sedar tak sedar dah 21 tahun batch kita mengenali sekolah ini...
dan dah hampir 17 tahun kita meninggalkan sekolah yg bersejarah buat kita...
kalo nk cerita kawan,kita masing2 memang ramai berkawan..kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan universiti, kawan sekelab, kawan sekampung, kawan sepejabat, kawan sepermainan dsb tetapi SMRPB antara titik pertemuan salah satu ikatan persahabatan dan bermulanya zaman keremajaan kita..ntah2 ada yg baru baligh ketika mengaji di sini..ekekekke..
nampak macam satu jenaka,tetapi itulah hakikatnya..di sinilah kita mula belajar erti berdikari..
kita mampu belajar memantapkan diri dgn disiplin, ilmu, rohani, jasmani(bagi siapa yg slalu wakil sekolah), mengaji agama dgn ustaz & ustazah( aku merasa juga mengaji ngan ustaz azmi di surau,masa zaman memula 'baik' dulu..heheh), mengenali kasih sayang ibubapa pd kita, kasih sayang guru2 kita, kasih sayang kawan2, dan banyak lagi lah....
yg penting sekolah ini lah platform penting yg mengajar kita menjadi 'ORANG'...
mungkin ada di antara kita (termasuk aku) pernah kena tindakan disiplin..
kena tampar dgn cikgu..
kena rotan dgn cikgu..
kena sound usah ceritalaa...
kena berdiri depan perhimpunan...
kena gantung sekolah..
dibenci,dimarahi oleh cikgu,abang/kakak senior,kawan2,adik junior...
dan pelbagai lagi....dan boleh kata semua perkara di atas aku sendiri pernah alami...
tapi apabila selesai SPM, keluar sahaja dr pintu pagar, semua kenangan itu kita bawa tanpa ada rasa dendam,kesumat, tidak puas hati dsb kerna itu lah erti sebenar kehidupan zaman persekolahan...memori yg kita bawak sampai akhir hayat...
mulanya di sini, kita berpisah, dan bertemu lagi jika diizin Allah...silaturrahim umpama satu ikatan yg tak akan terlerai,umpama air dicincang tak akan putus...
mohon maaf atas apa jua kesalahan yg dilakukan...
end
p/s mari sama2 kita doakan dan sedekahkan Al-Fathihah kepada guru kita yg dah pergi, ibubapa yg telah kembali mengadap IIlahi, dan rakan taulan SMRPB kita yg telah pergi tak kembali..moga2 roh mereka tergolong dalam insan2 yg menghuni Syurga.
Al~fatihah...
untuk kesekian kalinya,tiba-tiba aku menangis...
coretan: epoi
syahdu plak aku.....
Dikesempatan ini aku juga nak mintak mahap pada semua guru2, terutama Dato' Sabudin, Ustaz Adzmi (aku banyak buat anda sakit kepala), kengkawan (terutama yg girl), senior2, junior2, staff, pakcik2 jaga kami selalu buat kalian terasa hati, tersakit hati, terasa marah pada kami dan macam2 hal yg telah kami lakukan... aku sedar aku dulu bukannya 'baik' sangat cuma baik sikit dr epoi jer... percayalah kami berenam dah berubah....
edited by: miezanz
Tuesday, August 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dikesempatan nih aku nak minta mahap pada semua guru2, senior2, kawan2, junior2,staff2 atas kenakalan aku dan kengkawan aku... aku sedar aku banyak buat anda semua terasa hati, tersakit hati, terluka hati, marah kat aku, benci kat aku dsb... aku sedar aku bukannya 'baik' sangat cuma baik sikit dr epoi jer....
Post a Comment