Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, August 28, 2008

.::6 Jahanam: Satu mimpi ngeri::.

Satu gelaran yang amat berat untuk ditanggung. Saiful Bahri, Norhusnamizan, Shamsul Amri, Yusri Yunus, Bakhtiar dan Lonaddi 6 orang sahabat yang pernah menjadi mimpi ngeri kepada para pelajar (terutamanya perempuan) di Bainun satu ketika dahulu. Tidak pernah terniat di hati kami untuk menjadi sebegitu... Kalian semua yang menggelarkan kami begitu.

Memang tidak dinafikan bahawa kami sedikit nakal di zaman persekolahan dahulu. Biasalah sememangnya kadar pertumbuhan remaja begitu. Tapi mengapa kami dihukum begitu masa itu? Sehingga ke hari ini kalian semua masih mengingati nama itu melebihi nama kami sendiri... Bukan setakat kalian yang sebaya malahan para junior juga mengingati nama itu....

Namun dengan adanya gelaran itu pada kami memudahkan diri kami untuk diingati... Apabila berpeluang berbicara di alam siber bersama rakan2 kalian seperti syidah, zana, anie, azwa baru aku tahu bahawa kehadiran kami memberi impak yang cukup besar kepada kalian semua... maafkan kami kerana membuatkan kalian rasa fobia dgn kami.... sebenarnya kami tidaklah se"brutal" yang kalian semua fikirkan cuma mungkin cara penampilan kami ketika itu yang membuatkan kami kelihatan begitu...

Memang tidak dinafikan dulu kita memang tidak begitu mesra walaupun dalam kelas yang sama, masing-masing dengan "kepala" masing-masing. Kita selalu bertentangan pendapat, dalam banyak perkara... cuma epoi sahaja yang boleh ngam ngan pelajar perempuan batch kita itupun cuma dengan "buah hati pengarang jantungnya" sahaja... yang lain cuma bercakap kalau ada perkara penting sahaja.

Setelah 17 berlalu, dan dengan kemajuan teknologi, akhirnya kini yang dahulunya renggang dapat dirapatkan... di alam siber nampaknya kalian boleh terima kami ... alhamdulillah... kita nampaknya mesra sekali macam dulu kita nih "sekepala" padahal dulu berselilsih pun tak pernah bertegur...

Akhir kata sempena ramadhan yang bakan menjelang beberapa hari lagi, aku mewakili kengkawan aku yg lima lagi menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya selama lima tahun kita mengenali antara satu sama lain telah banyak kami menyakitkan hati kalian, secara sedar atau tidak kami memohon ampun dan maaf...

salam kemaafan dari
aku (1/6)

2 comments:

suzana said...

ha ha ha... yep best nama 6 jahanam tu.. bila mentioned je nama tu mesti ingat korang.. tgk filem P. Ramlee pun ingat kat korang... walaupun korang bukan le nakal mana pun...

rodemus prime said...

korang memang ganas samapi zaesh pun korang nk hentak.tp tu dulu kira k le korng skg.