Friday, August 29, 2008

MERDEKA!!! dan Selamat Menyambut Ramadhan


dARi:
Saifulbahri
Alisabrina
Fathul Iskandar Muzzammil
Fathul Muadzam Armand
Fathul Muzzaffar Shah

Thursday, August 28, 2008

.::Jamuan Aidifitri::.

Satu majlis perjumpaan sempena Aidilfitri seperti yang telah dipaparkan di notis board blog ini, akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 4 Oktober 2008 (Sabtu)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Sekitar Ipoh (akan diputuskan kemudian)

Anda semua adalah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut beserta seisi keluarga anda... Sehubungan dengan itu, kerjasama dari anda adalah amat dipohon agar dapat mengesahkan kehadiran anda kepada admin dengan segera bagi memudahkan urusan tempahan bagi majlis tersebut. Bayaran minimum dan berpatutan:

Sila emailkan ke: xbainun8791@gmail.com
atau hubungi : Saiful Bahri : 016 517 7761,
Mizan :019 507 3304

kerjasama anda amat dihargai bagi menjayakan majlis ini...

.::6 Jahanam: Satu mimpi ngeri::.

Satu gelaran yang amat berat untuk ditanggung. Saiful Bahri, Norhusnamizan, Shamsul Amri, Yusri Yunus, Bakhtiar dan Lonaddi 6 orang sahabat yang pernah menjadi mimpi ngeri kepada para pelajar (terutamanya perempuan) di Bainun satu ketika dahulu. Tidak pernah terniat di hati kami untuk menjadi sebegitu... Kalian semua yang menggelarkan kami begitu.

Memang tidak dinafikan bahawa kami sedikit nakal di zaman persekolahan dahulu. Biasalah sememangnya kadar pertumbuhan remaja begitu. Tapi mengapa kami dihukum begitu masa itu? Sehingga ke hari ini kalian semua masih mengingati nama itu melebihi nama kami sendiri... Bukan setakat kalian yang sebaya malahan para junior juga mengingati nama itu....

Namun dengan adanya gelaran itu pada kami memudahkan diri kami untuk diingati... Apabila berpeluang berbicara di alam siber bersama rakan2 kalian seperti syidah, zana, anie, azwa baru aku tahu bahawa kehadiran kami memberi impak yang cukup besar kepada kalian semua... maafkan kami kerana membuatkan kalian rasa fobia dgn kami.... sebenarnya kami tidaklah se"brutal" yang kalian semua fikirkan cuma mungkin cara penampilan kami ketika itu yang membuatkan kami kelihatan begitu...

Memang tidak dinafikan dulu kita memang tidak begitu mesra walaupun dalam kelas yang sama, masing-masing dengan "kepala" masing-masing. Kita selalu bertentangan pendapat, dalam banyak perkara... cuma epoi sahaja yang boleh ngam ngan pelajar perempuan batch kita itupun cuma dengan "buah hati pengarang jantungnya" sahaja... yang lain cuma bercakap kalau ada perkara penting sahaja.

Setelah 17 berlalu, dan dengan kemajuan teknologi, akhirnya kini yang dahulunya renggang dapat dirapatkan... di alam siber nampaknya kalian boleh terima kami ... alhamdulillah... kita nampaknya mesra sekali macam dulu kita nih "sekepala" padahal dulu berselilsih pun tak pernah bertegur...

Akhir kata sempena ramadhan yang bakan menjelang beberapa hari lagi, aku mewakili kengkawan aku yg lima lagi menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya selama lima tahun kita mengenali antara satu sama lain telah banyak kami menyakitkan hati kalian, secara sedar atau tidak kami memohon ampun dan maaf...

salam kemaafan dari
aku (1/6)

Tuesday, August 19, 2008

.::Kawan2 kita & keluarga::.

dikesempatan ini aku uploadkan utk tatapan korang semua sahabat-sahabat kita....

Shamsul Amri dan keluarga
(latest updated:27/8/2008)

Ishak dan keluarga...

Ruslan dan keluarga....

kepada kengkawan yg mahu gambar keluarga anda disiarkan di sini bolehlah emailkan ke: xbainun8791@gmail.com....

posted by: miezanz

Friday, August 15, 2008

.::Jejaka Idaman Malaya::.

