Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Monday, August 3, 2009

.::Back 2 School:Part 2::.

(SABTU)~Hari yang ditunggu2 telah tiba juga. Karnival Sukan Bainunalumni. Dengan promosi yang selalu diupdatekan didalam blog ini dan juga dalam facebook dijangkan kehadiran akan melebihi kehadiran AGM yang lalu. Rupa2 hampeh... kengkawan yang kononya nak datang rupa-rupanya sekadar memberi jawapan untuk menyedapkan hati sahaja. Mungkin anda semua sibuk, tidak mengapalah kerana hanya aku, Yusri Yunus, Kim, Det dan Fakril sahaja yang tak sibuk dan tak ada komitmen lain...
Kim, Det, Yus dan Fakril hadir memeriahkan suasana yang kurang meriah kerana terlalu ramai yang sibuk sehingga hanya dihadiri oleh muka yang sama sahaja setiap kali gathering.

Wednesday, July 29, 2009

.::Back 2 School::.

Hujung minggu ini Bainunalumni dan pihak Sekolah akan menganjurkan Karnival Sukan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Penubuhan sekolah yang kita sayangi. Aku sebagai salah seorang jawatankuasa Bainunalumni dan juga Jawatankuasa kerja Karnival Sukan dan AGM berbesar hari untuk mempersilakan semua kawan-kawan untuk datang pada 1 dan 2 Ogos ini.

Marilah kita sama-sama memeriahkan suasana disamping dapat beramah mesra dengan bekas-bekas pelajar Bainun. "WALAU KITA SERING BERKATA TIADA MASA, TETAPI MASA TETAP ADA..."Dalam hal ini aku tak boleh nak memaksa anda semua untuk datang, tapi aku rasa kalian semua perlu datang kerana inilah peluang untuk kita berjumpa dan bertanya khabar. Kalau hendak diikutkan kesibukan kita memang kita sibuk tetapi apa salahnya kalau kita luangkan sedikit masa kita untuk bertemu dengan kawan-kawan, senior-senior dan junior-junior kita yang dahulunya kita sama-sama membesar dengan makan nasi dari periuk yang sama, tidur sebumbung. Tidakkah kalian rindu pada teman-teman anda. Inilah peluangnya untuk kembali bertemu.

Akhir sekali, aku mengharapkan agar kalian dapat hadir pada hujung minggu ini.
Antara Program yang telah diaturkan:
Sabtu : 1 Ogos 2009
1. Pertandingan Bolasepak
2. Pertandingan Bola Jaring
3. Pertandingan Bola Tampar (Bainunalumni vs SMRPB)

Ahad : 2 Ogos 2009
Mesyuarat Agong Bainunalumni
(Makan tengahari disediakan)

#Bilik asrama disediakan kepada yang berminat untuk bermalam.

Thursday, July 9, 2009

Tuesday, June 30, 2009

.::Our 1st Re-union::.

Aku xpasti bila gath nih berlangsung. Yang pastinya gath kita nih sempena Hari Raya. Maybe 2001 atau 2002. Thanx to kengkawan yang banyak membantu menjayakan program re-union kita yang pertama, Bakhtiar, Zaidi (banyak tolong hubungi kawan2), Salmi (tolong contact kengkawan girls), Epoi (persediaan tempat), dan semua kengkawan yang turut memberikan komitmen dalam merealisasikan gath ini...

Antara kengkawan lelaki yang hadir: dari kiri(belakang); Sam, Fahrizal, Mizan, Zaesh, Fendi, Cikgu Mahmud, Epoi, Bakhtiar, Lon, Kim, Syed dan Azrul.
Duduk (dari kiri); Det, Fakril, Ermi, K.Hisyam, Shidee, Ishak, Zaidi dan Harizal.

x-bainun 8791 yang hadir pada hari tersebut...

Masing2 yang sudah kekenyangan...

Aku rasa epoi ada banyak koleksi gambo gath ni dapat uploadkan gambo2 yang lain...

Monday, June 29, 2009

.::MAKLUMAN::.

"Karnival Sukan BainunAlumni 2009"Pertandingan Bolasepak, Bola Tampar, Bola Jaring, Tenis, Badminton.Setiap Batch digalakkan hantar pasukan untuk setiap jenis sukan.Jika tidak,Pasukan BainunAlumni akan diwujudkan

Date:Saturday, August 1, 2009
Time:8:00am - 5:00pm
Location:SMK Raja Permaisuri Bainun

Mesyuarat Agung Tahunan Kedua Untuk Tahun 2009.Sebarang usul & cadangan untuk mesyuarat berkenaan boleh dipanjangkan kepada Setiausaha & Exco Pengurusan sebelum atau pada 3 Julai 2009.

Date:Sunday, August 2, 2009
Time:9:30am - 11:30am
Location:Dewan Besar, SMK Raja Permaisuri Bainun

Wednesday, June 3, 2009

.::Perancangan Aktiviti Sambutan 25 Tahun::.

Sebagaimana semua maklum Sambutan 25 Tahun SMKRPB di adakan pada tahun ini.

Antara 'event' yang bakal diadakan dan MEMERLUKAN kerjasama semua alumni adalah seperti :

1. Karnival Sukan Alumni - (awal July)
2. Majlis Berbuka Puasa & Tahlil (dicadang pada 6/9/2009, menunggu kelulusan sekolah)
3. Majlis Sambutan Hari Raya (dicadang pada 3 raya)
4. Makan MALAM (dicadang pada 10/1/2010)

Semua ALumni yang berkelapangan utk terlibat dalam perancangan AMAT DIALU-ALUKAN. Beberapa siri 'meeting' telah dan bakal diadakan. untuk meeting yang selanjutnya akan di umumkan di www.bainunalumni.org dan juga melalui facebook bainunalumni.

