click for enlarge
Salam...
Alhamdulillah,kita akhirnya dapat berkumpul bersama-sama dan menjayakan perjumpaan pada hari raya ke-4 tempohari...
dan alhamdulillah, semua perancangan berjalan dengan lancar..
berikut antara post mortem secara ringkas:
1. daripada jumlah 30 org yg beri nama utk hadir, hanya 24 org yang hadir TETAPI ada 1 org yang tak bagi nama, HADIR lasy minit, so jumlahkehadiran seramai 25 org (tidak termasuk ahli keluarga & anak2).Jika campur anak2 rasanya more than 50 persons.
2. yg tidak hadir tapi beri nama ialah: mazlan khatib,syarmi, yusri yunus, harizal khaironi,zaidi zahari dan shafie. jika jumpa mereka sila bagitau yg mereka akan dibanned selama 3 tahun..hahahah...xde..melawak jerr...Thanks kepada Faizatul Adlin yg tiba2 bleh hadir last minit.Yg nih pya attitude, mmg dipuji..ekekke...semangat ada nk datang jugak...sungguhpon haritu ada yg dtg dari jauh, dari KL ada(syam,faizatul,zahariah,Sanusi dll), Kedah pon ada(Sam, Jai dll), Penang, Tg Malim,TAPI semangat nk jumpa kawan2 tuh melebihi segala dan datang jugak.terimakasih bnyak2.
3. tentang menu makanan,sebagai penganjur, aku akui, aku sendiri tak berapa puas hati sungguhpun aku sendiri yg carikkan katerer. aku tak tau korang semua rasa ok atau tak ok, tp aku agak kurang puas.sebab qtty makanan agak cukup2, dan air pon sama. aku tak pasti korangkengyang atau tak, tp aku neok mcm tak cukup. apa kata kawan2???pls feedback to me ok. So, aku mohon maaf jika ada kekurangan hari itu yer...
4. tentang aturcara aku rasa agak celaru jugak. Sori sebab aku ngan mizan tak plan bebaik sebab nawaitu asal kami just nak bagi kita berjumpa sesama kita,sembang2 dan kenal mengenal antara famili masing2..TAPI rasa mcm masa agak terhad utk kita sembang menyeluruh sesama kita. Serius aku tak puas sembang dengan Sanusi, Ishak, Zaesh, Sam, Ye, Jai, ShamPendi, Farah, Aziah, dan kawan2 pompuan lain tambah2 aku agak sibuk snap gambar korang..huhuhu..lain kali maleh bawak kamera dah...ekekkeek...sebab lepas makan jer, aku neok semua dh siap2 nk gerak balik n chow...Harap2 perjumpaan akan datang kita susun balik cantek2.
5. begitu juga dengan suami/isteri kawan2. kita kurang bercampur hari itu walhal bak kata Sam, sepatut spouse tu la nk kena 'jaga' supaya perjumpaan akan datang senang nk dapat 'lesen' utk jumpa lagi..hehehe..
6. parking takde msalah. Dewan makan pon oke. Thanks to Fikri sebab beri peluang pd kita guna kemudahan sekolah, sebab dia yg uruskan bab itu. Cuma rasanya lepas nih gayanya mcm nk kena buat kat hotel..ekekk..sejuk sket ada ekon.sian kat bebudak ajerrr....
oke kawan2, itu cuma dr pandangan mata aku...kalo korang rasa nk tambah, silakan. bg tau jer kat admin.
TERIMA KASIH kepada semua yg bekerjasama menjayakan apa yg kita rancang tempohari, tanpa kalian, benda tuh tak akan menjadi.
TERIMA KASIH jugak pada spouse2 korang yg sporting utk turut serta ke majlis kita..sampaikan Salam pada mereka semua ye...
personal thanks aku pd Mizan sbb dia yg bersemangat utk kontek kawan2 dan nk make sure benda nih jadik kenyataan.