Sebahagian dari jejaka2 idaman malaya 91'. Yang aku peliknya apsal aku boleh tak ada dalam gambar nih? Kengkawan aku yang lain semua ada... musykil betul aku...Masihkah mampu untuk kita berkumpul sebegini lagi......

posted by: miezanz

thanx to: Me'ah a.k.a Salamiyah Hj Ahamad (pocahontas_0203@yahoo.com)

Wednesday, August 13, 2008

.::Lagi Gambo Reunion 2008::.

masa sekolah dulu xnak begambar kat sini...

.... ramai yg terkejut dgn imej terbaru Bakhtiar... namun perubahan ini tidaklah mengejutkan sangat... sebenarnya ada perkara lain yg lebih mengejutkan korang semua mengenai Bakhtiar... aku taknak cerita kat sini sekarang....sama-sama kita tunggu apa berita itu..........
__________________________________

hanya berlima????

Kami berenam masih ok... cuma kebetulan masa gambo nih diambil Lon takde kat situ... Alhamdulillah sehingga sekarang persahabat yang terjalin sejak 21 tahun lalu masih utuh... bak kata pepatah bagai air dicincang tak akan putus (terima kasih cikgu2 BM : Cikgu Marat, Cikgu Mahmud, Pn Zaidah)... tetap macam dulu2... cuma epoi yg datang bawak isteri lagi empat datang solo, bukan nak menggatal tapi x nak susahkan isteri masing2 jaga anak... maklumlah bila dah jumpa kengkawan boleh "lupa" anak isteri...
_________________________________


jejaka idaman malaya

hanya kami sembilan org jer yg datang pada petang 2 Ogos tuh (Det datang lepas maghrib, Azrul datang esoknya)... bak kata Kim, asyik muka sama jer... betul gak kata2 Kim tuh... Mungkin korang ada hal / komitmen lain... Hope next gath kita boleh kumpul ramai2 baru gempak...
_________________________________

dah tua2 pun nak wat aksi rock kapak lagi...

begitulah perangai sorang2 walau dah 17 tahun berlalu tapi bila sesekali berkumpul tetap macam dulu... kutuk-mengutuk tetap tak tinggal.... Lebih2 lagi kalau Det jumpa dengan Shidee serta Yusri Wanusuki tetap gamat macam dulu... Kemesraan dan keakraban masih seperti dulu... hanya dipisahkan oleh jarak dan waktu...mana pegi kopiah Bakhtiar........

credit: thanx to Bakhtiar 4 da pic...

posted by : miezanz

Monday, August 11, 2008

Senarai Penuh Kabinet Bainunalumni 2008-2010

Penasihat
Capt. Nazri MArzuke (84-88)
Presiden
Ir. Mohd Azham Azmi (94-98)
Timb. Presiden
Tetuan Aidy Hasrizal Roflese (86-90)
Setiausaha
Nor Syahril Mohd Mazlan (96-00)
Timb. Setiausaha
Yusni Ibrahim (90-94)
Bendahari
Nizam Ahmad (86-90)
Timb. Bendahari
Ahmad Fadzli Zakaria (86-90)
Exco Biro Tugas-Tugas Khas
Mohd Fikri Mohd Nadzari (87-91)
Exco Biro Ekonomi
Mohd Jouhar Fahmi Ahmad Sabki (88-92)
Exco Biro Penerangan
Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi (94-98)

Wakil Batch
86'
Ahmad Nor Abdul Aziz
88'
Azman Ibrahim
89'
Meor Azam Meor Hamzah
90'
Ahmad Fadzli Zakaria
91'
Norhusnamizan Zakaria
92'
Mohamad Hanafi Kamaruddin
93'
-TIADA WAKIL-
94'
Muhamad Faizal Jamal Datuk Wira Jamaludin
95',96',97'
-TIADA WAKIL-
98'
Mohd Mazanni Mazelan
99'
-TIADA WAKIL-
2000
Syed Syamma Wafa Syed Jalaluddin
2001
Zuhaili Mohd Ramly
2002 hingga 2007
-TIADA WAKIL-

Saturday, August 9, 2008

The Mummy Tomb of Dragon Emperor (2008)


Kali nih aku nak share plak movie, supaya korang x payah beli VCD atau DVD hahahahah..
kualiti gambar baik punya...

download?

Posted by: miezanz

Thursday, August 7, 2008

Memory Silam II

Kembali lagi dgn album kenangan...
terlebih dahulu aku minta mahap ler coz gambo lamer nih banya geng aku jer....
kalau korang nak gambo lamer korang kat sini just email kan ker :xbainun8791@gmail.com.

cuba korang teka siapa yg berselubung dgn kain pelikat kat belakang tuh?

