Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Monday, January 18, 2010

.::Jejak Kasih: Cikgu Ismail Awang Kechik::.

Alhamdulillah... semalam aku berkesempatan untuk berjumpa dgn seorang guru yang pernah mengajar di Bainun suatu ketika dulu. Beliau ialah Cikgu Ismail Awang Kechik. Beliau Masih lagi mengajar matapelajaran feberet beliau iaitu sejarah. Beliau kini mengajar di SMK SULTANAH BAHIYAH.

kalo sesapa nak hubungi beliau boleh guna no. ni : 012 556 1314

Tuesday, December 29, 2009

.::Sahabat Kita Di ICU lagi::.

Terlebih dahulu aku mohon jutaan kemaafan kerana lambat update blog nih. Sebenarnya hujung minggu lalu aku agak sibuk sikit.

26/12/09: Sahabat kita, saudara Saiful Bahri telah dimasukan ke ICU Hospital Sri Manjung, Manjung kerana diserang sakit jantung sekali lagi. Kejadian berlaku semasa beliau sedang menjalankan tugas sebagai "photographer" di majlis perkahwinan junior kita Ismi Bahiah di Bota.

Aku antara yang beliau hubungi selain isteri beliau semasa beliau diserang sakit dada. Beliau mengadu sakit dada dan minta aku segera datang ke rumah Ismi. Nasib baiklah semasa beliau "call" aku, aku dah hampir dengan rumah Ismi. Sesampainya di rumah Ismi, aku terus dapatkan beliau dan aku lihat keadaan beliau memang dah lain macam. Aku cuba suruh dia agar berehat dan bertenang namun keadaan nampaknya semakin serius. Selepas bertanya kepada kakak Ismi (Mazidah - doktor) beliau nasihatkan supaya sahabat kita perlu dapatkan rawatan di hospital. Tanpa berfikir panjang, aku tinggalkan isteri dan anak-anak aku di majlis tersebut dan terus hantar sahabat kita ke Hospital Manjung.

Alhamdulillah aku berjaya bawa beliau sampai dengan selamat di Hospital. Setiba di Hospital sahabat kita terus diberi rawatan dan di masukan ke ICU...

Namun kepada sahabat-sahabat semua, janganlah panik, keadaan beliau stabil dan petang semalam aku sempat berbual dengan beliau melalui telefon dan katanya dia masih lagi ditahan di ICU... Beliau sempat menghantar gambar beliau di ICU sebagai tanda beliau selamat.
Sahabat kita ini kirim salam pada semua sahabat, dan aku bagi pihak sahabat kita ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat semua yang mendoakan kesihatan beliau.

Thursday, December 24, 2009

.::Please Update Ur Phone Number::.

Salam kepada kengkawan semua... Terlebih dahulu maaf sebab tiada perjumpaan untuk batch kita tahun ni... Bukan aku dah serik tapi aku sekadar memberi peluang kepada kengkawan lain untuk tampil jadi organiser... Memandangkan dah sampai ke penghujung tahun, aku berharap agar pada suku pertama tahun hadapan (2010) kita akan berjaya mengadakan perjumpaan.

Untuk merealisasikan program tersebut, aku harap korang dapat bekerjasama untuk "updatekan" data2 korang/ kengkawan kat dalam yahoo grup kita. Sila Klik SINI untuk update. Tujuan aku minta korang update data sbb senang kalo nak hubungi korang... sbbnya korang semua pemalu....
ataupun opsyen lain anda boleh semak dan minta untuk diupdatekan di SINI denagn meninggalkan data terbaru diruangan komen di page ini.

Anyway aku harap next gath kita dapat kumpulkan seramai mungkin kengkawan kita... jangan nanti muka2 yang sama jugak... pastu yg x datang asyik jawapan yang sama jugak.... hope korang x kecewakan aku dan yg lain2..

So aku harapkan cadangan dr korang utk pilih lokasi dan tarikh gath kita nanti...

sila tinggalkan cadangan diruangan comment...

Thursday, December 17, 2009

.::MAAL HIJRAH 1431::.

Semoga kehadiran tahun baru hijrah membawa makna yang lebih besar dalam kehidupan kita semua. Semoga kita terus istiqomah mencari keredhaan ilahi...

Thursday, November 26, 2009

Monday, November 16, 2009

.::Program Hari Raya Qurban::.

Sempena hari Raya Qurban nanti aku nak jemput kalian semua untuk hadir ke rumah mertua aku di Bagan Serai Perak kerana aku cadang nak buat kenduri sikit. Jadi bolehlah kita jumpa dan sembang2 lama. Program tuh seperti berikut:

Tarikh dan Masa : 27/11/2009 @ 2.00 ptg hingga 5.00ptg.* (Hari Raya)
Alamat : 132, Jalan Siakap Bagan Serai, Perak. (berhadapan Taman Serai Jaya, Bagan Serai)

Nak ke sana:


(klik imej utk paparan besar)


View Larger Map


Ada Masalah? Sila call henpon aku : 019 507 3304

Friday, October 30, 2009

.::Jejak Kasih: Roslina::.

Kalian semua tentu masih ingat kepada kawan kita yang bernama Roslina (maaf bintinya aku dah lupa). Baru-baru nih kawan kita, Azwa telah terjumpa dengan Roslina secara tak sengaja dalam satu Majlis yang dianjurkan oleh Azwa. Dalam majlis tu kawan kita, Roslina kira antara ramai-ramai tetamu yang datang. Jadi berlakulah pertemuan semula dua orang kawan lama.

Selepas itu, aku ada bersembang dengan Azwa (berYM). Dia pun ceritalah pada aku pasal pertemuan tu. Jadi aku pun dapatkan no phone dia dari Azwa dan terus call... Seperti biasa terkejutlah kawan kita nih bila dapat call dari aku... so panjanglah cerita.

Jadi kepada kengkawan yang nak tau, dia (Roslina) sekarang nih menetap di Teluk Intan. Sudah berumahtangga dan jangan pulak ada yang terkejut anak sulong dia dah berumur 15 tahun...
Kepapa kengkawan yang sampai ke Teluk Intan jangan lupa cari dia di Pusat Khidmat DUN Changkat Jong. Dia bertugas di situ... Atau boleh call dia 010 552 5025 atau 05 621 8603 (opis)

miezanz: teringat minah ni nyanyi masa talentime asyik ulang chorus tak jumpa2 penutup lagu.....

Thursday, October 22, 2009

.::Jejak Kasih: Noridah Binti Abdullah::.

Gambo terbaru dia, aku cilok dari Fesbuk

Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih pada Hafsah kerana telah bagi aku no. phone sahabat kita nih... Petang semalam aku calllah sahabat kita sorang nih. Alhamdulillah dia kenal aku. Dia sekarang menetap di Sungai Lokan, Sungai Dua, Butterworth. Kerja di Auto City Juru... Kalo ada masa nanti aku bersama dengan Det dan Kim akan terjah dia untuk korek lebih banyak rahsia...

Wednesday, October 21, 2009

.::Mini Gath: Akhir Syawal::.

Tarikh : 10. Oktober 2009
Lokasi : Rumah Shamsul Amri
Kehadiran:
Shidee, Fendi, Fakril, Ismi, Mazidah, Kim, Wan, Kay-E, Sanusi,







Tarikh : 17 Oktober 2009
Lokasi : Rumah Wan Ainiza @ Saujana Utama 3.
Kehadiran:
Kim dan Isteri, Sam dan Isteri, Mizan, Shidee, Fendi, Kay-E, Faizatul, Syidah dan Hafsah.

Thursday, October 8, 2009

.::SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN SMK RAJA PERMAISURI BAINUN::.

HARI : SELASA
TARIKH : 20 OKTOBER 2009
WAKTU : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR, SMK RAJA PERMAISURI BAINUN,IPOH

DYMM RAJA PERMAISURI PERAK, TUANKU BAINUN
TELAH SUDI MENCEMAR DULI UNTUK
MERASMIKAN SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN &
HARI ANUGERAH SMK RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH.

PAMERAN BAINUNALUMNI TERBILANG & AKTIVITI PELAJAR AKAN DIADAKAN.PIHAK BAINUNALUMNI TELAH BERSETUJU UNTUK MEMBINA SEBUAH TUGU KENANGAN SEMPENA SAMBUTAN INI.

PIHAK BAINUNALUMNI TELAH DIMINTA UNTUK MEMBANTU PIHAK SEKOLAH & PIBG UNTUK MENJAYAKAN SAMBUTAN INI.
JUSTERU ITU,PIHAK BAINUNALUMNI INGIN MENYERU AGAR KEPADA AHLI-AHLI BAINUNALUMNI DAPAT MEMBANTU DENGAN MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN KEPADA TABUNG BAINUNALUMNI YANG MASIH BELUM MENCUKUPI UNTUK MENJAYAKAN SAMBUTAN DIATAS.

SEBARANG SUMBANGAN TUNAI BOLEH DIBUAT DI AKAUN MAYBANK BAINUNALUMNI : 558220216833 (MAYBANK CAW. JELAPANG)
JIKA CEK,BOLEH DIBUAT ATAS NAMA BAINUNALUMNI.

SOKONGAN & SUMBANGAN RAKAN-RAKAN AMATLAH DIHARGAI DEMI MENJAYAKAN SAMBUTAN INI.HANYA ALLAH S.W.T SAHAJA YANG AKAN MEMBALAS JASA & SUMBANGAN IKHLAS ANDA.

KEPADA YANG TELAH MENYUMBANG,UCAPAN TERIMA KASIH DARI PIHAK BAINUNALUMNI.

SEKIAN,TERIMA KASIH

PRESIDEN
BAINUNALUMNI