Jadikan perjumpaan tempohari sebagai titik permulaan utk kita berjumpa lagi dan mengadakan gath yang lebih meriah selepas ini dan akan datang. Biar sedikit, tetapi padat dan tidak umpama bertelur sebijik riuh sekampung.
sekurang2 nya kita msih ingat di mana bumi kita pijak sejak kecil dahulu....
sekian.wassalm.
p/s gambar2 nanti aku haplod pelan2. jgn risau yer..
epoi
Monday, October 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Personally aku rasa cukupo puas ati pasal gath kita tuh... pasal makan bg aku xpenting sangat coz bila dah jumpa korang semua aku boleh terlupa soal makan... kuih seri muka dan pulut inti tuh mmg sedap (hanya itu yg aku makan) anyway mcm kata epoi, kita mmg xder plan aturcara so maaflah sebab bercelaru sikit anyway thanx kepada semua kengkawan yg sanggup datang that day... Melihat kepada sambutan korang yg baik rasanya insaAllah nanti kita buat gath utk famili day pulak.... tapi korang kena juga support jgn biar aku ngan epoi jer yg handle...
assalamu'alaikum kawan-kawan,
seronoknya tengok kawan-kawan semua berjumpa.
saya tak tahupun adanya majlis perjumpaan ini.
seronok melihat ramai yg hadir dan saya pun bertemu secara tanpa sengaja blog ini apabila menaip xbainun.
terharu benor rasanya ini bergenang air mata ingat balik pengalaman dahulu bersama-sama sehingga awal tingkatan 4 sebabnya setelah itu saya bertukar sekolah.
lepas tengok gambar ini terus saya menghubungi bakhtiar dan barulah saya tahu pejabat kastam yg menghubungi saya tempohari rupanya adalah panggilan daripada mizan.
insyallah dilain masa sekiranya sudi menjemput akan saya luangkan masa untuk bersama-sama kawan-kawan yg saya rindukan ini.
masih belum terlambat untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada semua semoga kita dapat bertemu insyallah.
ahmad asri mohd ramlly
YM: epsilon.mind
tahun depan dan lain2 tahun insyaAllah ada peluang lagik kita ketemu wahai sahabatku Asri...ekekke..aku beruntung..selain satu skolah ngan kau, merasa gak satu Universiti ngan kamu..Selamat Hari Raya...kawin kamu dulu pon ramai kawan yg pergi apaaa....
saya bersetuju dengan awak saiful. insyallah dimasa depan agar beroleh saya kesempatan untuk bertemu kembali dengan sahabat-sahabat semua dan dapat berbual dan beramah mesra dengan semua.
saya masih mengingati bagaimana akrabnya saya dengan sahabat-sahabat semua dan seperti mana yang kita ketahui kita pelajar lelaki semuanya adalah kumpulan yang rapat antara satu sama lain.
ffuhhhhh,,,
begitu skema ayat mu ituh...
memang beruntung cik'egu mahmood mendapat anak murid seperti kamu...
inilah hasil balingan buku ke bawah dari tingkat 3..hahahahhah...
balah la asri..nk berskema2 plak...
Aku nak bersajak sikit lah…amacam boleh?..miezanz kasi upload ini sajak ..
nyata masa telah berlalu pergi
yang lepas itu tidak akan kembali
namun semuanya terakam dimemori
untuk dapatlah kiranya diimbas kembali
yang dirasa yang dilihat dan yang didengari
pengalaman yang terakam didalam diri
paparan visualisasi yang jelas sekali
yang dapat di tonton dikala menyendiri
pengalaman itu adalah apa yang dialami
suka gembira dan tawa dan juga yang ditangisi
pada jiwa ada rasanya adi
terakam dalam bentuk emosi
menjadikan yang lalu dekat sekali
yang dahulu itu jugalah kini
ahmad asri ..heheh 11.43 am
Tahniah epoi & mizan & rakan2 lain. Semoga tahun depan lebih meriah lg dgn aturcara yg lebih tersusun tapi santai. Yg penting timing mesti mau baik. X terlalu awal (sbb masing2 sibuk beraya sana sini) & X terlalu lewat (sbb masing2 dah leboh balik). Keep up the good work.
Post a Comment