Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, February 9, 2010

Santai Silaturrahim @ Kuale 14/2

Satu perhimpunan halal akan diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim sesama kita disamping bertukar-tukar pendapat.

Program santai bersama teman-teman ini akan diadakan pada hari ahad bersempena Tahun Baru Cina dan cuti hujung minggu. Memandangkan kita semua sibuk dengan komitmen masing2 apa kata kalo kita ambil peluang ini untuk bertemu rakan2 kita....

Tiada sebarang progrtam khusus cuma ada beberapa cadangan bagi mengisi perjumpaan kita ahad ini. Antara program yang dijangkakan adalah:

1. Beriadah / mandi-manda di Ulu Kenas.
2. Makan Laksa di Lubuk Merbau.
3. Sessi Fotografi di sekitar Pekan Kuala Kangsar...

Berkaitan program yang no.1 (Ulu Kenas) acara tersebut mungkin kita akan tukar ke Kunjungan kerumah Mat Kahiruzan a.k.a Mat Bunga (batch 84-88) kerana beliau mengadakan majlis kenduri kahwin adik bongsunya... Namun semuanya belum muktamad bergantungf kepada keputusan para hadirin pada hari tersebut...

kepada yang berminat nak join anda adalah dipersilakan untuk berkumpul di Lembah (tepi Sungai Perak, Kuala Kangsar) pada pukul 10.00 dan kita akan mengeteh dahulu sebelum membuat keputusan dan hala tuju perhimpunan kita... Anda juga boleh membawa seluruh ahli keluarga anda ke perhimpunan ini kerana dijangka tiada sebarang aktiviti yang membahayakan...

No comments: