Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, October 22, 2008

Mini Gathering - Restoran Murni, KL

Yg ni, Kim pulak jadi 'kapla'. Aku macam biasa, tolong cari tempat yg sesuai utk lepak2 sambil makan makanan yang 'ok'. Mula2 aku nak ingat nak suruh datang rumah aku je, tapi atas masalah 'teknikal', (betul tak Kim?), aku decide makan kat pulau depan bangunan celcom, jalan semarak. Antara yang aku dgn kim berjaya kontek dan dapat datang, Lon, Fakril, Zaesh, Asri & Bakhtiar. Yang tak dapat datang atas sebab masing2 dan balas balik sms/call termasuk le Khairul, Sanusi, Shidi dan Edi Bon. Yg tak balas langsung, ade le sorang 2. Tak payah cakap le sapa nama kekawan tu.

Fakril, walaupun lambat, tetap datang.

Semua yg datang ade dalam gambor ni, kecuali aku la..

Asri, Zaesh dgn Lon tgk kusyuk dengor kelentong Kim.

Yang awal skali datang. Satay pun x sempat nak siap lagi masa ni.

Aku kiranya puas hati dgn mini gathering ni. Mana taknye, aku, Kim dgn Asri siap sambung lagi kita org punye lepak kat Mamak dpn Ampang Point sampai kul 4 pagi hari Jumaat. 

Jadi harap2 lain kali kita boleh buat mini gathering mcm ni le supaya silaturahim sentiasa on..

Wassalam

Tuesday, October 14, 2008

.::Erti Persahabatan::.

Sabda SAW...."Setiap kawan yang bersahabat dengan kawan yang lain walaupun sekejap masa sekalipun, melainkan akan ditanya tentang persahabatannya di hari kiamat, apakah ia telah menunaikan hak persahabatan itu dengan baik, atau ia telah mensia-siakannya".

Sepanjang perjalanan hidup kita di atas muka bumi Allah SWT, kita telah bertemu dengan ramai kawan, rakan, teman serta sahabat. Bermula dengan teman sepermainan ketika kanak-kanak, teman sekolah rendah, teman sekampung / setaman, teman sekolah menengah, teman universiti, teman sekerja, teman serumah dsb. 

Begitu ramai sekali kita berkawan dan bersahabat dengan setiap insan yang kita temui. Namun dalam khalayak kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan serta sahabat-sahabat yang kita temui, secara jujur dan ikhlas bagi aku yang paling istimewa adalah persahabatan di Bainun. Walaupun ketika zaman persekolahan dulu kita bukanlah terlalu rapat namun hingga kini kita tetap berkawan dan yang nyatanya kita semakin mesra.

Setelah aku fikir dan renung kembali mengapa persahabatan kita di bainun begitu istimewa, akhirnya aku mendapat beberapa kemungkinan yang mungkin menjadi penyebab persahabatan kita menjadi istimewa.

1. Makan Nasi Kawah
Selama 5 tahun kita disajikan dengan nasi kawah dan ikan jeket. tak kira apa latar belakang keluarga kita kita menjamah makanan yang sama setiap kali waktu makan. Ketika itu kita tiada sebarang pilihan melainkan makan sahaja apa yang ada...

2. Belajar, Makan, Tidur di bawah bumbung yang sama.
Kita mungkin antara yang bertuah kerana terpilih untuk memasuki bainun. Kerana di sini ketika usia ketika itu baru sahaja akil baligh (ada juga yang belum) kita telah berjauhan dengan keluarga. Kita mula belajar untuk berdikari, mula belajar untuk membasuh pakaian sendiri, 'iron pakaian sendiri (kekadang terpaksa juga buat utk pakaian senior), kita siapkan pakaian sendiri hanya kawan-kawanlah tempat kita meluahkan segala cerita suka dan duka. Kebanyakan rahsia kita kongsi bersama. Memandangkan kawasan Bainun yang kecil (aspura 1 blok, aspuri 1 blok) kemana sahaja pasti kita akan bertembung, hendak ke tandas bertembung, hendak ke dewan makan bertembung kekadang tu tgh lepak-lepak hisap rokok pun boleh bertembung....

3. Mandi air kolah yang sama.
Mungkin tak sama dengan asrama sekolah lain, kita ada kolah yang kadang-kadang kita 'convert' jadi kolam renang. Di kolah itulah kita juga sering berebut untuk dapatkan air untuk mandi selepas selepas permainan petang (pada tahun 87). Kita sebagai yang paling junior ketika itu terpaksa sahaja merelakan senior-senior menguasai air. Saat paling digemari ketika kita bersekolah dulu adalah bila tiba giliran untuk cuci kolah... semua pakat bersemangat sekali kerana inilah peluang utk mandi dan berenang didalam kolah tu.

