Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, April 24, 2009

.::Walimatul Urus::.


(Klik Imej utk besarkan)

Yusni Ibrahim (junior batch 90-94) mewakil aku untuk menjemput kita semua kerumah Familinya pada 2 May 2009 depan.

Monday, April 13, 2009

.::Jemputan Makan-Makan::.

Junior kita Fiza (junior batch 88-92 ~ geng Yulia) menjemput kita semua ke rumah mertuanya kerana dia nak buat majlis makan-makan katanya...

Tarikh/ masa: 2 mei 2009 / 10.00 -12.00.
Alamat rumah dia : NO. 137, JALAN DATO,
KG. MANJOI IPOH. (berhampiran Masjid Gufran, (masjid kita solat jumaat dulu2)

No. H/P : Fiza: 013 597 4795
suami Fiza: 019 566 8685

SEMUA DIJEMPUT HADIR

***Fiza kini sedang di rawat di Hospital Taiping.
sakit combination selepas kena cikugunya...

Wednesday, April 8, 2009

.::Ujian Demantia::.

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....



Ready? GO!!! (lihat bawah)












Soalan Pertama:


A nda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?






~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~






Jawapan:
Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




Soalan Kedua:


J ika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~






Jawapan:
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?







Soalan Ketiga:

S oalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan hanya menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..









~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.




Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan keempat:


Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?










Adakah jawapan anda
Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:


S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.



Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?









~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati


Mudah sahaja.

Monday, April 6, 2009

Terima Kasih Semua & Ampun Maaf

salam semua,
alhamdulillah besyukur kpd Allah, krn masih memberi nyawa kpd aku.
terima kasih x terhingga kpd miezan krn update hal aku dlm nih..actually,terlambat jua aku bgtau mizan hal aku admit dan operation sbb segala berlaku dgn pantas..aku chek on Khamis,trus kena tahan wad,jumaat buat opt. Scooping,petsng trus detect heart failure, sabtu trus buat opt Angiogram.
kalo mizan dtg awal hari aku buat angiogram tuh,maybe dia akan kalut bila lihat keadaan aku slps 1st operation(sbb alis ckp aku dh teruk masa kt ICU tuh,dh xsedar etc).tu yg buat 2nd operation,baru aku ok.Allah Maha Kuasa.
thanks a lot pada kawan2 yg dtg melawat,mizan,yus,johar(kamu dtg ngan sapa arituh?),azrul n wife n baby,bro hazman,bro meor,dan pada yg sms tak henti2,call x henti2(antara yg aku ingt-syidah,zana,sam,kim,yer,zaesh,yus kalut,fakril,yus tono,fazli koleh,syarmi,edi bon,(nama2 yg tertinggal haraf maaf yer)tak lupa juga yg wish kat dlm BLOG nih,,aku n alis hya mampu ucapkan berjuta terima kasih.moga kalian pya semangat sentiasa dalm hati aku.
check la kesihatan korg masing2,jaga makan minum,slalu lah exercise,berentilah merokok(aku dah bertahun2 berenti merokok),sbb sakit kalo nk datang MENGEJUT jer,x kasik warning!yg paling penting jgn lupa Allah.
hehhe..siapa sangka dlm umur 35 nih dah buat minor overhaul kat jantung aku..
skrg keadaan aku ok,cuma aku x boleh tidur sejak balik rumah sampai la sekarang,bila letak badan,baring jer,aku mula batuk kuat,cuba juga tido duduk,tapi tu laa..sekejap2 jaga balik..kata doktor,paru2 aku ada air yg perlu diflush sikit2...air aku cuma limit 1 liter shj sehari..(dah la aku ni jenis kuat minum..adeh..).Bersabar shj dgn dugaanNya.
erm..itu ajerlah yg aku nk kongsi2kan.
aku ambil kesempatan ni, nk mohon maaf pada semua sekali,kalo aku ada buat salah dan silap,dosa pada korang semua selama ini.harap sudi maafkan aku yer.halalkanlah makan minum aku,dan mana yg terlebih,terkurang..bagi pihak korg,aku awal2 dh maafkan apa2 benda sekalipun.
terima kasih semua.
epoi

Wednesday, April 1, 2009

.::Lagu feberet kita suatu masa ::.

Lagu ni menjadi antara lagu febret setiap kali diadakan malam perpisahan. Tidak sah rasanya kalau persembahan takder lagu nih....

aku sure korang pun mesti teringat zaman sekolah dolu2 bila dengar lagu nih....

Tuesday, March 31, 2009

.::Cara untuk kenalpasti perangai kawan::.

Saya ada satu cara macammana kita nak tahu perangai kawan-kawan kita. Cara ini ialah dalam bentuk soalan psikologi.

Sebenarnya abah saya yang ajar cara ni kepada adik-beradik saya satu ketika dulu. Dan saya dah pun praktikkan cara ini kepada ramai kawan2 saya.

Apa yang boleh saya katakan, cara ini merupakan cara orang tua2 dulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Anda tak percaya?

