Salam Sejahtera, Salam Ramadhan al-Mubarak, Salam Kemerdekaan
Coretan yg dulu tu, nanti2 kot aku sambung utk bhg yg seterusnya, sebagai memberi laluan kepada agenda terpenting yg semakin hampir iaitu majlis jamuan aidilfitri (a.k.a reunion, gathering) dll yg sewaktu dgn nya yg akan diadakan pada hari raya ke-4, insya-allah di smrpb (smkrpb).
Sekadar ingin berkongsi pengalaman dan perasaan, reunion adalah sesuatu yg amat dinanti2 kan oleh sapa2 sahaja yg bersahabat, bersaudara, berkeluarga dsb. Di situlah platform utk bertemu mesra, berbual bicara, bercerita kisah2 lama, memori2 indah, pahit, kelat, berkenal-kenalan terutamanya dgn org2 baru dan apa saja agenda yg bisa aja dilakukan di dalam sesuatu union.
Reunion (perjumpaan semula) dapat mengeratkan hubungan yg telah lama terputus (loss contact), bkn terputus disebabkan perseteruan atau perselisihan faham, tapi terputus bersama angin perubahan masa, tempat, persekitaran yg membawa kita ke tempat yg lain, daerah yg lain malahan negeri dan negara yg lain. Bagi yg memang terputus disebabkan perseteruan, inilah masa dan ketikanya utk bermaaf-maafan dan menjalin kembali silaturrahim.
Reunion, sama ada secara formal atau informal, matlamatnya tetap sama. kaedah saja yg berlainan, kaedah termasuklah suasana lokasi, kos2 yg terlibat pasti akan berbeza2 mengikut di mana dan bagaimana reunion itu diadakan.
Reunion bukanlah sekadar 2-3 org rakan2 drp berpuluh2 atau beratus2 rakan yg ada. Itu cuma pertemuan biasa, atau sekadar makan-makan sama2 ngan kawan2 yg ada. Reunion ni lebih gah drp pertemuan biasa,sebab ia melibatkan lebih drp majoriti rakan2 yg ada, melibatkan suasana yg lebih meriah, kos yg lebih, organisasi pengurusan pun lebih, dsb.
Sebenarnya aku suka reunion ni. Dan aku beruntung juga sebab isteri aku pun menyokong aku utk sama2 ke reunion raya ni. Yela, dulu masa jamuan raya di Hotel Hillcity, aku masih solo. Selain dpt jumpa rakan2 lama,bertanya khabar, bergurau senda, aku bayangkan reunion ni sbg sebuah rumah yg besar yg dpt menyediakan tempat utk kita sama2 beraya. Yela, nak raya ke semua rumah kawan2 dlm tempoh sebulan Syawal, rasanya mustahil. Semua org ada komitmen masing2, cuti raya tak panjang, duduk n kerja jauh (di luar Perak) dll.
Jadi, dgn adanya aktiviti ini, sekurang2 nya kira dah beraya la ke rumah kawan2 semua. Sekali harung la tu. Tapi kita harus ingat, kita akan cuba yg terbaik utk hadir ke reunion, tambah2 lagi bagi kawan2 yg memang dah lama sgt tak berjumpa, teringin nak bertemu kembali. Prinsip aku mudah, jika ada kelapangan (masa), jika ada kesihatan (sihat walafiat), jika ada rezeki (budget cukup), insyaallah sampai la aku ke reunion ni. Kadangkala kita merancang, Allah yg menentukan.
Sejak dah berkeluarga ni, ditambah seorang cahaya mata, segala2 tertanggung di bawah tanggungjawab sebagai seorang suami dan papa kepada anak aku. Harapnya semua akan berjalan lancar, semua kawan2 dan keluarga dapat hadir dgn selamat dan sempurna pergi dan balik. Reunion akan berjalan dgn lancar spt yg dirancang.