Berehat di Masjid Sultan Salehhudin Shah Alam. (rombongan selepas SRP)

Jamuan Hari Raya 1991

Di hadapan Istana Sri Menanti, Seremban. (rombongan selepas SRP)

Kelab Kembara perkhemahan di Ulu Kenas, Kuala Kangsar

Di Medan Kidd, Ipoh, Sebelum menaiki bas ke Ulu Kenas

Persedian pameran sempena lawatan TuankuNazrin Shah.

Malam perpisaan 1991... sedih woo nak tinggalkan sekolah...

Gua Sam Poh Tong Ipoh....

Mewakili sekolah dalam Pesta Bola Baling di Tmn DR

Pasukan Bola Fifth Former 91... kenapa epoi xder.... dating agaknya...

Drama: Pembalasan Tengku Muda...

memenangi skrip terbaik...

Lawatan Lepas SPM (Kota Bharu)

Lawatan Selepas SPM, Asrama Belia K.Kharu
Kuala Trengganu

Posted by : miezanz

Wednesday, August 6, 2008

:::BaiNunAlumni reUnion 2008 ::: the Dinner

Antara gambor2 Dinner malam tuh..

baru lepas blackout...ada org menyerap cahaya kata deme..sapa ntah..ekkeke..
HM: kamu nih apehei nya mizan?dulu suka menor rambut panjang, skang dh takder rambut plak..u r not rocker anymore?
Mezan: skang saya x rock dh cikgu..saya layan genre campor2..kadang2 layan Hujan, kadang2 Ust.Akil Hayy, ada gak layan kump Scoin..ada jgak..Inul...Metallica...Aizat..William Hung...blablabalabla...
(blom abih xplain,HM pon berlalu,penin...maleh nk layan..kang darah tinggi naik..ekekke)
buat kaver album best nih...
para guru yg hadir...harap2 cikegu semua puashati..itu jer yg dapat kami sajikan..
cikgu mahmud melawat anak murid nya dulu sblm jamu selera..
oh no!!? aku gosok mata berulang kali masa neok sis nih..ekek..apa btoi ka ini kak Salina?mueeheheh..baik dia nih dulu..slalu kasik line kat aku masa dating..opppsss...
yumm..yumm...makan time..yg takde dlm gambar,yg tinggai nasik je ataih bangku tu adalh si Yusnita..dia tgh kenen nasik tambah kot ada..hahahhaha...
ceduk bang..cedok...lazat2 lauknyaa...aik? Det tuh tau ke makan nasik?ekekkeke..pucuk ubi takde Det..Sori ek...
Ye: sedap lauk nih yus...tp teringat plak aku kt ikan jaket dulu...
Yus: Kamu jgn banyak kira la Ye...Meggie aku yg kamu kebas 13 paket dulu pon tak bebayor lagi...
antara aweks yg jejak kaki ke skolah..tak makan ker? diet?

antara batch 1990 yg hadir malam tuh..
cikgu yusni br sampai dan bersalaman dgn abg mat keruzan dan yg lain...
apa yg disembangkan kapten nazri dgn HM, cikgu Moktar,cikgu Mahmud dan cikgu Mat Anjang
sape ingat wife ustaz azmi nih?heheh..dgn anak2 diaa...dh besar dahhh...
'hantu-hantu' yg dah jadik baik..ekekke...saja aku blur kan image nih masa snap...
teringat ayat nieh: " oke murid2....mmooolaaaa" (sambil cikgu petik jari dia)..ekekke..komer hengat tak?
napie dgn cikgu krishiandepan kamera seronok deme...nih la jadi nya bila anak murid begambo ngan bekas cikgu deme...

sesi karoke pulak:
lagu nam polohan...
adik nie kelakor juga..suruh org tepuk sblm dia nyanyi..hahahah.a...
sam pon x lepas peluang...
semangat dik...
gambo napie nih kena snap dr bawah ,....supaya nampak kurus sket diaa...nyanyi sambil main bola kocek..ekekk..
Geli Mat!Geli Mat..mat..mat....
junior dgn aksi masing2...
batch junior
Ye dgn lagu kamelianya..tak madan ngan janggut..ekekek..
batch junior + jemputan + cikegu rosnah


thanks to Bro Koleh ngan Meor ngan semua lah yg arrange makan malam tuh...lauk pauk sedap..air 2 tong sampai abis laaa...

posted by: epoi