Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, February 10, 2010

Santai Silaturrahim @ Kuale 14/2: Sedikit Perubahan

Perhimpunan Halal yang dijangka akan diadakan jam 10.00 pagi pada Ahad 14/2/2010 nanti terpaksa dipinda atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Namun Perhimpunan Halal tersebut tetap akan dilangsungkan juga cuma bertukar venue dari Lembah ke rumah Shu Hakimi di Padang Rengas.

Bakar
Perubahan ini tidak dapat dielakkan memandangkan kegagalan pihak penganjur mendapatkan permit polis (gurau jer), maka pihak penganjur terpaksa beralih ke premis persendirian bagi mengelakan perhimpunan di halang oleh pihak berkuasa. Perhimpunan akan bermula pada jam 5.00 petang dengan upacara membakar daging, ayam dan berkemungkinan juga kambing oleh pemilik premis. Sehubungan dengan itu pihak penganjur mengharapkan kepada semua yang akan hadir ke perhimpunan ini menyediakan perut kosong untuk diisi dengan makanan-makanan berkalori tinggi...

Perhimpunan ini juga akan turut di hadiri oleh beberapa orang pembesar yang mana identiti mereka masih dirahsiakan. Namun dari bisik-bisik dengan pihak penganjur, pembesar yang dimaksudkan adalah wakil dari SEMIDEC... Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menyertai Perhimpunan Halal yang julung kali diadakan di Padang Rengas. Anda jugiri a digalakan untuk membawa anak-anak serta isteri/suami anda kerana Perhimpunan ini akan diadakan secara aman. Perhimpuan dijangka berakhir jam 12.00 tgh malam. Anda boleh datang pada bila-bila masa yang anda ingin...

Kod Pakaian.
Anda takperlulah pakai kod untuk hadir memadailah sekadar pakaian yang tidak menjolok mata.

sekian terima kasih...

No comments: