Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Monday, May 4, 2009

.::Mini Gath @ Ipoh::.

Sempena Cuti Umum 1st May lepas telah diadakan mini gath yang pada mulanya hanya kami nak jumpa 6 orang jer. Aku minta maaf kalau ada yang terasa kalau aku tak jemput korang semua. Idea nih datang dari Yusri Yunus semasa menziarahi Epoi di Hospital tempoh hari... Maklumlah dah lama kami x berkumpul....

Namun apabila cerita gath nih heboh di FB, ramai pulak nak join... so xkan aku nak halang lagipun bila ramai2 meriah juga... Aku mmg dah jangka mesti ada dikalangan kami berenam ada yang xdapat nak join so bila ada yang lain nat turut serta aku terima juga.

Tukar Venue
Kalau ikut perancangan awal kami nak jumpa di Restoran Sabar Menanti, Stadium Perak, Ipoh tapi malangnya tempat tu tutup pulak so lepas bincang2 kami semua lepak di Nashmir Riverfront.
Antara yang hadir malam tuh, Yusri Yunus, Epoi & Alis, Jouhar (88-92), Meor Azam, Hazman dan Mahyudin (85-89), Saiful Azli dan Nizam Ahmad (86-90).

InsyaAllah kalau diizinkan Allah s.w.t. dan diberikan kelapangan akan diadakan lagi gath seperti nih dan next time kita kumpul ramai2...







No comments: