Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, August 18, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua
Sahabat, Rakan Taulan dan Teman-teman.
Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi
impak yang paling maksima dalam hidup kita.
Moga-moga kehadiran Ramadhan kali ini memberi kita
peluang untuk mencari keredhaan Ilahi dan bulan bagi
kita mencari bekal untuk dibawa bertemuNya.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "
( QS Al-Baqarah :183 ).

Monday, August 10, 2009

Fakta & Nombor (facts & figures)

Salam Sejahtera semua.

Sebelum aku teruskan, aku nk ucap tahniah pd. mizan n the geng yg dpt hadir utk reunion baru2 ni. Tahniah n teruskan usaha murni kalian semua.

Ni dapatan2 n permerhatian aku, bkn pndai sgt wat analisa, cuba2 je ni, sila2 la lihat ye.

REUNION YG PERTAMA
Tarikh : 18hb, bulan n tahun x brapa ingat. Anggaran dlm tahun 2001 atau 2002
Masa : Hari Raya (tak pasti raya ke berapa), tengah hari
Tempat : Hotel Hillcity, Ipoh
Batch : 1987-1991
Kehadiran : 27/45 @ 60%
jumlah 45 ni aku amik dri senarai nama n no. tepon batch kita
Status : Majoriti kawan2 lom kawin lagi, bujang trang tang tang (termasuk aku)
Lokasi tugas/kerja : pelbagai lokasi di Malaysia



REUNION YG KE-2
Tarikh : 2hb & 3hb ogos 2008
Masa : Sabtu, Ahad, (pagi,tengah hari,petang,malam)
Tempat : SMRPB
Batch : Semua
Kehadiran : 14/45 @ 31.11%
jumlah 45 ni aku amik dri senarai nama n no. tepon batch kita
Status : Majoriti kawan2 dah kawin n berkuaga(termasuk aku)
Lokasi tugas/kerja : pelbagai lokasi di Malaysia



REUNION YG KE-3
Tarikh : 4hb oktober 2008
Masa : Hari Raya ke-4, tengah hari
Tempat : SMRPB
Batch : 1987-1991
Kehadiran : 25/45 @ 55.56%
jumlah 45 ni aku amik dri senarai nama n no. tepon batch kita
Status : Majoriti kawan2 dah kawin n berkuaga
Lokasi tugas/kerja : pelbagai lokasi di Malaysia


REUNION YG KE-4
Tarikh : 1hb & 2hb ogos 2009
Masa : Sabtu, Ahad, (pagi,tengah hari,petang,malam)
Tempat : SMRPB
Batch : Semua
Kehadiran : 5/45 @ 11.11%
jumlah 45 ni aku amik dri senarai nama n no. tepon batch kita
Status : Majoriti kawan2 dah kawin n berkuaga
Lokasi tugas/kerja : pelbagai lokasi di Malaysia


DAPATAN2 (mungkin leh jadi KESIMPULAN2)

1. Kehadiran paling ramai waktu cuti HARI RAYA AIDILFITRI

2. Kehadiran paling ramai waktu kawan2 masih solo molo, single mingle

3. Kehadiran paling ramai apabila batch 1987-1991 yg anjurkan. (Batch lain tolonglah sangat2, jgn kecik ati tau). Mungkin diorg nak rasa privacy n dpat melepaskan rindu dendam ngan kawan2 1 batch

4. Kehadiran paling ramai pada waktu cuti yg majoritinya boleh bercuti (i.e Cuti Raya). Cuti hujung minggu bulan Ogos, mungkin tak ramai boleh bercuti.

5. Kehadiran paling ramai jika disertai dengan awek2 cun......hehe (jgn marah, gurau2 je). No. 5 ni bukan kesimpulan. Dah abis dah kesimpulan.


CADANGAN2

1. Masa yg sesuai amat penting utk dapat kumpulkan kawan2. Tapi ni bkn faktor paling utama. Bkn apa, kekadang tugas masing2 amat2 memerlukan komitmen masing2, maaflah, aku pon xdapat dtg sbb sabtu tu ada aktiviti koko kat skolah.