4. Kita punya gelaran...
Macam-macam gelaran kita berikan pada kawan-kawan kita pada masa itu, dari gelaran yang sedap didengar dan disebut hinggalah kepada gelaran yang paling tak sedap didengar dan disebut. Istimewanya kita masa tuh kebanyakan gelaran yang kita beri adalah haiwan jadi walaupun kita telah meninggalkan alam persekolahan namun ingatan kita tetap pada kawan-kawan kita setiap kali terpandang haiwan-haiwan tersebut....
Bila berbicara pasal gelaran-gelaran kita aku pasti teringatkan peristiwa Ustazah Azizah menangis kerana kita mempermain-mainkan gelaran-gelaran kita ketika beliau sedang mengajar topik berkenaan zakat binatang peliharaan.... nakal betul kita waktu itu...

5. Berkongsi rokok (bukan semua)
Seingat aku hanya zaman sekolah dulu sahaja kita mampu 'share' sebatang rokok untuk 2 hingga 3 orang. Antara port yang sering kita gunakan untuk hisap rokok ketika itu adalah dalam tandas di tingkat 3 asrama, dan tangki air antara dewan makan dan asrama... Betapa hebatnya kita merokok zaman itu hingga bara api rokok hingga hampir setengah inci...

6. Kongsi buat homework bersama.
Sudah menjadi tradisi kita suka buat homework (cuti penggal) apabila kembali semula ke sekolah. Pada malam barulah kita kelam kabut menyiapkan homework. Kita akan share buku /homework kawan-kawan yang sudah siap. Kerja kita masa tu just copy & paste dan edit serba sikit supaya tak nampak sangat kita meniru...

Mungkin ada lagi faktor-faktor lain lagi tetapi hanya ini sahaja yang terlintas dalam kepala aku...
Sesungguhnya kenangan bersama korang semua adalah yang paling istimewa... Sebab itu aku begitu komited untuk mengada gath dan re-union....

Monday, October 13, 2008

.::Sajak:by Ahmad Asri::.

Aku nak bersajak sikit lah…amacam boleh?..miezanz kasi upload ini sajak ..

nyata masa telah berlalu pergi
yang lepas itu tidak akan kembali
namun semuanya terakam dimemori
untuk dapatlah kiranya diimbas kembali

yang dirasa yang dilihat dan yang didengari
pengalaman yang terakam didalam diri
paparan visualisasi yang jelas sekali
yang dapat di tonton dikala menyendiri
pengalaman itu adalah apa yang dialami

suka gembira dan tawa dan juga yang ditangisi
pada jiwa ada rasanya adi
terakam dalam bentuk emosi
menjadikan yang lalu dekat sekali
yang dahulu itu jugalah kini

ahmad asri ..heheh 11.43 am

October 10, 2008 11:51 AM


#tak sangka member kita nih pandai plak bersajak... 

mesti Cikgu Marat bangga kalau dia baca sajak nih...

Sajak dicopy & paste dari komen Ahmad Asri di posting => :::Jamuan HariRaya Aidulfitri & ReUnion Batch 1987-1991::: the Feedback

Wednesday, October 8, 2008

::GaTh RaYA 08' DaRi LenSa Aku::

Yg Hadir:
the ladies
the gentlemen(azrul ntah ke mana plak peginya..)

Arrival and moments:

ketibaan pak sako..heheheh..siap report kat aku yg dia on way...baguih sahak nih..

nilah org yg memang aku nok jumpe...Sanusi! 17thn tak jumpa...!!!

sesi bersembang, tukar2 buss.card, tukar2 no fon, dan chek ukurlilit perut..muehehehhe...
apa agaknye yg buat 3 mamat nieh pecah perot nieh??
lama tak jumpe weh!!!moh melabon!
sesi mendengar ceramah..ekekke...
masing2 bukak cerita le nieh...
memang betoi kata Zaesh: Farah dah 'matang'...ekekkekek...dulu kenit jer...ekekke...skrg..ermm..matang...jgn marah aku ye cik'egu farah...
kim, jai, sam, bakhtiar,zaesh, mizan dan tono sedang menilai,memerhatikan dan teruja dgn kehenseman aku.....hehehhe..
apa yg kamu tgh pikior tuh aziah oii??tingat kenangan dedulu la tue...

the Food & Beverage:




ouffff...chendol!!!!!

the Makan Time!

yusri wanusuki n famili

aziah nieh kuat makan ni...badan jer kecik molek...ekekke..
shidee: "fuhhh zana...kamu sampai 2 pinggan tuh!!tinggai la kat aku sikit"
zana:" arghhhh...lantok kamu le shidee...aku peduli apa!aku dh aim lama dh mee kari nieh..."