Harapan kita semua, biarlah kali ini kawan2 akan datang seramai yg mungkin. Memang betul kata Epoi, bila aku tengok gambar2 reunion baru2 ini, aku tengok gambar Det, cam tak ceria je. Betul ke Det? Mungkin sebab ramai kawan2 tak dapat datang, takpela masing2 dgn alasan masing2, termasuklah aku. Takpalah, kita doakanlah sama2 agar ramai kawan2 dapat datang kali ini. Apalah ertinya jika reunion yg datang hanya 4-5 orang drp berpuluh2 rakan2 yg ada. Kurang sgt drp 20% yg hadir. Jika kehadiran ke reunion lebih drp 60% pon dah cukup baik. Kita faham lah, ada kawan2 yg tak dapat hadir disebabkan urusan masing2. Sebenarnya, secara tak langsung, reunion ini adalah tanggungjawab kita bersama. Jika kita sama2 menyokong aktiviti kita ini, sudah pastilah ia akan berjaya. Kejayaan aktiviti khasnya bagi batch kita terletak di tangan kita semua, bkn nya di tangan Mizan dan Epoi berdua. Diorg tak cukup tangan yg 4 tu.
Akhir sekali buat ketika ini, aku bersama2 dengan rakan2 penganjur (penggerak) jamuan aidilfitri 2008 ini, menyeru, menjemput, mempersilakan, mengharapkan kawan2 semua, marilah kita beramai2 hadir untuk memeriahkan majlis kita. Ini majlis kita, bkn nya majlis org lain. Semoga perancangan kita menjadi kenyataan dan diberkati Allah sentiasa, Kredit yg tak terhingga buat Mizan dan Epoi bersama rakan2 penggerak majlis ini. Aku dari jauh sentiasa memberi sokongan moral utk kalian semua.
Sunday, September 14, 2008
Saturday, September 13, 2008
Salam Sahabat2 SMRPB 1987-1991 (Bhg. 1)
Salam sejahtera, salam Ramadhan al-Mubarak, salam penuh ukhwah.
Tiba giliran aku pula nak berceloteh di sini, terima kasih kpd mizan n epoi yg menyediakan ruang yg amat bermakna ini, jasa kalian berdua akan dikenang.... Terima kasih juga sebab memberi peluang kpd aku untuk menulis, yelakan asyik kenangan dan memori di fikiran aje, lebih baik ditulis dan dibaca sama2. Sekurang2 nya teringat2 la kita memori zaman remaja di bainun, pahit manis, kelat, masin, macam2 ada.
Mohon maaf jika ada ketinggalan, kesilapan fakta, atau ada yg terlepas pandang dlm tulisan2 aku ni nanti, almaklum dah lama sangat sejak kali terakhir meninggalkan smrpb yg penuh bersejarah.
Ok, aku mulakan dgn kali terakhir, ada program Form 5 ke pantai timur lepas SPM, kami termasuk la aku, Hisham Ibrahim, Zaileha, Farah Husna dll kena pergi ke KL utk majlis penganugerahan lencana SLAD. Jadi geng2 ni tak pegi la ke Kelantan/Ganu. Tu la sebab takda gambar kitaorang masa kat sana.
Dapat je result SPM, jumpa la balik kawan2. tupon kejap aja, aku terkejar2 nak ke pekan ipoh (sekarang bandaraya), nak pergi kelas komputer. Lepas tu, tak jumpa la sapa2 lagi. Lebih kurang macam loss contact la. Masa dulu mana ada handfon nak SMS ke apa ke, tepon rumah adala, tu pon caj mahal, mana ada Let's Talk TM!
Orang pertama aku jumpa lepas tu adalah Lon (a.k.a Lonaddi) di ITM Caw. Perlis, sekarang dah tukar UiTM. Ok gak, ada geng kat situ. Tapi kejap je, belum abis MSR (kira cam orientation week la), Lon keluar, masuk ke UIA. Dah ilang geng aku kat situ. Rupa-rupanya, Zaileha pon ada kat sana, amik kursus DPIM(org ITM taula kursus2 ni), aku amik DIA. Jumpa gitu2 je, lagipon perempuan kan, almaklumla ITM kawalan keselamatannya ketat la jugak.
Itula geng yg aku kenal, ha lupa plak. Ada senior kita di sana, Rasydan Alias dan Badrul Hisham. Ok gak kenal senior ni, takla teruk kena buli dek senior, selamat..... Lepas tu jumpa plak Bakhtiar, dia amik DBS (org ITM kata Drebar Bas Sekolah,....sebenarnya Dip. in Buss. Studies). Bakhtiar mungkin masuk intake lain dari aku, tu sebab lambat jumpa dia.
Lepas tu, aku rasa tak jumpa sapa2. Kalau ada pon Fahrizal Asmy sebab dia dok kat Manong, adala beraya kat rumah aku. Fakril pon penah la sampai ke Parit. Masa di ITM Perlis, ada lawatan ke UUM, jumpa la jugak ngan kawan2 smrpb di sana. Antaranya Mazlan Z.K.
Abis je DIA di ITM Perlis, aku sambung belajar di ITM Shah Alam, amik degree plak. Pon sama gak, tak jumpa kawan2. Akhirnya jumpa gak ngan Sam (a.k.a Shamsul Amri), dia amik Adv. Dip. in Transport, tapi lain school (faculty) tapi sama bangunan. Kekadang je bertembung, tapi biasanya sibuk nak gi kelas masing2. Masa cuti semester, memang aku balik kampung, dok Parit je la, takda keje2 ni sebab cuti pendek je, cam cuti sekolah. Adala juga jumpa Tokey Blog ni, Epoi (a.k.a Saiful Bahri) di Parkson Batu Gajah.
Lama gak aku di perantauan ni, selalu jugak la nyanyi lagu Dendang Perantau bila time nak raya. Di UiTM Shah Alam, aku jumpa plak ngan Hafsah, cuma dia masuk lambat sikit, intake kemudian drp. aku. Tapi penah gak kelas sama ngan dia, Kelas Buss. Stats., Hafsah tau la citer ni, hehe. Ada jugak la sorang dua kawan2 smrpb perempuan yg aku jumpa, termasuklah Zahariah, Norhayati (ye la kot), kalau aku tak silap sebut nama la. Tapi semuanya jumpa2 gitu la, aku pon bkn nya peramah sangat kot (entah la kot), tapi bukan sombong, segan je kot.
Abisje degree di Shah Alam, aku terus kerja di sana. Dulu ada dengar Ruslan keje kat Watson KL, dekat Puduraya. Baru nak pergi, dia off plak haritu. Tak dapat la jumpa. Takde rezeki nak jumpa la tu. Aku kerja di audit firm melayu di shah alam. Tahun 1998, aku ditugaskan oleh bos aku di PORLA (sekarang dikenali sbg. Lembaga Minyak Sawit Malaysia). Di sana, baru je aku kerja, Hafsah pon masuk kerja kat situ jugak. Almaklumla, di Shah Alam ni, audit firm Melayu leh dikira ngan jari. Jumpa lagi Hafsah. Dia jadi assistant aku, tupon sebab aku senior je, degree level sama je. Tahun 1999 aku resign, Hafsah ganti tempat aku. Aku resign sebab nak keje di Ipoh, nak balik kampung. Kira gamble je, ada keje ke takda, aku resign gak. Dahla masa tu memang ekonomi meleset. Hujung 1997, 1998 dan 1999.
Akhirnya aku pon balik kampung, jadila sbg penanam anggur terhormat lebih kurang 6-7 bulan. Bukan apa, kalu nak dicerita bab menanam anggur ni, aku dah meniti zaman tu, tu la sebabnya aku kena jaga betul kerja yg ada sekarang ni sebab bukannya senang nak dapat kerja, ramai lagi org kat luar sana berebut2 nak kan kerja. ...........................................bersambung dlm Bhg.2

~apa ada pada rupa?~
salam..
selamat menyambut ramadhan ke-13.
seronok dapat lihat perkembangan kawan2 yg dh diinvite jadik penulis, dan menggunakannya dgn baik sekali...aku harap penulisan ini, biarlah berterusan,tiada henti...dan moga2 dgn adanya peluang kita di Blog ini, dapat sama2 kita eratkan kembali silaturrahim kita yg dh lama terpinggir...
kenapa aku memilih tajuk di atas? tentu ada sebab...
persoalan tersebut bukan saja pada aku,malah pada rakan2 ku yg lain, samada yg membaca penulisan ini, mahupun yg tidak pernah menjenguk Blog ini, mahupun sesiapa sahaja, tetapi spesifik ku tujukan pada x~bainunian.
apa ada pada rupa? yg penting pada aku adalah jiwa kita..jika rupa paras tak seperti dahulu dah, janji rupa jiwa kita masih sama.