2. Mungkin kita wat Hari Keluarga Besar (bawak la semua famili, jgn bawa 1 kampung sudah) setahun sekali ke, 2 tahun sekali ke, kena susun betul2 spt mana cadangan epoi, cantik punya susun supaya peratus ketidakhadiran dpt dikurangkan. Nak jadikan 0% tak hadir, mustahil la kan

3. Semua kawan2 kena komited, kalo dah xleh sangat tu takpela. Tapi jgn la menguzurkan diri selalu. Apa yang penting? KERJASAMA.....

4. Bagi yg tak dapat datang, kuat kan azam, lepaih ni nak datang, nak together gather dengan kawan2 lama. Bagi yg datang plak, jgn la kecik ati ngn yg tak datang. Think positive, sangka baik aje. Doa2 kan diorg akan datang utk masa2 akan datang.

5. Semua ni adalah atas KESUKARELAAN individu masing2, tiada paksaan. Tapi percayalah, tanyalah, soal lah, selidiklah, sok sek sok sek lah kawan2 yg datang. Betapa best nyer bila jumpa kawan2 lama ni. Takpayah bercakap banyak pon, asyik tersenyum je, bahgia sambil2 terkenang2 peristiwa2 lama


Reunion ke-5 bila? Raya tahun ni ke?

Aku mohon maaf banyak2 dulu sbb utk raya ni tak dapat la nak datang sbb, insyaallah anak aku ni nak dapat adik baru. Due nya raya ke-2, insyaallah.

Sekian, terima kasih.


Monday, August 3, 2009

Tahniah to AJK BAtch kita, Mizan & Kawan2 yg Komited

tahniah kpd semua yg dpt datang ke skolah mgu lepas..komitmen kalian harap2 beri galakan pada kawan2 yg lain..

aku awal2 lagi dh bgtau dlm facebook dan sms dulu,yg aku ada trip yg aku sendiri organize utk staff aku ke Melaka & Nilai 3..bukan trip aku n famili saja,tp trip tu aku sendiri organize satu bas PDRM penuh utk staf2 yg lain dan dh dirancang berbulan sudah..benda tuh aku nk kensel,aku rasa aku tak patut pentingkan diri aku jugak...semua pon dh booking bersurat,mcm driver,co-driver,PDRM Melaka,hotel,bas,ada komiti kami sendri dll...

aku rasa begitu jugak dgn kawan2 kita yg tiba2 last minit kensel,mesti ada sebab..cuma mkin susah depa nk cerita,nti ingat buat mcm2 alasan pulak..harap semua bleh faham...
kita dh bekerjaya,bekeluarga,macam2 hal boleh berlaku,even saat2 akhir event tu nk berjalan...tapi kita tak boleh beri alasan mudah2 jika sebenarnya kita mampu pergi gath batch di bainun,tapi sengaja buatkan tidak mampu pergi...itu pada aku tak adil utk kawan2 yg dh bertungkus lumus nk jayakan..
bukan senang nak jayakan sesuatu event..aku dh pernah jadik event grand annual dinner program committe masa keje kilang/production dulu,event2 kelab PMC aka Protonmania(kelab kereta aku)-siap panjat SUK,MTPN,pegi ofis Mat Keruzan kt Silverstone mintak sponsor etc, skrg pulak keje gomen,sibuk buat event itu ini(Kejohanan la,Sukan la...)..BUKAN SENANG...

berbanding kawan2 yg cuma perlu hadirkan diri datang join xtvt tu sahaja...
nak set up, nak kerja belakang tabir dengan titik peluh yg percuma, kena maki,kena marah,tiada siapa tahu, sebab kerja hanya BELAKANG TABIR....nampak mcm mudah..tp tanyalah Mizan..brapa kali dia sanggup turun Ipoh dr Penang semata2 nk meeting..duit minyak kereta,tol,makan minum dia,semua dia tanggung sendiri....

