Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, March 29, 2009

.:: Sahabat Kita Masuk Hospital::.

Epoi terlantar di KPJ Ipoh Specialist Hospital

Pagi tadi selepas bersarapan bersama keluarga aku terima satu SMS yang mengejutkan. SMS tuh berbunyi "Salam, epoi admit ipoh specialist dr khamis smpi skrg, dh buat operation jantung smlm. stabil nmpknya. dia soh mntk maap pd semua n tlg doakan utk kesihatan dia. Alis". Terkedu aku bila baca SMS yang diterima. Tanpa berlengah dan dengan kuasa veto yang ada aku terus ajak isteri dan anak2 utk ke Ipoh bg menziarahi sahabat kita. Sepanjang perjalanan aku cuba utk menghebahkan perkara ini kepada kawan2. Aku cuma call beberapa kawan yang mana sempat maklumlah sambil memandu. Perjalanan yang lancar dari Butterworth ke Ipoh terasa begitu lambat sekali.

12.15 aku tiba di KPJ Ipoh Specialist Hospital, terus call Alis. Alhamdulillah aku dapat cari lokasi bilik ICU di hospital tuh. Bila dengar ICU aku jadi lagi risau. Namun apabila dah jumpa Alis yang menunggu di depan pintu lift dan kata aku boleh jumpa dia aku xberlengah lagi terus meluru ke katil epoi... keadaan epoi Alhamdulillah xseteruk yang aku bayangkan...


Setelah berbual dgn dia barulah aku tau cerita yang berlaku sebenarnya. Sebenarnya sahabat kita nih mengalami masalah jantung dan saluran darahnya tersumbat (blockage) so setelah menjalani 2 kali pembedahan dia dah okay...

Kepada kawan2 yang berkelapangan khususnya yang berada di Ipoh aku harap dapatlah menjenguk beliau moga2 dapat meringankan sakit yang beliau tanggung dan sesungguhnya bukan sahaja kehadiran kita dapat membantu memberi kekuatan moral beliau melawan sakit tetapi kita juga dapat manfaatnya disebut sebagai contohnya di dalam hadis:

1. حديث ثوبان مرفوعًا : " إن المسلم إذا عاد أخاه المسلم لم يزل في خَرْفَةِ (بستان) الجنة " (رواه مسلم في كتاب البر برقم (2568)

“Sesungguhnya seorang Islam itu, apabila dia melawat saudaranya seislam, maka dia sentiasa berada dalam taman syurga”

2. وحديث جابر مرفوعًا : " من عاد مريضًا غَاصَ (نزل تحت) في الرحمة، حتى إذا قعد استقر فيها " (البخاري في الأدب المفرد برقم (522)

“Sesiapa melawat orang sakit, maka dia tenggelam dalam rahmat Allah, sehingga apabila dia duduk , maka tetaplah dia dalam rahmat itu.”

Sama2lah kita doakan agar sahabat kita cepat sembuh... insyaAllah...

14 comments:

Yus said...

Semoga Epoi cepat sembuh...itu rokok boleh kasi buang dalam list yek.....

Unknown said...

Assalamualaikum,

Saya sempat menziarahi Epoi semlm. Alhamdulillah keadaannya baik selepas 2 kali operation utk buang blockage. Doakan agar dia lekas sembuh.

Wasslam

Yeer said...

Salam bro Epoi, aku tau kamu memang kuat lawan penyakit, gua drummer lu gua tau la kan he he he...
Alhamdlah byk la dosa yg berguguran tu, moga tabah n sabar menghadapi ujian Allah swt.. From Yeer Solitary

Kinokuniya said...

Semoga abang epoi cepat sembuh....nanti kitorang balik perak, kita menembak sesama ok?

Adleen n family
kota kinabalu sabah

.. said...

salam epoi,
moga cepat sembuh. kolesterol banyak ni kena makan quaker oat jadikan sarapan rutin kasik buang kolesterol jahat.

applegreen said...

utk epoi & alis,

Sabar dgn dugaannya. Kami akan sentiasa doakan agar segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Insyaallah

Anonymous said...

utk epoi

semoga cepat sembuh... kuatkan semangat ... pjalanan masih jauh...

utk alis

dugaan ini akan mengeratkan kasih syg..

ujian ini tanda Allah sayang...

melbangi said...

semoga tabah hadapi dugaan nih..saya doakan cepat sembuh..
tak tau la rokok tu ada kaitan ka tak.. tapi dah ada reason cukup kuat nak stop.

miezanz said...

aku bagi pihak epoi n Alis mengucapkan bebanyak terima kasih atas kesudian rakan yang melawat dan mendoakan kesihatan beliau...

Abahzarif said...

mizan,
mekasih sbb war2kan berita pasal epoi dgn kim. moga dua2 selamat.

Anonymous said...

ini ingatan utk kita. bkn ora tua je yg kena. so jaga makan, jaga kesihatan & jgn lupa amik medical card.

shuk86-90 said...

Bro Epol & alis,
Moga ALLAH beri kekuatan dgn ujianNya.
Didoakan semoga tabah dan cepat sembuh.

Solitary Death fanclub.

adz 8690 said...

Salam, Utk Alis & Epoi...
Semoga redha dengan ketentuanNya. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian....
Alis, jaga diri sendiri juga tau...enko kena kuat...Epoi tu perlukan ko....jgn lupa minta tangguh study tu...

annakiralis said...

Dear Epoi .. take care of your health.. dear Alis take care of your hubby! Wan