Baiklah, saya minta anda cuba jawab soalan saya di bawah ini. Sila jawab dengan ikhlas. Tuliskan jawapan anda pada bahagian komen.

Hmm…sebetulnya ia bukanlah soalan sebenarnya. Tetapi ia lebih kepada satu bentuk pemilihan (tapi bukan pemilihan UMNO atau pilihanraya kecil yer…hehe).

Baiklah, anda sudah bersedia untuk membuat pemilihan? Begini kisahnya….

Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyor). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :

1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur

Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?

Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur. Tuliskan jawapan anda di bahagian komen.

Nanti apabila dah cukup ramai yang telah menjawab, saya akan terangkan apakah rahsia disebalik jawapan yang anda berikan.

Yaa, berpandukan jawapan anda itu, saya akan dapat mengetahui sikit sebanyak tentang sikap/perangai anda. Kalau tak percaya, cubalah nyatakan pilihan anda. Ada berani ka? ;)

.::Epoi Dah Discass, Kim Masih di Hospital::.

Petang semalam (Isnin) sahabat kita, Epoi telah dibenarkan pulang ke rumah setelah keadaan semakin stabil. Mungkin berkat doa serta sokonganmoral dari kawan2 yang datang melawat dan juga yang menghubungi beliau.

Manakala seorang lagi sahabat kita maih lagi ditahan di Hospital kerana disyaki diserang demam denggi. Semoga Kim tabah menghadapi ujian dan dugaan ilahi...

Monday, March 30, 2009

.:: Sorang Lagi Sahabat Kita di Hospital::.

Sebentar tadi aku just terima call dr Kim beritahu dia kat spital... Terkezut juga aku. Apahal semua asyik masuk spital jer... Dia admit kat Colombia Asia Medical Center, Taiping. Bilik 91. Dia disyaki kena demam denggi.. Aku x berkesempatan lagi untuk ziarah dia. InsyaAllah kalau berkesempatan malam ni aku pegi melawat dia... Marilah kita sama2 doakan agar kengkawan kita yang sedang sakit cepat sembuh dan kita yang masih sihat dikurniakan Allah s.w.t kesihatan yang baik insyaAllah....

Sunday, March 29, 2009

.:: Sahabat Kita Masuk Hospital::.

Epoi terlantar di KPJ Ipoh Specialist Hospital

Pagi tadi selepas bersarapan bersama keluarga aku terima satu SMS yang mengejutkan. SMS tuh berbunyi "Salam, epoi admit ipoh specialist dr khamis smpi skrg, dh buat operation jantung smlm. stabil nmpknya. dia soh mntk maap pd semua n tlg doakan utk kesihatan dia. Alis". Terkedu aku bila baca SMS yang diterima. Tanpa berlengah dan dengan kuasa veto yang ada aku terus ajak isteri dan anak2 utk ke Ipoh bg menziarahi sahabat kita. Sepanjang perjalanan aku cuba utk menghebahkan perkara ini kepada kawan2. Aku cuma call beberapa kawan yang mana sempat maklumlah sambil memandu. Perjalanan yang lancar dari Butterworth ke Ipoh terasa begitu lambat sekali.

12.15 aku tiba di KPJ Ipoh Specialist Hospital, terus call Alis. Alhamdulillah aku dapat cari lokasi bilik ICU di hospital tuh. Bila dengar ICU aku jadi lagi risau. Namun apabila dah jumpa Alis yang menunggu di depan pintu lift dan kata aku boleh jumpa dia aku xberlengah lagi terus meluru ke katil epoi... keadaan epoi Alhamdulillah xseteruk yang aku bayangkan...


Setelah berbual dgn dia barulah aku tau cerita yang berlaku sebenarnya. Sebenarnya sahabat kita nih mengalami masalah jantung dan saluran darahnya tersumbat (blockage) so setelah menjalani 2 kali pembedahan dia dah okay...

Kepada kawan2 yang berkelapangan khususnya yang berada di Ipoh aku harap dapatlah menjenguk beliau moga2 dapat meringankan sakit yang beliau tanggung dan sesungguhnya bukan sahaja kehadiran kita dapat membantu memberi kekuatan moral beliau melawan sakit tetapi kita juga dapat manfaatnya disebut sebagai contohnya di dalam hadis:

1. حديث ثوبان مرفوعًا : " إن المسلم إذا عاد أخاه المسلم لم يزل في خَرْفَةِ (بستان) الجنة " (رواه مسلم في كتاب البر برقم (2568)

“Sesungguhnya seorang Islam itu, apabila dia melawat saudaranya seislam, maka dia sentiasa berada dalam taman syurga”

2. وحديث جابر مرفوعًا : " من عاد مريضًا غَاصَ (نزل تحت) في الرحمة، حتى إذا قعد استقر فيها " (البخاري في الأدب المفرد برقم (522)

“Sesiapa melawat orang sakit, maka dia tenggelam dalam rahmat Allah, sehingga apabila dia duduk , maka tetaplah dia dalam rahmat itu.”

Sama2lah kita doakan agar sahabat kita cepat sembuh... insyaAllah...

