Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, January 28, 2009

Sekadar Renungan......

Salam...

Aku tertarik dengan satu tulisan di blog cikgu akaun ni. dia pon dpt email dari group Ansara Jasin... (tak salah aku, Ansara ni persatuan bekas pelajar2 MRSM), segala macam perasaan ada dalam diri... apa pun dalam diri ini cuma perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan... semoga Allah lindungi kita semua....

sekadar nak kongsi dengan kawan2 apa yang aku baca dan cuba renungkan... terpulang kepada masing2 untuk menilainya....

teringat jugak cerita Dato' Sabudin (a.k.a Cikgu Sabudin Hassan) dlm sesi ceramah di Bainun suatu ketika dulu. Tak salah aku masa Kursus Kepimpinan ke apa ke. Dia citer tentang Melayu, Islam, Ummatan Wassotan, siap suruh pejam mata lagi.

Buat renungan...

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..

Anda menangis ketakutan….

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Anak kecil ditembak didepan mata…
Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…


ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir-fikirkan. ......


Semoga dijauhkan perkara2 ini drp kita, umat Islam Malaysia...

Monday, January 5, 2009

2009- adakah tahun yang penuh aman bahagia?

salam..
dah lama tak menulis panjang...
tapi hari ini aku cukup tak tahan lagi...

pertamanya,
aman kah dunia pada tahun ini?inilah persoalan yg menghantui aku sedari penghujung 2008...
lihat sahaja berita di media, hari-hari menyajikan nasib rakyat Palestin yang terus menjadi mangsa keganasan Israel...
regim Zionis itu bagai tidak berhati perut dan sifat kemanusiaan yang semakin bertukar menjadi sifat kebinatangan terus membedil dan mengebom negara Palestin...
semakin hari, jumlah rakyat yang terkorban semakin meningkat. dan yang paling menyedihkan aku, kanak-kanak yang masih putih,suci turut menjadi mangsa korban serangan roket, peluru berpandu, bom, kereta kebal dan peluru tidak bermata tentera laknat Israel...

apakah ini permulaan tahun 2009 bakal disajikan dengan banyak kematian?
andai ada peluang, marilah kita beramai-ramai menunaikan solat hajat dan berdoa untuk nasib malang rakyat Palestin dan berdoa semoga regim ganas tersebut berkubur....
namun, andai kerusi PPB dan kabinet negara2 Islam dan bukan Islam, yang masih hanya pandai berkata-kata ibarat burung kakak tua yang hanya bijak menyebut-nyebut, dan menyahut-nyahut kosong, selagi itu keganasan tidak berhenti dan malah akan terusss menjadi igauan buruk seluruh dunia...

Keduanya,
sejak awal 2009, kemalangan jalan raya di Malaysia semakin buruk..statistik menunjukkan pertambahan angka kematian yang amat tidak menyenangkan...
di Malaysia, kita tidak ada perang...kita tidak ada pertumpahan darah akibat bedilan roket dan peluru berpandu, namun kita penuh dengan manusia gila yang memandu kenderaan umpama peluru berpandu dan roket regim Zionis!!! dan MEMBUNUH rakyat saban hari!!!

aku pernah memiliki kereta yang boleh mencapai kelajuan hingga 200hp suatu ketika dulu...
..namun aku tidak pernah gila di jalanraya hingga memudaratkan pemandu-pemandu disekeliling aku...sekarang, aku masih memandu laju,namun hanya laju ketika bermain Need For Speed di skrin layar bersama PS2...bukan tidak gila lagi, tapi cukup untuk tidak membahayakan pemandu-pemandu sebenar di jalan raya sebenar...

tidak guna memasang tali pinggang belakang seperti saranan pihak berkuasa, mahupun kita pasang 4 point harnes Sabelt sekalipon, jika kelajuan itu menggila di atas jalan tar, ditambah dengan 'isi setan di kepala' , mabuk, ecstasy,ice dsb, dan perangai-perangai biadap menekan pedal hingga ke lantai, dan menjerit "Jalan ini aku yang punya!!!"..BULLSHIT!!!
mulai hari ini, aku benci pemandu seperti ini!!dan korang boleh benci pada aku jika aku pon sama seperti itu!!!