okay lah..pada yg dapat hadir,kita bagi kredit pada depa...tapi tak perlu lah kita bebel2 sangat nanti lagi kawan2 tak suka kita...dan nanti lagi lah kurang sambutan xtvt kita masa depan..
macam ni lah...sembang kosong pon x guna..baik kita diskas post mortem dan apa cadanagn kita utk xtvt akan datang.aku pya cadanagn:

1. kita buat pecahan small committe utk batch,terpulang nk ikut zone ke,ikut negeri ker,ikut kepala group2 masa di Bainun dlu ke(kita kan ada puak masing2 hehehe), dlm tu ada laki2 ada pompuan cth mcm kita buat gath raya yg ramai hadir bertahun2 dulu di Hillcity Hotel.maknanya tak le mizan fikir sorang2,pecah kepala dia sok..committte nih function utk meeting dan setting program...tapi kepala komiti nih tetap Mizan..sebab dia ketua batch kita dan dh dilantik jadik AJK Batch..

2. bila buat functional commite,baru masing2 ada peranan..tak ler terbiar sorang2 je buat kerja..at same time,kita semua akan 'hidup' dan ada team work...

3. kita kena adakan semula Mesyuarat Agung utk batch kita...ini pon utk hidupkan semula mana2 ahli yg dh 'mati'...secara x langsung semua akan xtive balik..

4. semua kena simpan database kawan2, dan sentiasa bleh berhubung...buat masa nih medium perhubungan yg aku nmpak berkesan ialah facebook...aku dlm tu slalu gak bleh contact Mizan,Yus,Sam,Yer,Wan Ainiza, KE dll....aku rasa wajibkan semua daftar FB supaya kita bleh sentiasa tag along bila perlu...kalo blog kita nih mandom,kurang2nya kita ada medium lain...tp Blog ini pon kena bookmark kat Blog masing2(aku dh lama tag kan url blog nih dalam blog aku)...

5. selalu2 lah kita berhubungan samada melalui telefon, internet, email dll..ringan2 kan mulut,jari dan mata masing2 utk bertegur sapa..jangan la malu2...ni aku teok yg pompuan segan2 nk tegur semua kawan2 laki..hanya certain2 org jer...apa nk malu...kita dulu makan nasik dari satu kawah yg sama...

6. berilah lebih komitmen pada alumni kita, batch kita esp sungguhpon masing2 dh bekeluarga ,kerja etc...tapi itu terpulanglah..tak paksa..kalo rasa nk jalinkan silaturrahim smpi bila2,apa salahnya..tp kalo rasa nk 'tidur' pon x siapa bleh halang..hak masing2...

untung sebenarnya kita dpt Mizan,sebab dia sanggup beri komitmen,rela hati utk batch kita..jadik penggerak pada kita termasuk aku sendiri...kalo dia takde,sapa yg rasa sanggup pikul tanggung jawab ini?

aku baru balik trip tu malam tadi ,sampai rumah terus online smpi jam 1,2 pagi sbb nk teok kot2 mizan ada update dlm blog pasal xtvt..punyala xcited nk tau..ekekek...

itu lah saja bebelan aku...sapa2 bleh bagi cadangan,silakan dlm ruangan komen..nanti kita display..

epoi

.::Back 2 School:Part 2::.

(SABTU)~Hari yang ditunggu2 telah tiba juga. Karnival Sukan Bainunalumni. Dengan promosi yang selalu diupdatekan didalam blog ini dan juga dalam facebook dijangkan kehadiran akan melebihi kehadiran AGM yang lalu. Rupa2 hampeh... kengkawan yang kononya nak datang rupa-rupanya sekadar memberi jawapan untuk menyedapkan hati sahaja. Mungkin anda semua sibuk, tidak mengapalah kerana hanya aku, Yusri Yunus, Kim, Det dan Fakril sahaja yang tak sibuk dan tak ada komitmen lain...
Kim, Det, Yus dan Fakril hadir memeriahkan suasana yang kurang meriah kerana terlalu ramai yang sibuk sehingga hanya dihadiri oleh muka yang sama sahaja setiap kali gathering.