Monday, March 2, 2009

.::Salam Maulidur Rasul 1430::.

Sesungguhnya Maulidur Rasul adalah salah satu komponen daripada Sirah Nabi Muhammad s.a.w., begitu juga dengan persoalan Hijrah baginda Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah, Israk Mikraj dan lain-lain. Apa yang perlu kita tahu, Sirah Nabi seperti yang dijelaskan oleh para ulama sirah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal. Matlamat mempraktikkan Islam secara menyeluruh tidak akan tercapai melainkan kita merujuk kepada sirah baginda Rasulullah s.a.w. dalam segenap aspek.

Orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Pembesar Quraisy itu sanggup memerdekakan hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling gembira.

Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak tujuh kali.

Apa sebenarnya telah terjadi pada Abu Lahab setelah anak saudaranya itu membawa satu ajaran serta pendekatan yang lain dari apa yang dilakukan oleh masyarakat Makkah ketika itu? Dialah manusia yang mula menunjukkan sikap penentangan secara terbuka kerana mendakwa apa yang dibawa oleh Muhammad itu adalah karut belaka, menyalahi amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak bertahun lamanya.

Persoalannya di sini, adakah Allah SWT menerima pengorbanan Abu Lahab dengan hanya menyambut kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.? Jawabnya sudah tentu tidak. Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah umat ini yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh baginda, walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita.

Sehubungan itu Nabi bersabda yang bermaksud: "Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali)."

pentingkan aspek luaran

Apa yang dapat kita saksikan masyarakat umat Islam hari ini, lebih mementingkan aspek luaran sahaja dalam bab agama seperti sambutan Maulidur Rasul (tidak salah menyambutnya selagi menepati selera agama), tetapi pengisian rohaninya dari apa yang baginda ajarkan kepada kita tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya, malah kosong dengan roh penghayatan.

Justeru, ingatlah kepada pesanan baginda yang menjadi inspirasi kejayaan kita di dunia dan akhirat: "Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu."

Renungkanlah kata-kata hikmat baginda Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan di atas, yang akan memacu kita semua ke jalan kejayaan sebenar, tidak ada jalan lain, melainkan kitalah yang menjadi pelapis kepada Islam pada masa akan datang, Insya Allah.

Sambutan Maulidur Rasul dan persoalannya

Para ulama kontemporari tidak menolak keharusan menyambut Maulidur Rasul, kerana mungkin sahaja itu boleh dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda, dan kita jadikan kecintaan itu juga adalah kecintaan kepada Allah SWT.

Walaupun pada zaman kehidupan baginda sendiri tidak pernah menyambutnya, begitulah pada zaman para sahabat, tabi'in dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam.

Mereka berpendapat, bahawa selagi mana sambutan Maulidur Rasul itu boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadaan baginda s.a.w., maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.

Apa yang penting, dalam sambutan itu melalui penyampaian kuliah, ceramah atau forum, mengajak kaum muslimin untuk mencintai baginda dalam segenap apa yang dibawa walaupun hati kecil kita kadang-kadang sukar untuk menerimanya.

Kita juga adalah disaran untuk mengetahui cara-cara untuk mentaati perintah Rasul, mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahannya, melaksanakan hukum-hakam yang diajarkannya, memperjuang dan memperkasa syariatnya, menyeru orang ramai ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.

Kesemua aspek di atas tidak akan sampai kepada matlamatnya melainkan dengan adanya penjelasan melalui kuliah dan ceramah agama. Maka sambutan seumpama itu amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah s.a.w., manusia yang agung di sisi Allah SWT.

Apatah lagi di zaman mutakhir ini, di mana ramai di kalangan umat Islam sudah tidak lagi berbangga dengan akhlak-akhlak yang pernah ditonjolkan oleh para generasi awal di kalangan para sahabat, tabi'in dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam, akhirnya tidak memandu mereka ke jalan kebenaran, seolah-olah mereka masih mahu berada dalam kegelapan dan kejahilan, maka berlakulah kegencutan dalam masyarakat.

perancangan hebat Allah SWT

Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?

Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih.

Contoh teladan baik lagi positif yang ada pada diri baginda Rasulullah telah bermula sejak pemilihan perkahwinan kedua-dua ibu dan bapanya yang dirancang khusus oleh Allah SWT. Allah mahukan apa yang terbit dari diri baginda adalah contoh teladan yang baik lagi mulia.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan penyampaian kefahaman Sirah Nabi agar masyarakat dipandu ke arah kesempurnaan hidup. Dalam erti kata, apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kefahaman yang betul dan bukannya atas dasar ikut-ikutan. Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini lebih sebagai amalan adat dan bukan ibadat.

Apabila peranan ini dapat dilaksanakan lebih dua atau tiga puluh tahun dahulu, maka generasi yang ada pada hari ini adalah generasi khaira ummah yang mampu melaksanakan segala hukum al-Quran dengan semangat sejarah kelahiran Rasulullah atau lebih tepat lagi dengan Maulidur Rasul.