Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, December 29, 2009

.::Sahabat Kita Di ICU lagi::.

Terlebih dahulu aku mohon jutaan kemaafan kerana lambat update blog nih. Sebenarnya hujung minggu lalu aku agak sibuk sikit.

26/12/09: Sahabat kita, saudara Saiful Bahri telah dimasukan ke ICU Hospital Sri Manjung, Manjung kerana diserang sakit jantung sekali lagi. Kejadian berlaku semasa beliau sedang menjalankan tugas sebagai "photographer" di majlis perkahwinan junior kita Ismi Bahiah di Bota.

Aku antara yang beliau hubungi selain isteri beliau semasa beliau diserang sakit dada. Beliau mengadu sakit dada dan minta aku segera datang ke rumah Ismi. Nasib baiklah semasa beliau "call" aku, aku dah hampir dengan rumah Ismi. Sesampainya di rumah Ismi, aku terus dapatkan beliau dan aku lihat keadaan beliau memang dah lain macam. Aku cuba suruh dia agar berehat dan bertenang namun keadaan nampaknya semakin serius. Selepas bertanya kepada kakak Ismi (Mazidah - doktor) beliau nasihatkan supaya sahabat kita perlu dapatkan rawatan di hospital. Tanpa berfikir panjang, aku tinggalkan isteri dan anak-anak aku di majlis tersebut dan terus hantar sahabat kita ke Hospital Manjung.

Alhamdulillah aku berjaya bawa beliau sampai dengan selamat di Hospital. Setiba di Hospital sahabat kita terus diberi rawatan dan di masukan ke ICU...

Namun kepada sahabat-sahabat semua, janganlah panik, keadaan beliau stabil dan petang semalam aku sempat berbual dengan beliau melalui telefon dan katanya dia masih lagi ditahan di ICU... Beliau sempat menghantar gambar beliau di ICU sebagai tanda beliau selamat.
Sahabat kita ini kirim salam pada semua sahabat, dan aku bagi pihak sahabat kita ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat semua yang mendoakan kesihatan beliau.

2 comments:

lon said...

epoi...lepas ni kena banyakkan rehat...jgn dok stress sgt...apa pun kesihatan mau kena jaga...

Unknown said...

Insya-ALLAH OK.