hentikanlah kematian ini!!!
ingatlah Allah dan Tuhan Yang Maha Kuasa!
banyakkan bersabar!!!bawak laju pon akan lari ker apa yang dikejar????

buangkan lah stiker yang ditampal yg tertulis: "Beware!Baby On Board", atau "Lady driver in the Car", "University Of ****kaplahotak", "Beauti*ul", even stiker 'P' dsb,
jika ciri-ciri murni asal stiker terbabit tiada dlm jiwa pemandu yg memandu yg kununnya educated, businesman/women, naive...shit!!!


TOLONG HENTIKAN SEMUA KEMATIAN YG TIDAK DIUNDANG DI ATAS!!!
gbone.

p/s SALAM MAAL HIJRAH & SELAMAT TAHUN BARU 2009 buat kalian semua!!!

Wednesday, December 31, 2008

.:: سمبوتن تاهون بارو ماسيها:جاڠن ليك::.

.::SAMBUTAN TAHUN BARU MASEHI: JANGAN LEKA::.

Bagi kita warga dunia kedatangan tahun baru masehi sudah tentu menjadi satu kebanggaan, tidak kira mereka hamba yang taat, suka melakukan maksiat, kufur terhadap Allah atau langsung tidak mempunyai ideologi.

Kebanggaan ini dapat dilihat apabila pelbagai acara sambutan diadakan dan dalam kepelbagaian acara ini, ada yang menjurus kepada keredaan Allah dan tidak kurang pula terjebak dengan unsur maksiat.

Hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya lagi. Mereka juga istiqamah pada landasan pengabdian.

Mereka yang lalai lazimnya menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta yang boleh mendatangkan unsur syirik dan maksiat. Golongan ini, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk.

Kepelbagaian acara sambutan tahun baru menyebabkan sesetengah masyarakat keliru, yang mana berunsurkan Islam, kebaratan dan langsung menyimpang daripada sebarang ajaran agama di dunia?

Semua masyarakat perlu menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan, melihat kembali apa yang dilakukan setahun lalu dan cuba berfikir mengenainya supaya menjadi pengajaran dalam menjalani kehidupan.

Sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.

Walaupun hampir keseluruhan orang Barat menganuti Kristian,kebanyakannya memisahkan agama itu daripada kehidupan mereka, malah memperlekehkannya. Tidak wajar umat Islam di negara ini meniru cara orang Barat khusus mengenai cara sambutan tahun baru, kerana cara mereka itu sendiri terkeluar dari ajaran agama mereka. Dari satu sudut kedatangan tahun baru secara langsung membawa makna usia seseorang itu semakin meningkat dan jangka hayat semakin pendek, menunjukkan kita semakin hampir dengan maut. Walau apa pun aspek ini jarang diambil peduli, melainkan golongan muqarrabin (hamba mendampingi Allah).

Kedatangan tahun baru Masehi ini juga diharap melakarkan detik sejarah yang menggembirakan, bukan lagi peristiwa pahit dengan pelbagai tragedi memilukan seperti tahun lalu yang tidak henti-henti mengejutkan masyarakat. Dalam mengimpikan lakaran manis ini, tekad dan usaha semestinya dipertingkatkan. Kejayaan sekali-kali tidak datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni tidak dapat dicapai.

Bagi mencorakkan perjalanan hidup sepanjang tahun ini, asas utama perlu ditekankan ialah tujuan hidup, iaitu semata-mata untuk beribadah, bukan untuk berseronok atau sebarang kepentingan lain.

Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti dihuraikan Allah melalui sepotong ayat daripada surah Al-Dzariyat yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." Merujuk kepada maksud ayat itu, kehidupan manusia tidak lain bertujuan beribadah pada Allah.

Ibadah yang sempurna lahir apabila akidah betul, iaitu mengesakan Allah dan mentaati syariat dibawa Rasulullah. Ini membawa makna ibadah yang dilakukan dengan tidak menetapi kehendak itu sia-sia. Justeru, apabila tindak-tanduk menyimpang dari asas utama itu kehidupan seseorang itu menjadi sia-sia dan tiada makna, walaupun bersama-sama orang lain melangkah ke tahun baru dan mendapat limpahan kesenangan duniawi.

Cabaran dan dugaan menunggu di depan, sama ada dalam rupa keseronokan atau kesedihan dan kesenangan atau kealpaan. Tiada yang mengetahui, selain Allah. Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri dan seboleh-bolehnya melakukan yang terbaik setiap hari.

Umat Islam juga harus menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk memperelokkan akhlak, dengan mencontohi peribadi Rasulullah. Baginda contoh terbaik, sehingga diiktirafkan melalui firman Allah, bermaksud: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling mulia." (Al-Rum:4) Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah, berkata: "Akhlak baginda itu adalah al-Quran".

Aspek ini merangkumi terhadap Pencipta seperti cinta, taat atau patuh yang tidak terkira, malah bersifat sabar, reda, syukur, takwa, wara', zuhud dan ikhlas dalam setiap amalan. Sesama manusia perlu adil, jujur, suka menolong dan tidak berdengki khianat supaya dengan asas ini dapat menikmati kehidupan dalam harmoni sepanjang tahun.

Tuesday, December 16, 2008

.::Famili Day 2009::.

Memandangkan kejayaan mengadakan majlis Hari Raya yang lalu aku mencadangkan utk kita mengadakan hari keluarga pada tahun hadapan bagi mengeratkan lagi persahabatan kita. Untuk itu cadangan dari anda semua adalah diperlukan untuk kita menyusun perancangan bagi menjayakan program tersebut.

Sebarang cadangan boleh disalurkan melalui ruangan komen dibawah. Kerjasama dari anda semua untuk memberikan cadangan berhubung dengan lokasi serta tarikh yang difikirkan bersesuaian.

Bersama memperkukuhkan ukhwah....

Monday, December 1, 2008

.::YM id 8791::.

bagi memeriahkan lagi persahabatan di alam siber aku kongsikan Id YM kengkawan kita di sini bagi mudah korang semua add dan berYM....

Azrul Hasyimi ~ aroul2k
Norol Azwa ~ azwanordi
Bakhtiar ~ realevo7
Ahmad Asri ~ epsilon.mind
Ishak ~ ishakmh
Ruslan ~ krayon_shinchan2002
Syidah ~ kutik3711
Salmi ~ mieaz_1474
Shamsul Amri ~ gopengmali1974
Suryanie ~ fatinsurya
Suzana ~ su_prk74
Epoi ~ gbone30
Miezanz ~ miezanzz
Fendi ~ Hisyamafandi (NEW)

kepada kengkawan yg ada id YM dan ingin tambah id YM di sini boleh tambah kat ruangan komen... i/allah ada masa aku akan edit semula...

Wednesday, November 26, 2008

CETA DULU-DULU.. LAYAN JE LER....

Lama dah x memeriahkan blog 'dari kawan untuk kawan'. Hari ni free sikit, Opis senyap dan sunyi je memandangkan cuti sekolah ni ramai yang ambik cuti nak bawa anak-anak gi cuti-cuti Malaysia. Time-time free cam ni le ambik masa sikit buat hal sendiri... He he he waktu nak delete file2 yg x berkaitan dlm komputer terjumpa le gmbr classic yg dah lama scan cuma tunggu masa & mood sesuai gitu untuk di'publish'kan di blog. Nak upload gmbr classic ni pun dah minta permission dari Dila...takut-takut gmbr ni jadi bahan bukti murid2 sekolah dia lak.
Untuk yg x berapa nak cam gmbr yg mmg classic ni.. duduk depan dari kiri ke kanan: Farah & Dila. Belakang Farah.. Jana, Belakang Dila... Ijam then Belakang Ijam ygn comei je tu Ani. Gmbr ni waktu form 1 prep malam dalam kelas 1A3 yg konon2nya special sgt hanya semata2 dlm kelas tu ada sinki. Form 1 mmg banyak main le.... biasa le tu konon2nya baru nak membiasakan diri dgn suasana sekolah berasrama..... mmm sudahnya sampai form 5 pun byk main gak... (sesetengah le). Tengok gmbr pun tau... especially gmbr Dila confirm tgh mimpi baik punya... Ijam lak posing2...(ada rupa org tgh study ke?), Jana.... dari gayanya cam dok menampor buku je... (He he he klu ikut dari saiz buku tu sure tgh buat kerja sekolah SRT.. tgh tampal sample kain le tu) tapi lain lak ceta klu tgk Farah.. serius gitu buat kerja sekolah (mesti byk lagi yg x siap lagi)... Tu semua kenangan zaman sekolah yang sukar nak kikis dalam ingatan... waktu dulu suruh belajar main-main je... tp sekarang ni dema dah jadi cikgu sekolah pun... Cam ne agaknya diaorang dok ajor budak2 ye... ala2 Cikgu Ramlah (Tegas & Garang... kuat mencubit), Cikgu Rozana (Dengar bunyi tapak kasut pun degup jantung dah x normal) or Cikgu Raja yang cool.. gitu.
Sebut Cikgu Raja tetiba je ingat satu kes yang x leh lupa oleh pelajar tahun 1A3.. Tatkala Cikgu Raja baru je mengajar di sekolah Manjoi (Sebelum tukar nama SMRPB) Waktu dia masuk mengajar for the first time .. kita semua bangun (kelas 1A3) tp x tau nak bagi salam or selamat Sejahtera. Ikut name tag tulis Cikgu Raja... tapi Raja apa yek... Raja Gopal pun raja gak... tengok dari rupa cam...... confuse!confuse! (minta maap ye cikgu) Ha !ha!ha! last2 dia yg cakap Assalamualaikum semua... Nama saya Cikgu Raja Abdul Rahman... awak nak bagi salam boleh nak bagi salam sejahtera pun boleh... kita semua dok malu dan rasa bersalah ... then bagi salam kat dia.... lawaks pun ada he he he Kat mana dia sekarang ni yek...
Alamak... Once jari ni dah kat keyboard susah lak nak berhenti.. tp masa cam x mengizinkan... lain kali sambung ceta dulu-dulu layan je ler (bersambung... klu rajin le)

Wednesday, November 19, 2008

Kejohanan Bowling Tertutup Bainunalumni

Aku tolong cut&paste je. 

Persatuan Alumni SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (Bainunalumni) dengan kerjasama Jawatankuasa Pelaksana Bainunalumni 97-01 dengan ini menjemput seluruh bekas pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun untuk menyertai Kejohanan Bowling Tertutup Bainunalumni yang akan dianjurkan.
Kejohanan ini berbentuk amal lagi membantu mengisi tabung dana Bainunalumni yang baru sahaja ditubuhkan.
Butir-butir kejohanan adalah seperti berikut:

Tarikh: 13hb Disember 2008
Masa: 01:30 petang

Tempat: Pin Junction Bowling Centre, 301, Tingkat 3, CINELEISURE DAMANSARA, Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor

Bayaran: RM 30/ seorang ( RM 120/4 orang sekumpulan)


Bayaran boleh dibuat melalui akaun:
CIMB (02080064467529) atau Maybank (162115839565) – Zuhaili Mohamad Ramly atau dibayar pada hari kejohanan

Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari link di bawah ini:
» Borang pendaftaran

Borang yang telah diisi bolehlah di emailkan kepada seketeriat dibawah
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 28 November 2008.

So kawan2 yg nak join, letak nama cepat2.  Aku nak join. 

Sunday, November 2, 2008

Gambor lame yg aku korek-korek jumpa

Aku tahu yang gambar ni aku ade, tapi disebabkan aku ni 'rajin' sangat tukar2 pc, aku pun dah tak ingat mane aku letak. Cari punye cari, ade le aku terletak gambor2 ni kat satu thumbdrive. 

Jadi, tibe le masanye aku kongsi gambor ni, setelah 4 tahun aku sorang je tengok/simpan.

Gambor2 ni aku 'snap' masa salmi/aku 'organise' majlis bukan puasa. Aku masa tu banyak le masa nak buat benda2 ni sebab tengah keja dgn gomen le katakan. Salmi kontek budak2 pompuan, aku contact budak2 laki. Ramai le jugak yang datang. 

Jadi,moh le kite tengok gambor yg aku ade ni. Mintak maap ye, sebab aku masa ni kayu lagi nak 'snap' gambor ni. Yg terang tu, terang le. Yang kabur 2, tangan aku le yg goyang..



Gambor lepas kenyang belasah makanan kat Darby Park.


Sam, Bakhtiar & org rumah

Senyum simpul kakak-kakak ni ye..

Maap, goyang gile tangan aku ni..

 
Lagi gambor kakak2 bersama adik..

Wednesday, October 22, 2008

Mini Gathering - Restoran Murni, KL

Yg ni, Kim pulak jadi 'kapla'. Aku macam biasa, tolong cari tempat yg sesuai utk lepak2 sambil makan makanan yang 'ok'. Mula2 aku nak ingat nak suruh datang rumah aku je, tapi atas masalah 'teknikal', (betul tak Kim?), aku decide makan kat pulau depan bangunan celcom, jalan semarak. Antara yang aku dgn kim berjaya kontek dan dapat datang, Lon, Fakril, Zaesh, Asri & Bakhtiar. Yang tak dapat datang atas sebab masing2 dan balas balik sms/call termasuk le Khairul, Sanusi, Shidi dan Edi Bon. Yg tak balas langsung, ade le sorang 2. Tak payah cakap le sapa nama kekawan tu.

Fakril, walaupun lambat, tetap datang.

Semua yg datang ade dalam gambor ni, kecuali aku la..

Asri, Zaesh dgn Lon tgk kusyuk dengor kelentong Kim.

Yang awal skali datang. Satay pun x sempat nak siap lagi masa ni.

Aku kiranya puas hati dgn mini gathering ni. Mana taknye, aku, Kim dgn Asri siap sambung lagi kita org punye lepak kat Mamak dpn Ampang Point sampai kul 4 pagi hari Jumaat. 

Jadi harap2 lain kali kita boleh buat mini gathering mcm ni le supaya silaturahim sentiasa on..

Wassalam

Tuesday, October 14, 2008

.::Erti Persahabatan::.

Sabda SAW...."Setiap kawan yang bersahabat dengan kawan yang lain walaupun sekejap masa sekalipun, melainkan akan ditanya tentang persahabatannya di hari kiamat, apakah ia telah menunaikan hak persahabatan itu dengan baik, atau ia telah mensia-siakannya".

Sepanjang perjalanan hidup kita di atas muka bumi Allah SWT, kita telah bertemu dengan ramai kawan, rakan, teman serta sahabat. Bermula dengan teman sepermainan ketika kanak-kanak, teman sekolah rendah, teman sekampung / setaman, teman sekolah menengah, teman universiti, teman sekerja, teman serumah dsb. 

Begitu ramai sekali kita berkawan dan bersahabat dengan setiap insan yang kita temui. Namun dalam khalayak kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan serta sahabat-sahabat yang kita temui, secara jujur dan ikhlas bagi aku yang paling istimewa adalah persahabatan di Bainun. Walaupun ketika zaman persekolahan dulu kita bukanlah terlalu rapat namun hingga kini kita tetap berkawan dan yang nyatanya kita semakin mesra.

Setelah aku fikir dan renung kembali mengapa persahabatan kita di bainun begitu istimewa, akhirnya aku mendapat beberapa kemungkinan yang mungkin menjadi penyebab persahabatan kita menjadi istimewa.

1. Makan Nasi Kawah
Selama 5 tahun kita disajikan dengan nasi kawah dan ikan jeket. tak kira apa latar belakang keluarga kita kita menjamah makanan yang sama setiap kali waktu makan. Ketika itu kita tiada sebarang pilihan melainkan makan sahaja apa yang ada...

2. Belajar, Makan, Tidur di bawah bumbung yang sama.
Kita mungkin antara yang bertuah kerana terpilih untuk memasuki bainun. Kerana di sini ketika usia ketika itu baru sahaja akil baligh (ada juga yang belum) kita telah berjauhan dengan keluarga. Kita mula belajar untuk berdikari, mula belajar untuk membasuh pakaian sendiri, 'iron pakaian sendiri (kekadang terpaksa juga buat utk pakaian senior), kita siapkan pakaian sendiri hanya kawan-kawanlah tempat kita meluahkan segala cerita suka dan duka. Kebanyakan rahsia kita kongsi bersama. Memandangkan kawasan Bainun yang kecil (aspura 1 blok, aspuri 1 blok) kemana sahaja pasti kita akan bertembung, hendak ke tandas bertembung, hendak ke dewan makan bertembung kekadang tu tgh lepak-lepak hisap rokok pun boleh bertembung....

3. Mandi air kolah yang sama.
Mungkin tak sama dengan asrama sekolah lain, kita ada kolah yang kadang-kadang kita 'convert' jadi kolam renang. Di kolah itulah kita juga sering berebut untuk dapatkan air untuk mandi selepas selepas permainan petang (pada tahun 87). Kita sebagai yang paling junior ketika itu terpaksa sahaja merelakan senior-senior menguasai air. Saat paling digemari ketika kita bersekolah dulu adalah bila tiba giliran untuk cuci kolah... semua pakat bersemangat sekali kerana inilah peluang utk mandi dan berenang didalam kolah tu.

4. Kita punya gelaran...
Macam-macam gelaran kita berikan pada kawan-kawan kita pada masa itu, dari gelaran yang sedap didengar dan disebut hinggalah kepada gelaran yang paling tak sedap didengar dan disebut. Istimewanya kita masa tuh kebanyakan gelaran yang kita beri adalah haiwan jadi walaupun kita telah meninggalkan alam persekolahan namun ingatan kita tetap pada kawan-kawan kita setiap kali terpandang haiwan-haiwan tersebut....
Bila berbicara pasal gelaran-gelaran kita aku pasti teringatkan peristiwa Ustazah Azizah menangis kerana kita mempermain-mainkan gelaran-gelaran kita ketika beliau sedang mengajar topik berkenaan zakat binatang peliharaan.... nakal betul kita waktu itu...

5. Berkongsi rokok (bukan semua)
Seingat aku hanya zaman sekolah dulu sahaja kita mampu 'share' sebatang rokok untuk 2 hingga 3 orang. Antara port yang sering kita gunakan untuk hisap rokok ketika itu adalah dalam tandas di tingkat 3 asrama, dan tangki air antara dewan makan dan asrama... Betapa hebatnya kita merokok zaman itu hingga bara api rokok hingga hampir setengah inci...

6. Kongsi buat homework bersama.
Sudah menjadi tradisi kita suka buat homework (cuti penggal) apabila kembali semula ke sekolah. Pada malam barulah kita kelam kabut menyiapkan homework. Kita akan share buku /homework kawan-kawan yang sudah siap. Kerja kita masa tu just copy & paste dan edit serba sikit supaya tak nampak sangat kita meniru...

Mungkin ada lagi faktor-faktor lain lagi tetapi hanya ini sahaja yang terlintas dalam kepala aku...
Sesungguhnya kenangan bersama korang semua adalah yang paling istimewa... Sebab itu aku begitu komited untuk mengada gath dan re-union....