Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?
Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....
Ready? GO!!! (lihat bawah)
Soalan Pertama:
A nda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Soalan Kedua:
J ika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?
Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?
Soalan Ketiga:
S oalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan hanya menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira.
Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?
Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda
Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!
Okay,
S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.
Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati
Mudah sahaja.
3 comments:
Jawapan saya semua betul le abg Mizan. Ternyata saya bijak.. Hahaha
kamu mmg bijak....
Jawapan saya pon semua betul.., hehehe! Ni teka teki zaman2 masa blajor dulu..., sebab tu tau jawapan dia... , aci tak??
Post a Comment