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI KARNIVAL INI BOLEH MENGHUBUNGI SAYA, SEBERAPA SEGERA AGAR PERSEDIAN DAPAT DILAKUKAN. ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA MELALUI:

TEL / SMS : 019 507 3304

EMAIL: miezanzz@ gmail.com; miezanzz@yahoo.com.my; miezanzz@syok.org.

KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI DAN DIALU-ALUKAN

Friday, May 29, 2009

.::Kasih Ibu – Anak Menulis::.

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Monday, May 11, 2009

.::Hijrah:Kembali ke Jalan Allah::.

Tidak ada yang menjanjikan bahawa kehidupan di dunia akan penuh dengan kebahagiaan bagi semua orang. Tidak ada yang mampu menjanjikannya, kecuali Allah. Dan Allah tidak pernah menjanjikannya. Bagi orang yang beragama, kebahagiaan yang kekal dijanjikan dapat diraih di kehidupan selanjutnya. Sehingga setiap manusia yang lahir ke dunia harus siap menghadapi kenyataan bahwa hidup di dunia tidaklah mudah. Kehidupan di dunia akan menjadi suatu perjalanan yang harus ditempuh dengan penuh perjuangan.

Keyakinan akan kekuasaan Tuhan adalah sesuatu yang mutlak harus dimiliki oleh setiap manusia yang mengaku beragama. Keyakinan itu kemudian akan membawa konsekuensi bahwa mau tidak mau mereka harus mengikuti seluruh kalimat-kalimat Tuhan dan para utusan-Nya yang memuat berbagai aturan dalam menjalani kehidupan di dunia. Aturan tersebut memang lebih banyak mengekang dan membatasi perilaku manusia, namun itulah yang seharusnya, jika manusia tetap ingin mempertahankan martabatnya sebagai mahluk yang memiliki peradaban.

Jadi sebenarnya tidak ada yang boleh dijadikan dasar bagi orang yang beragama untuk menganggap bahwa mereka berhak menikmati segala apa yang mereka inginkan demi kebahagiaan hidup mereka di dunia.

Berpijak dari keyakinan itu , kita mengambil sikap untuk tetap mempertahankan iman dan islam ki. Kerana keislaman dan iman kita kepada Allah adalah suatu anugerah yang sangat agung. kita tidak ingin menghancurkan anugerah tersebut hanya demi kenikmatan sesaat di dunia.

Tidak kita sedari, bahawa kitapun sedikit atau banyak pernah terpedaya oleh bisikan-bisikan yang mengatakan bahwa kita mempunyai hak untuk meneguk kebahagiaan yang kita inginkan. Akan tetapi pada akhirnya kita menemui bahawa diri kita hanyalah mahluk yang tidak berdaya di hadapan Tuhannya.

Ketika kita pernah mencuba mempertanyakan dan memberontak kepada Allah, kita tidak sadar bahawa apa yang kitai tuntut hanyalah sesuatu yang sangat tidak bermakna dibandingkan keagungan Allah yang meliputi seluruh alam semesta. Dan saat kemudian kkita menyedarinya, kita pun jatuh tersungkur di hadapan-Nya. kita sebenarnya tidak patut mempertanyakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kita sebenarnya hanyalah mahluk yang sangat bergantung kepada Khaliqnya, kita sebenarnya terlalu lemah untuk berani menentang Allah. Maha Suci Engkau Ya Allah, dari segala prasangka buruk yang pernah muncul dalam hati kami yang buta.

Kesedaran itu tidaklah kemudian membuat kecenderungan yang ada dalam diri kita menghilang. Kecenderungan itu tetap ada dalam diri kita. Namun yakinlah bahwa adanya kecenderungan itu sendiri bukanlah suatu dosa bagi kita. Adanya kecenderungan itu adalah sebagai ujian bagi keimanan kita. Dosa baru ditimpakan bila kita kalah dan mengikuti hawa nafsu dengan melakukan perbuatan yang tidak diredhai-Nya. Untuk itu kita harus berjuang untuk melawan kehendak hati kita yang tidak sesuai dengan tuntunan Islam. Dan nampaknya perang kita ini akan berlangsung seumur hidup.

Monday, May 4, 2009

.::Mini Gath @ Ipoh::.

Sempena Cuti Umum 1st May lepas telah diadakan mini gath yang pada mulanya hanya kami nak jumpa 6 orang jer. Aku minta maaf kalau ada yang terasa kalau aku tak jemput korang semua. Idea nih datang dari Yusri Yunus semasa menziarahi Epoi di Hospital tempoh hari... Maklumlah dah lama kami x berkumpul....

Namun apabila cerita gath nih heboh di FB, ramai pulak nak join... so xkan aku nak halang lagipun bila ramai2 meriah juga... Aku mmg dah jangka mesti ada dikalangan kami berenam ada yang xdapat nak join so bila ada yang lain nat turut serta aku terima juga.

Tukar Venue
Kalau ikut perancangan awal kami nak jumpa di Restoran Sabar Menanti, Stadium Perak, Ipoh tapi malangnya tempat tu tutup pulak so lepas bincang2 kami semua lepak di Nashmir Riverfront.
Antara yang hadir malam tuh, Yusri Yunus, Epoi & Alis, Jouhar (88-92), Meor Azam, Hazman dan Mahyudin (85-89), Saiful Azli dan Nizam Ahmad (86-90).

InsyaAllah kalau diizinkan Allah s.w.t. dan diberikan kelapangan akan diadakan lagi gath seperti nih dan next time kita kumpul ramai2...