Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, February 16, 2010

Santai@Kuale

sedikit gambar event yg baru shj berakhir weekend lalu..
kehadiran agak memberangsangkan,ramai jugak yg sanggup datang dari KL(KE,Wan, Sam) dan Kedah(Jai),utk join event nih..lagipon seme balik kampung cuti CNY,kan..
Update kehadiran seperti berikut:
kim,eileen,shidee,lonaddi,yusnita,fakril ,azlin & famili,wan ainiza & famili,KE & famili,norizam & famili, miezan & famili, Fahrizal & famili, Sam & famili,Yusri & famili,MeorAzam da great,Hazman & famili,Tokya(sunggupon dtg sekejap), Alis & aku & famili.

apa2pon TQ pd semua yg datang.Jutaan terima kasih kepada Kim & Eileen sbb sediakan tempat dan BBQ. juga Shidee yg jadik salah sorg chef masak nasik udang gorengnya..hahaha...





























































































































































































Wednesday, February 10, 2010

Santai Silaturrahim @ Kuale 14/2: Sedikit Perubahan

Perhimpunan Halal yang dijangka akan diadakan jam 10.00 pagi pada Ahad 14/2/2010 nanti terpaksa dipinda atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Namun Perhimpunan Halal tersebut tetap akan dilangsungkan juga cuma bertukar venue dari Lembah ke rumah Shu Hakimi di Padang Rengas.

Bakar
Perubahan ini tidak dapat dielakkan memandangkan kegagalan pihak penganjur mendapatkan permit polis (gurau jer), maka pihak penganjur terpaksa beralih ke premis persendirian bagi mengelakan perhimpunan di halang oleh pihak berkuasa. Perhimpunan akan bermula pada jam 5.00 petang dengan upacara membakar daging, ayam dan berkemungkinan juga kambing oleh pemilik premis. Sehubungan dengan itu pihak penganjur mengharapkan kepada semua yang akan hadir ke perhimpunan ini menyediakan perut kosong untuk diisi dengan makanan-makanan berkalori tinggi...

Perhimpunan ini juga akan turut di hadiri oleh beberapa orang pembesar yang mana identiti mereka masih dirahsiakan. Namun dari bisik-bisik dengan pihak penganjur, pembesar yang dimaksudkan adalah wakil dari SEMIDEC... Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menyertai Perhimpunan Halal yang julung kali diadakan di Padang Rengas. Anda jugiri a digalakan untuk membawa anak-anak serta isteri/suami anda kerana Perhimpunan ini akan diadakan secara aman. Perhimpuan dijangka berakhir jam 12.00 tgh malam. Anda boleh datang pada bila-bila masa yang anda ingin...

Kod Pakaian.
Anda takperlulah pakai kod untuk hadir memadailah sekadar pakaian yang tidak menjolok mata.

sekian terima kasih...

Tuesday, February 9, 2010

Santai Silaturrahim @ Kuale 14/2

Satu perhimpunan halal akan diadakan bertujuan mengeratkan silaturrahim sesama kita disamping bertukar-tukar pendapat.

Program santai bersama teman-teman ini akan diadakan pada hari ahad bersempena Tahun Baru Cina dan cuti hujung minggu. Memandangkan kita semua sibuk dengan komitmen masing2 apa kata kalo kita ambil peluang ini untuk bertemu rakan2 kita....

Tiada sebarang progrtam khusus cuma ada beberapa cadangan bagi mengisi perjumpaan kita ahad ini. Antara program yang dijangkakan adalah:

1. Beriadah / mandi-manda di Ulu Kenas.
2. Makan Laksa di Lubuk Merbau.
3. Sessi Fotografi di sekitar Pekan Kuala Kangsar...

Berkaitan program yang no.1 (Ulu Kenas) acara tersebut mungkin kita akan tukar ke Kunjungan kerumah Mat Kahiruzan a.k.a Mat Bunga (batch 84-88) kerana beliau mengadakan majlis kenduri kahwin adik bongsunya... Namun semuanya belum muktamad bergantungf kepada keputusan para hadirin pada hari tersebut...

kepada yang berminat nak join anda adalah dipersilakan untuk berkumpul di Lembah (tepi Sungai Perak, Kuala Kangsar) pada pukul 10.00 dan kita akan mengeteh dahulu sebelum membuat keputusan dan hala tuju perhimpunan kita... Anda juga boleh membawa seluruh ahli keluarga anda ke perhimpunan ini kerana dijangka tiada sebarang aktiviti yang membahayakan...

Tuesday, February 2, 2010

.::Perjumpaan / Meeting / Perbincangan "Silver Jubilee Gala Dinner"

Kepada sesapa yang berkesempatan;

Dimaklumkan bahawa satu perjumpaan akan diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berhubung sambutan tersebut. Diharap ada wakil dari batch kita yang dapat hadir pada tarikh dan masa serta tempat berikut:

Tarikh : 4 Februari 2010
Masa : 5.30 petang
Lokasi : TGI Friday (dulu Cova Cafe, dkt bridge yang sambung ke Mid Valley ~ same floor dgn Alexis)

Sekian, terima kasih

(maklumat lanjut sila hubungi Meor Azam : 019 510 7831 / 019 597 8306