ramai yg mengeluh, rupa paras dah tak seperti 17 tahun yg lalu..
ramai yg mengeluh, rupa dan bentuk badan dh tak seperti 17 tahun yg lalu..
dan ada yg mengeluh,mungkin,katanya,rupa paras,rupa tubuhnya dah tak sama seperti berada bersama2 kawan bainun dahulu...
dan DISEBABKAN ITU,RAMAI YG MULA MEMENCILKAN DIRI, BERTUKAR MENJADI PEMALU, DAN RASANYA CUBA UTK 'MELARIKAN DIRI' DARI BERTEMU RAKAN2..
dan naluri aku pondapat rasakan, disebabkan RUPA itu tadi, tiada lagi niat di hati utk bertemu rakan taulan, sedarjah,se'tingkatan'...
KENAPA? wahai rakan2ku...janganlah disalahkan Takdir, perubahan fizikal dan jasmani anda berubah...INGAT, itulah ketentuanNya bila kita sendiri yg 'bersalah' dalam membentuk perubahan tersebut..hahahha..(masakan tidak, sapa suruh makan 2 pinggan sekali, tak jogging,senaman, minum gula banyak, makanan berlemak jadik feveret bla..bla..)
SUDAHLAh!!! kamu tetap kamu yg aku kenal!aku pon tetap aku yg kamu kenal!
so what the heck!?kalau kamu kenal saiful,epoi,mamak,siput,rotichanai, sapa lagi??org yg sama mcm dulu..tak berubah..(mungkin bertambah hensem skrg sapa tau..heheh).
so, aku harap, kalo ada yg ada rasa perasaan mcm yg disebut2 di atas tuh, rentikanler mannnnnnn, baik kamu jadi jaga kat ipoh(bak kata iklan petronas)...maksud aku, keluarlah dr kepompong yg menghimpit kamu..dan face the truth yg kawan2 tetap menganggap kamu sebagai rakan yg dulu pernah berseloroh, bersembang, bergurau sekali....
ayohhhh..moh kita dekatkan kembali hubungan yg 17thn renggang, canangkan pada rakan2 lain, utk sama2 kita berjumpa semasa raya besok...sedih aku dgn meezan dan rakan2 yg alin mcm sam,det,yus,ye,kim,shidee dll lah, kalo apa yg kami impikan nih tak jadi kenyataan nanti. buang segala komitmen yg sentiasa ada tuh sekejap, dan luangkanlah masa barang sejam dua nanti...
akhirkata, jika ada yg terasa dgn' ayat-ayat cinta' aku tuh, aku mohon maaf..
berjumpa lagi nanti...
"apa ada pada rupa?"
wassalam.
ayat-ayat cinta oleh: epoi (yg sentiasa sibuk)

.:SeDikit GaMbaR aNAk aKu,aLis & KiM,EiLeen:.

asik gambar lama jerr...
heheh...skali skala bior la aku hapdet gambar2 baru sket...banyak lagi gambo individual yg aku snap aritu,tp sikit2 la aku apdet yerr....heheheh..sapa nk gamba dia dijadikan koleksi, haaaaa...datangla masa jamuan raya besok..nescaya aku snap korang tanpa batasan...ekekek..
(sila klik utk besarkan)
lakonan: fathul muzzaffar shah,shu-haikal,shu-amalin khaleeda & shu-aleya khadija
pentas:smrpb
epoi
Thursday, September 11, 2008
.:: Sanusi:Selepas 17 tahun::.
Hari nih hari yang mengembirakan aku, bukan kerana apa cuma kerana aku dah dapat menghubungi Sanusi. Hari ni aku menerima satu panggilan telefon dari seorang kawan lama aku, beliau beritahu dia dah dapat mengesan kawan kita nih...Sanusi bin Abdul Latif, 17 belas tahun x pernah dengar sebarang berita dari beliau dan hari hasil bantuan kawan2 lama aku dulu aku berjaya mendapatka no. phone dia dan bercakap dengan beliau... beliau kirim salam pada semua kengkawan x-bainun 87-91...
Semoga persahabatan akan kembali rapat seperti dulu...
sesapa nak no.phone dia boleh SMS aku...

Lagi foto-foto x-klusif

Hari ni Free sikit, so ada masa ni nak share lagi photo2 x-klusif
Ini gambar masa tekak x berapa terima lagi nasi kawah asrama... badan masing2 kecut lagi.... lagi mengecutkan bila bergambar dgn Cikgu SRT... Cikgu Ramlah.... (Miss you Cikgu Ramlah.... klu dulu dia x tegas mengajar SRT... mmm cuak juga nak masuk dapur...)
Berdiri dari Kiri ke Kanan: Kay-E, Dillah, Farah, Cikgu Ramlah, Ijan (dibetulkan oleh Anie), Zah & Jana (betuikah aku ni... macam halus jek... ha ha ha le ni dah terlebih baking powder)
Duduk dari Kiri ke Kanan: Napisah, Ijam, Salmi, Ani, Zaikiah, Aishah, Habsah & Syidah
Just nak share a few memories... masa kelas memasak ...
Case 1:....
Jana: Cikgu kenapa pulut kuning saya ni x menjadi pun... x color kuning pun macam yang lain2 tu?
Cikgu Ramlah: Awak ambik serbuk kunyit dari balang mana? Tunjukkan saya balang tu... (Dengan ayu lagi confident tunjuk le balang tu kat Cikgu) Tatkala je Cikgu Ramlah nampak je balang tu.... dia dgn senyum manja je dia dtg dekat2 lalu dicubit skru tang perut....
Cikgu Ramlah: Awak ni x pernah ke dapur ker.. awak tau tak ni serbuk apa?
Jana just Senyum sambil tahan sakit sbb cikgu x lepas lagi cubit
Cikgu Ramlah: Ini serbuk kari... tu sebab pulut awak tu x kuning cam kunyit..
ha ha ha.. mmg confirm masa tu.. x pernah tolong mak masak...
Case 2:
Jana: Cikgu... kenapa bihun goreng saya ni jernih je... lain dari yang lain la..
Cikgu Ramlah: (cam biasa dia tanya) Awak ambik bihun tu kat bekas mana? Tunjukkan saya bekas tu...(ayat macam biasa je dengar)
Jana:.. Ini Cikgu... (muka confident habis... sambil kontrol cun.... ahaks)
Cikgu Ramlah: Awak ni tak tau nak bezakan ker Bihun dengan Soo On? X pernah tolong mak masak ker... , balik rumah tidur je kerjanya ... then so on le kena leter naik pedih telinga dengar....
Itu le sweet memories Jana.... masa tu couple masak dgn Wan Ainiza.... ha ha ha dua-dua mmg x pernah nak ke dapur buta kayu betul le... Klu tanya girls yg lain mesti depa pun ada ceta best gak..... betui tak Farah.... setakat senduk kayu kena ketuk tu dah biasa kan he he he..... Apa2 pun Tq Cikgu sebab x pernah jemu mengajar kami....
Wednesday, September 10, 2008
.::Jejaka Idaman Malaya:Part II::.
Kalau Jana up gambo pelajar pompuan aku kasi up plak gambo jejaka2 idaman malaya 91'. Berdiri dari kiri: Fahrizal, Azlan, Ruslan, Fendi, Det, Mazlan, Ishak, Shidee, Sam, Lon, Fakril, Pie, Zaidi, Syed.Mecangkung dari kiri: Yusri (W), Kamarul, Harizal, Bakhtiar, Sanusi, Ermi, Yusri (Y) dan Mizan.
Tiada dalam gambo: Epoi, Kim, Zaesh, Tokya, Syarmi, Hisham Ibrahim dan Khairul Hisham.
Kalau ada nama aku x tulis tolong betulkan maklumlah dah 17 tahun berlalu....
Di kesempatan ini aku sekali lagi minta kerjasama kengkawan semua supaya dapat kompomkan kehadiran anda semua untuk majlis raya kita...
Thanx to:
Ismi Bahiyah a.k.a Papiyong 4 da pic
(ai7611@yahoo.com)
Tuesday, September 9, 2008
Girls Form 5 year 1991
Salam Semua...Jana sempat cari dalam album gambar..so ni pose2 istimewa girls form 5 year 1991.... rasa2nya cam semua ada... gambar diambil waktu gi melawat airport di Ipoh. Hopefully gathering raya tahun ni ramai yg boleh join.... ha ha ha Jana pun x berapa pasti boleh join ker tak...
harap2nya dapat le join... boleh gak jumpa geng2 sekolah. Mungkin dulu x berapa mesra so klu ada kesempatan di gathering raya ni mungkin yang jauh tu kita boleh rapat2 kan ....
So pada you all, klu rindu kat girls form5 year 1991 tengok le gambar ni... Even Jana sendiri gak lama x dapat dengar khabar berita... Azlina Saad, Sharifah Lisa, Fazlinda Amir, Noridah..... mana yek?
Salam ...., Atas permintaan a few friends especially bagi yg terlupa nama kawan2....
Belakang sekali (gambar gelap sikit) dari Kiri ke Kanan: Lin, Habsah, Syidah, Lisa, Salmi, Julie, Cikgu Yusni, Aziah, Zaileha & Hana
Barisan Tengah dari Kiri ke Kanan: Laili, Cikgu Faridah (mmm ni not sure... sorry yek, klu salah tolong betulkan), Aishah, Dillah, Ijan, Samira, Azlina Saad, Aznita, Fazlinda, Alis & Noridah
Duduk Depan dari Kiri ke Kanan: Azlin Yusma, Azwa, Suryani, Noriah, Zah.. (org suruh tgk kamera, dia tgh usya sorang mamat ni... (sori ye zah.. gurau2 gitu), Yati (Girls yg paling pemalu sekali), he he he yang ni pose istimewa dari best friend ada gak kata yang kami ni kembar x seiras... Farah and me myself.. Jana ... so sudah ingat dengan kami.... or masih blur lagi... Tunggu.... ada lagi gambar yang nak di' share' bersama

Friday, September 5, 2008
SALAM MESRA
Salam semua...
Minta maap le.. sbb baru first time nak cuba2 tulis ni... tu pasal sempat join je tapi x update ape-ape cerita pun. He he he...bukan apa bila tgk Miezan & Epoi dok up date ceta cam best je dapat news dari kawan-kawan.
Tahniah untuk Miezan & Epoi sebab x jemu-jemu cuba merapatkan kembali hubungan yang makin lama makin jauh. Harap-harap gathering raya ni dapat join... lama x jumpa member-member... sure dah banyak berubah.... especially fizikal le.. serupa gak le dengan Jana (ni panggilan nama kat rumah & kawan2 kat sekolah) le ni dah terlebih sukatan baking powder... (sebagai buktinya... huwaa... sedihnya bila Alis x kenal pun masa jumpa kat Jaya Jusco, Ipoh). Hopefully ada rezeki dapat jumpa dengan kawan-kawan. Since last day kat sekolah tu ada le sempat bertembung & bertegur sapa dengan Farah, Hana, Ijan, Zah, Dilah, Alis... yg lain2 tu sempat bertegur di alam cyber.... Syidah , Miezan & Anie le yang rajin layan chat. Ha ha ha... dlm alam cyber ni klu sembang mengalahkan cam mesra gitu masa zaman sekolah.. he he he betul tak Miezan?
Ok le ada masa lagi boleh belajar2 up date & touch up lagi blog ni... Lain masa kita jumpa yek... Selamat Berpuasa, take care & all the best....

.::Tazkirah Ramadhan: Keistimewaan Bulan Ramadhan::.
Fadhilat dan Kutamaan Ramadhan
Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh umat Islam, ini adalahkerana bulan Ramadhan yang mulia ini memberikan banyak faedah, manfaat, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghahayatinya.
Terdapat puluhan hadis Rasulullah S.A.W yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia juga. Walau bagaimanapun faedah dan manfaat ini hanya diberikan kepada umat islam yang taat menjunjung segala segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya. Mereka yang engkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat, dan lain-lain perintah Allah, tidak berhak mendapatnya.
Diringkaskan daripada beberapa maksud hadis Rasulullah S.A.W mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan.
Sabda Rasulullah S.A.W:
Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlahsemua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintupun darinya. Maka berserulah penyeru: Wahai orangyang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian berlaku pada setiap malam (Ramadhan)
[Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a)
wallahua'lam...
posted by:miezanz

Subscribe to:
Posts (Atom)