sam: "aku bab2 makan nih kena kontrol la zaesh..stakat 2 pinggantu boleh laa.."
zaesh: "ermmmmm....emmmmmm..mmmmmmmmm"
Lan: dlm hati-"ishhh cepat la sket sam nieh..aku nk penyepit tuh..ishhhhh"...
sahak:" sedap betoi cendoi nieh....srruuuppppp....fffuhhhh..legaaa...bulan posa arituh pon tak merasa nieh.."
farah:"abang, duit raya bagi bebudak ada bawak tak? ayang tertinggai laa...."
suami farah:" ermmm..abang pon tertinggai...abis cemana?'
farah:"ermm..kalo gitu pending tahun depan laa..."..

the kids:




the speech:

gambo yg nieh bleh click utk besarkan...tapi kalo ada sesapa yg tak masuk dlm gambar, jgn ler maroh kat aku yer..mybe masa tuh aku tgh sibuk ke lain...

oke semuaa...tu yg mampu aku sajikan...aku dh kembali sibuk...

jumpa lagi tahun akan datang...insyaAllah....nice to meet all of you!!
wassalam...

Lagi Gambar Reunion - dari kacamata Ishak

Salam buat semua. Tahniah buat semua yg dapat hadir dan dapat menyerikan majlis kita bersama. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun sedikit terlewat. Takpa,bila lewat, ia menambahkan lagi masa kita bersama. Tahniah tak terhingga buat penganjur Mizan N Epoi dan AJK2 secara langsung atau tak langsung.

Aku cuba upload beberapa gambar yg sempat aku snap hari tu, takla lawa mana, camera digital je, tak sama cam Epoi n Fendi nyer, tu Pro punya, aku amatur aje...... Saksikan lah.....

tok penghulu mizan menyampaikan ucapan alu-aluan

semua sabar menunggu sementara makanan sedang dihidangkan

azlan zam dan famili (sorang lagi anaknya tak kelihatan di dalam foto)


firass kata "sori ye, firass terlebih makan fish cake, tu je yg firass suka. jgn mara kalau dah abis"

geng lama bertemu kembali

bz betul la tokey epoi ni sambil mizan tersenyum riang...



kim, fendi, bakhtiar dan sanusi : semuanya tersenyum lebar (padahal aku tak suruh senyum pun)

apasal tu fakril, anaknya pemalu ke...


2 orang cameraman sedang berbincang tentang tugas masing-masing

Tuesday, October 7, 2008

.::Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Reunion 8791:The Photo::.


Antara kengkawan yang hadir menghabiskan makanan hari tuh...

Kaum bapa  yang hadir:
Berdiri (dari kiri): Ishak, Azlan, Shidee, Fakril, Sam, Fikri, Epoi dan Fendi.
Duduk (dari kiri): Kim, Sanusi, Yusri (W), Miezan, Zaesh, Jai dan Bakhtiar.

Pelajar Perempuan:
Barisan depan (dari kiri): Alis, Zana, Azwa, Lin dan Farah.
Barisan belakang (dari kiri) Zah, Aziah, Salmi dan Syidah.

Aziah dan suami : tetap menten....

Farah Husna: bila nak makan nih aku dah lapo....

Pak Sako sekeluarga: cukup bersemangat utk join gath nih....

Salmi, Aziah dan Zana bersama anak masing2... biarpun dah kelaparan
namun masih mampu ketawa....

Lepak2 di luar dewan sebelum majlis bermula sambil
 tunggu kengkawan lain tiba

Kehadiran shidee dan Yusri (W) menggamatkan suasana
dgn lawak selamba mereka

Zaesh hadir bersama isteri...

Aziah dan Zana....

Sanusi, Shidee dan Bakhtiar 
walaupun 17 tahun xpernah jumpa kemesraan masih seperti dulu

Ucapan Aluan....

Apa agaknya yang digossipkan oleh Azwa dan syidah tuh?

Lin yang still menten...

Makan Time:
Semua pakat serbu juadah yg sepatutnya dimakan pukul 10.00
tp terpaksa delay hingga 12.30.... kesian korang....

Mee Kari: menu utama ari tu...

Sesekali tengok korang kelaparan seronok juga....

Masing2 dah xpeduli kiri kanan dah... maklumlah perut dah mendidih....

Zah dan isteri Yusri (W) memeriahkan meja hidangan...

Apa lagi yg digossipkan oleh dua anak dara nih???

Salmi dan anaknya...


Harap2 kemeriahan seperti ini dapat kita teruskan dalam program yang akan datang....
*** Semua gambo aku sedut dari fb Fendi.... 
 ***thanx to fendi... kita tunggu gambo dr epoi plak...