Bismillah....
Image Hosted by ImageShack.us

Friday, September 5, 2008

.::Tazkirah Ramadhan: Keistimewaan Bulan Ramadhan::.

Fadhilat dan Kutamaan Ramadhan

Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh umat Islam, ini adalahkerana bulan Ramadhan yang mulia ini memberikan banyak faedah, manfaat, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghahayatinya.

Terdapat puluhan hadis Rasulullah S.A.W yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia juga. Walau bagaimanapun faedah dan manfaat ini hanya diberikan kepada umat islam yang taat menjunjung segala segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala larangan-Nya. Mereka yang engkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat, dan lain-lain perintah Allah, tidak berhak mendapatnya.

Diringkaskan daripada beberapa maksud hadis Rasulullah S.A.W mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan.

Sabda Rasulullah S.A.W:
Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlahsemua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintupun darinya. Maka berserulah penyeru: Wahai orangyang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian berlaku pada setiap malam (Ramadhan)

[Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a)

wallahua'lam...


posted by:miezanz

No comments: