salam..
selamat menyambut ramadhan ke-13.
seronok dapat lihat perkembangan kawan2 yg dh diinvite jadik penulis, dan menggunakannya dgn baik sekali...aku harap penulisan ini, biarlah berterusan,tiada henti...dan moga2 dgn adanya peluang kita di Blog ini, dapat sama2 kita eratkan kembali silaturrahim kita yg dh lama terpinggir...
kenapa aku memilih tajuk di atas? tentu ada sebab...
persoalan tersebut bukan saja pada aku,malah pada rakan2 ku yg lain, samada yg membaca penulisan ini, mahupun yg tidak pernah menjenguk Blog ini, mahupun sesiapa sahaja, tetapi spesifik ku tujukan pada x~bainunian.
apa ada pada rupa? yg penting pada aku adalah jiwa kita..jika rupa paras tak seperti dahulu dah, janji rupa jiwa kita masih sama.
ramai yg mengeluh, rupa paras dah tak seperti 17 tahun yg lalu..
ramai yg mengeluh, rupa dan bentuk badan dh tak seperti 17 tahun yg lalu..
dan ada yg mengeluh,mungkin,katanya,rupa paras,rupa tubuhnya dah tak sama seperti berada bersama2 kawan bainun dahulu...
dan DISEBABKAN ITU,RAMAI YG MULA MEMENCILKAN DIRI, BERTUKAR MENJADI PEMALU, DAN RASANYA CUBA UTK 'MELARIKAN DIRI' DARI BERTEMU RAKAN2..
dan naluri aku pondapat rasakan, disebabkan RUPA itu tadi, tiada lagi niat di hati utk bertemu rakan taulan, sedarjah,se'tingkatan'...
KENAPA? wahai rakan2ku...janganlah disalahkan Takdir, perubahan fizikal dan jasmani anda berubah...INGAT, itulah ketentuanNya bila kita sendiri yg 'bersalah' dalam membentuk perubahan tersebut..hahahha..(masakan tidak, sapa suruh makan 2 pinggan sekali, tak jogging,senaman, minum gula banyak, makanan berlemak jadik feveret bla..bla..)
SUDAHLAh!!! kamu tetap kamu yg aku kenal!aku pon tetap aku yg kamu kenal!
so what the heck!?kalau kamu kenal saiful,epoi,mamak,siput,rotichanai, sapa lagi??org yg sama mcm dulu..tak berubah..(mungkin bertambah hensem skrg sapa tau..heheh).
so, aku harap, kalo ada yg ada rasa perasaan mcm yg disebut2 di atas tuh, rentikanler mannnnnnn, baik kamu jadi jaga kat ipoh(bak kata iklan petronas)...maksud aku, keluarlah dr kepompong yg menghimpit kamu..dan face the truth yg kawan2 tetap menganggap kamu sebagai rakan yg dulu pernah berseloroh, bersembang, bergurau sekali....
ayohhhh..moh kita dekatkan kembali hubungan yg 17thn renggang, canangkan pada rakan2 lain, utk sama2 kita berjumpa semasa raya besok...sedih aku dgn meezan dan rakan2 yg alin mcm sam,det,yus,ye,kim,shidee dll lah, kalo apa yg kami impikan nih tak jadi kenyataan nanti. buang segala komitmen yg sentiasa ada tuh sekejap, dan luangkanlah masa barang sejam dua nanti...
akhirkata, jika ada yg terasa dgn' ayat-ayat cinta' aku tuh, aku mohon maaf..
berjumpa lagi nanti...
"apa ada pada rupa?"
wassalam.
ayat-ayat cinta oleh: epoi (yg sentiasa sibuk)
Saturday, September 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment