Sabda SAW...."Setiap kawan yang bersahabat dengan kawan yang lain walaupun sekejap masa sekalipun, melainkan akan ditanya tentang persahabatannya di hari kiamat, apakah ia telah menunaikan hak persahabatan itu dengan baik, atau ia telah mensia-siakannya".
Sepanjang perjalanan hidup kita di atas muka bumi Allah SWT, kita telah bertemu dengan ramai kawan, rakan, teman serta sahabat. Bermula dengan teman sepermainan ketika kanak-kanak, teman sekolah rendah, teman sekampung / setaman, teman sekolah menengah, teman universiti, teman sekerja, teman serumah dsb.
Begitu ramai sekali kita berkawan dan bersahabat dengan setiap insan yang kita temui. Namun dalam khalayak kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan serta sahabat-sahabat yang kita temui, secara jujur dan ikhlas bagi aku yang paling istimewa adalah persahabatan di Bainun. Walaupun ketika zaman persekolahan dulu kita bukanlah terlalu rapat namun hingga kini kita tetap berkawan dan yang nyatanya kita semakin mesra.
Setelah aku fikir dan renung kembali mengapa persahabatan kita di bainun begitu istimewa, akhirnya aku mendapat beberapa kemungkinan yang mungkin menjadi penyebab persahabatan kita menjadi istimewa.
1. Makan Nasi Kawah
Selama 5 tahun kita disajikan dengan nasi kawah dan ikan jeket. tak kira apa latar belakang keluarga kita kita menjamah makanan yang sama setiap kali waktu makan. Ketika itu kita tiada sebarang pilihan melainkan makan sahaja apa yang ada...
2. Belajar, Makan, Tidur di bawah bumbung yang sama.
Kita mungkin antara yang bertuah kerana terpilih untuk memasuki bainun. Kerana di sini ketika usia ketika itu baru sahaja akil baligh (ada juga yang belum) kita telah berjauhan dengan keluarga. Kita mula belajar untuk berdikari, mula belajar untuk membasuh pakaian sendiri, 'iron pakaian sendiri (kekadang terpaksa juga buat utk pakaian senior), kita siapkan pakaian sendiri hanya kawan-kawanlah tempat kita meluahkan segala cerita suka dan duka. Kebanyakan rahsia kita kongsi bersama. Memandangkan kawasan Bainun yang kecil (aspura 1 blok, aspuri 1 blok) kemana sahaja pasti kita akan bertembung, hendak ke tandas bertembung, hendak ke dewan makan bertembung kekadang tu tgh lepak-lepak hisap rokok pun boleh bertembung....
3. Mandi air kolah yang sama.
Mungkin tak sama dengan asrama sekolah lain, kita ada kolah yang kadang-kadang kita 'convert' jadi kolam renang. Di kolah itulah kita juga sering berebut untuk dapatkan air untuk mandi selepas selepas permainan petang (pada tahun 87). Kita sebagai yang paling junior ketika itu terpaksa sahaja merelakan senior-senior menguasai air. Saat paling digemari ketika kita bersekolah dulu adalah bila tiba giliran untuk cuci kolah... semua pakat bersemangat sekali kerana inilah peluang utk mandi dan berenang didalam kolah tu.
4. Kita punya gelaran...
Macam-macam gelaran kita berikan pada kawan-kawan kita pada masa itu, dari gelaran yang sedap didengar dan disebut hinggalah kepada gelaran yang paling tak sedap didengar dan disebut. Istimewanya kita masa tuh kebanyakan gelaran yang kita beri adalah haiwan jadi walaupun kita telah meninggalkan alam persekolahan namun ingatan kita tetap pada kawan-kawan kita setiap kali terpandang haiwan-haiwan tersebut....
Bila berbicara pasal gelaran-gelaran kita aku pasti teringatkan peristiwa Ustazah Azizah menangis kerana kita mempermain-mainkan gelaran-gelaran kita ketika beliau sedang mengajar topik berkenaan zakat binatang peliharaan.... nakal betul kita waktu itu...
5. Berkongsi rokok (bukan semua)
Seingat aku hanya zaman sekolah dulu sahaja kita mampu 'share' sebatang rokok untuk 2 hingga 3 orang. Antara port yang sering kita gunakan untuk hisap rokok ketika itu adalah dalam tandas di tingkat 3 asrama, dan tangki air antara dewan makan dan asrama... Betapa hebatnya kita merokok zaman itu hingga bara api rokok hingga hampir setengah inci...
6. Kongsi buat homework bersama.
Sudah menjadi tradisi kita suka buat homework (cuti penggal) apabila kembali semula ke sekolah. Pada malam barulah kita kelam kabut menyiapkan homework. Kita akan share buku /homework kawan-kawan yang sudah siap. Kerja kita masa tu just copy & paste dan edit serba sikit supaya tak nampak sangat kita meniru...
Mungkin ada lagi faktor-faktor lain lagi tetapi hanya ini sahaja yang terlintas dalam kepala aku...
Sesungguhnya kenangan bersama korang semua adalah yang paling istimewa... Sebab itu aku begitu komited untuk mengada gath dan re-union....
No comments:
Post a Comment