Wednesday, December 31, 2008

.:: سمبوتن تاهون بارو ماسيها:جاڠن ليك::.

.::SAMBUTAN TAHUN BARU MASEHI: JANGAN LEKA::.

Bagi kita warga dunia kedatangan tahun baru masehi sudah tentu menjadi satu kebanggaan, tidak kira mereka hamba yang taat, suka melakukan maksiat, kufur terhadap Allah atau langsung tidak mempunyai ideologi.

Kebanggaan ini dapat dilihat apabila pelbagai acara sambutan diadakan dan dalam kepelbagaian acara ini, ada yang menjurus kepada keredaan Allah dan tidak kurang pula terjebak dengan unsur maksiat.

Hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya lagi. Mereka juga istiqamah pada landasan pengabdian.

Mereka yang lalai lazimnya menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta yang boleh mendatangkan unsur syirik dan maksiat. Golongan ini, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk.

Kepelbagaian acara sambutan tahun baru menyebabkan sesetengah masyarakat keliru, yang mana berunsurkan Islam, kebaratan dan langsung menyimpang daripada sebarang ajaran agama di dunia?

Semua masyarakat perlu menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan, melihat kembali apa yang dilakukan setahun lalu dan cuba berfikir mengenainya supaya menjadi pengajaran dalam menjalani kehidupan.

Sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.

Walaupun hampir keseluruhan orang Barat menganuti Kristian,kebanyakannya memisahkan agama itu daripada kehidupan mereka, malah memperlekehkannya. Tidak wajar umat Islam di negara ini meniru cara orang Barat khusus mengenai cara sambutan tahun baru, kerana cara mereka itu sendiri terkeluar dari ajaran agama mereka. Dari satu sudut kedatangan tahun baru secara langsung membawa makna usia seseorang itu semakin meningkat dan jangka hayat semakin pendek, menunjukkan kita semakin hampir dengan maut. Walau apa pun aspek ini jarang diambil peduli, melainkan golongan muqarrabin (hamba mendampingi Allah).

Kedatangan tahun baru Masehi ini juga diharap melakarkan detik sejarah yang menggembirakan, bukan lagi peristiwa pahit dengan pelbagai tragedi memilukan seperti tahun lalu yang tidak henti-henti mengejutkan masyarakat. Dalam mengimpikan lakaran manis ini, tekad dan usaha semestinya dipertingkatkan. Kejayaan sekali-kali tidak datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni tidak dapat dicapai.

Bagi mencorakkan perjalanan hidup sepanjang tahun ini, asas utama perlu ditekankan ialah tujuan hidup, iaitu semata-mata untuk beribadah, bukan untuk berseronok atau sebarang kepentingan lain.

Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti dihuraikan Allah melalui sepotong ayat daripada surah Al-Dzariyat yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." Merujuk kepada maksud ayat itu, kehidupan manusia tidak lain bertujuan beribadah pada Allah.

Ibadah yang sempurna lahir apabila akidah betul, iaitu mengesakan Allah dan mentaati syariat dibawa Rasulullah. Ini membawa makna ibadah yang dilakukan dengan tidak menetapi kehendak itu sia-sia. Justeru, apabila tindak-tanduk menyimpang dari asas utama itu kehidupan seseorang itu menjadi sia-sia dan tiada makna, walaupun bersama-sama orang lain melangkah ke tahun baru dan mendapat limpahan kesenangan duniawi.

Cabaran dan dugaan menunggu di depan, sama ada dalam rupa keseronokan atau kesedihan dan kesenangan atau kealpaan. Tiada yang mengetahui, selain Allah. Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri dan seboleh-bolehnya melakukan yang terbaik setiap hari.

Umat Islam juga harus menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk memperelokkan akhlak, dengan mencontohi peribadi Rasulullah. Baginda contoh terbaik, sehingga diiktirafkan melalui firman Allah, bermaksud: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling mulia." (Al-Rum:4) Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah, berkata: "Akhlak baginda itu adalah al-Quran".

Aspek ini merangkumi terhadap Pencipta seperti cinta, taat atau patuh yang tidak terkira, malah bersifat sabar, reda, syukur, takwa, wara', zuhud dan ikhlas dalam setiap amalan. Sesama manusia perlu adil, jujur, suka menolong dan tidak berdengki khianat supaya dengan asas ini dapat menikmati kehidupan dalam harmoni sepanjang tahun.

Tuesday, December 16, 2008

.::Famili Day 2009::.

Memandangkan kejayaan mengadakan majlis Hari Raya yang lalu aku mencadangkan utk kita mengadakan hari keluarga pada tahun hadapan bagi mengeratkan lagi persahabatan kita. Untuk itu cadangan dari anda semua adalah diperlukan untuk kita menyusun perancangan bagi menjayakan program tersebut.

Sebarang cadangan boleh disalurkan melalui ruangan komen dibawah. Kerjasama dari anda semua untuk memberikan cadangan berhubung dengan lokasi serta tarikh yang difikirkan bersesuaian.

Bersama memperkukuhkan ukhwah....

Monday, December 1, 2008

.::YM id 8791::.

bagi memeriahkan lagi persahabatan di alam siber aku kongsikan Id YM kengkawan kita di sini bagi mudah korang semua add dan berYM....

Azrul Hasyimi ~ aroul2k
Norol Azwa ~ azwanordi
Bakhtiar ~ realevo7
Ahmad Asri ~ epsilon.mind
Ishak ~ ishakmh
Ruslan ~ krayon_shinchan2002
Syidah ~ kutik3711
Salmi ~ mieaz_1474
Shamsul Amri ~ gopengmali1974
Suryanie ~ fatinsurya
Suzana ~ su_prk74
Epoi ~ gbone30
Miezanz ~ miezanzz
Fendi ~ Hisyamafandi (NEW)

kepada kengkawan yg ada id YM dan ingin tambah id YM di sini boleh tambah kat ruangan komen... i/allah ada masa aku akan edit semula...