaikiah, Aishah, Habsah & Syidah
Just nak share a few memories... masa kelas memasak ...
Case 1:....
Jana: Cikgu kenapa pulut kuning saya ni x menjadi pun... x color kuning pun macam yang lain2 tu?
Cikgu Ramlah: Awak ambik serbuk kunyit dari balang mana? Tunjukkan saya balang tu... (Dengan ayu lagi confident tunjuk le balang tu kat Cikgu) Tatkala je Cikgu Ramlah nampak je balang tu.... dia dgn senyum manja je dia dtg dekat2 lalu dicubit skru tang perut....
Cikgu Ramlah: Awak ni x pernah ke dapur ker.. awak tau tak ni serbuk apa?
Jana just Senyum sambil tahan sakit sbb cikgu x lepas lagi cubit
Cikgu Ramlah: Ini serbuk kari... tu sebab pulut awak tu x kuning cam kunyit..
ha ha ha.. mmg confirm masa tu.. x pernah tolong mak masak...
Case 2:
Jana: Cikgu... kenapa bihun goreng saya ni jernih je... lain dari yang lain la..
Cikgu Ramlah: (cam biasa dia tanya) Awak ambik bihun tu kat bekas mana? Tunjukkan saya bekas tu...(ayat macam biasa je dengar)
Jana:.. Ini Cikgu... (muka confident habis... sambil kontrol cun.... ahaks)
Cikgu Ramlah: Awak ni tak tau nak bezakan ker Bihun dengan Soo On? X pernah tolong mak masak ker... , balik rumah tidur je kerjanya ... then so on le kena leter naik pedih telinga dengar....
Itu le sweet memories Jana.... masa tu couple masak dgn Wan Ainiza.... ha ha ha dua-dua mmg x pernah nak ke dapur buta kayu betul le... Klu tanya girls yg lain mesti depa pun ada ceta best gak..... betui tak Farah.... setakat senduk kayu kena ketuk tu dah biasa kan he he he..... Apa2 pun Tq Cikgu sebab x pernah jemu mengajar kami....

Wednesday, September 10, 2008

.::Jejaka Idaman Malaya:Part II::.

Kalau Jana up gambo pelajar pompuan aku kasi up plak gambo jejaka2 idaman malaya 91'. Berdiri dari kiri: Fahrizal, Azlan, Ruslan, Fendi, Det, Mazlan, Ishak, Shidee, Sam, Lon, Fakril, Pie, Zaidi, Syed.
Mecangkung dari kiri: Yusri (W), Kamarul, Harizal, Bakhtiar, Sanusi, Ermi, Yusri (Y) dan Mizan.
Tiada dalam gambo: Epoi, Kim, Zaesh, Tokya, Syarmi, Hisham Ibrahim dan Khairul Hisham.
Kalau ada nama aku x tulis tolong betulkan maklumlah dah 17 tahun berlalu....

Di kesempatan ini aku sekali lagi minta kerjasama kengkawan semua supaya dapat kompomkan kehadiran anda semua untuk majlis raya kita...

Thanx to:
Ismi Bahiyah a.k.a Papiyong 4 da pic
(ai7611@yahoo.com)

Tuesday, September 9, 2008

Girls Form 5 year 1991

Salam Semua...

Jana sempat cari dalam album gambar..so ni pose2 istimewa girls form 5 year 1991.... rasa2nya cam semua ada... gambar diambil waktu gi melawat airport di Ipoh. Hopefully gathering raya tahun ni ramai yg boleh join.... ha ha ha Jana pun x berapa pasti boleh join ker tak...
harap2nya dapat le join... boleh gak jumpa geng2 sekolah. Mungkin dulu x berapa mesra so klu ada kesempatan di gathering raya ni mungkin yang jauh tu kita boleh rapat2 kan ....
So pada you all, klu rindu kat girls form5 year 1991 tengok le gambar ni... Even Jana sendiri gak lama x dapat dengar khabar berita... Azlina Saad, Sharifah Lisa, Fazlinda Amir, Noridah..... mana yek?

Salam ...., Atas permintaan a few friends especially bagi yg terlupa nama kawan2....

Belakang sekali (gambar gelap sikit) dari Kiri ke Kanan: Lin, Habsah, Syidah, Lisa, Salmi, Julie, Cikgu Yusni, Aziah, Zaileha & Hana
Barisan Tengah dari Kiri ke Kanan: Laili, Cikgu Faridah (mmm ni not sure... sorry yek, klu salah tolong betulkan), Aishah, Dillah, Ijan, Samira, Azlina Saad, Aznita, Fazlinda, Alis & Noridah
Duduk Depan dari Kiri ke Kanan: Azlin Yusma, Azwa, Suryani, Noriah, Zah.. (org suruh tgk kamera, dia tgh usya sorang mamat ni... (sori ye zah.. gurau2 gitu), Yati (Girls yg paling pemalu sekali), he he he yang ni pose istimewa dari best friend ada gak kata yang kami ni kembar x seiras... Farah and me myself.. Jana ... so sudah ingat dengan kami.... or masih blur lagi... Tunggu.... ada lagi gambar yang nak di' share' bersama

Friday, September 5, 2008

SALAM MESRA

Salam semua...

Minta maap le.. sbb baru first time nak cuba2 tulis ni... tu pasal sempat join je tapi x update ape-ape cerita pun. He he he...bukan apa bila tgk Miezan & Epoi dok up date ceta cam best je dapat news dari kawan-kawan.

Tahniah untuk Miezan & Epoi sebab x jemu-jemu cuba merapatkan kembali hubungan yang makin lama makin jauh. Harap-harap gathering raya ni dapat join... lama x jumpa member-member... sure dah banyak berubah.... especially fizikal le.. serupa gak le dengan Jana (ni panggilan nama kat rumah & kawan2 kat sekolah) le ni dah terlebih sukatan baking powder... (sebagai buktinya... huwaa... sedihnya bila Alis x kenal pun masa jumpa kat Jaya Jusco, Ipoh). Hopefully ada rezeki dapat jumpa dengan kawan-kawan. Since last day kat sekolah tu ada le sempat bertembung & bertegur sapa dengan Farah, Hana, Ijan, Zah, Dilah, Alis... yg lain2 tu sempat bertegur di alam cyber.... Syidah , Miezan & Anie le yang rajin layan chat. Ha ha ha... dlm alam cyber ni klu sembang mengalahkan cam mesra gitu masa zaman sekolah.. he he he betul tak Miezan?

Ok le ada masa lagi boleh belajar2 up date & touch up lagi blog ni... Lain masa kita jumpa yek... Selamat Berpuasa, take care & all the best....

.::Tazkirah Ramadhan: Keistimewaan Bulan Ramadhan::.

Fadhilat dan Kutamaan Ramadhan

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh umat Islam, ini adalahkerana bulan Ramadhan yang mulia ini memberikan banyak faedah, manfaat, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghahayatinya.

Terdapat puluhan hadis Rasulullah S.A.W yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia juga. Walau bagaimanapun faedah dan manfaat ini hanya diberikan kepada umat islam yang taat menjunjung segala segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya. Mereka yang engkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat, dan lain-lain perintah Allah, tidak berhak mendapatnya.

Diringkaskan daripada beberapa maksud hadis Rasulullah S.A.W mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah S.A.W:
Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlahsemua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintupun darinya. Maka berserulah penyeru: Wahai orangyang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian berlaku pada setiap malam (Ramadhan)

[Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a)

wallahua'lam...


posted by:miezanz