Salam Sejahtera, Salam Ramadhan al-Mubarak, Salam Kemerdekaan
Coretan yg dulu tu, nanti2 kot aku sambung utk bhg yg seterusnya, sebagai memberi laluan kepada agenda terpenting yg semakin hampir iaitu majlis jamuan aidilfitri (a.k.a reunion, gathering) dll yg sewaktu dgn nya yg akan diadakan pada hari raya ke-4, insya-allah di smrpb (smkrpb).
Sekadar ingin berkongsi pengalaman dan perasaan, reunion adalah sesuatu yg amat dinanti2 kan oleh sapa2 sahaja yg bersahabat, bersaudara, berkeluarga dsb. Di situlah platform utk bertemu mesra, berbual bicara, bercerita kisah2 lama, memori2 indah, pahit, kelat, berkenal-kenalan terutamanya dgn org2 baru dan apa saja agenda yg bisa aja dilakukan di dalam sesuatu union.
Reunion (perjumpaan semula) dapat mengeratkan hubungan yg telah lama terputus (loss contact), bkn terputus disebabkan perseteruan atau perselisihan faham, tapi terputus bersama angin perubahan masa, tempat, persekitaran yg membawa kita ke tempat yg lain, daerah yg lain malahan negeri dan negara yg lain. Bagi yg memang terputus disebabkan perseteruan, inilah masa dan ketikanya utk bermaaf-maafan dan menjalin kembali silaturrahim.
Reunion, sama ada secara formal atau informal, matlamatnya tetap sama. kaedah saja yg berlainan, kaedah termasuklah suasana lokasi, kos2 yg terlibat pasti akan berbeza2 mengikut di mana dan bagaimana reunion itu diadakan.
Reunion bukanlah sekadar 2-3 org rakan2 drp berpuluh2 atau beratus2 rakan yg ada. Itu cuma pertemuan biasa, atau sekadar makan-makan sama2 ngan kawan2 yg ada. Reunion ni lebih gah drp pertemuan biasa,sebab ia melibatkan lebih drp majoriti rakan2 yg ada, melibatkan suasana yg lebih meriah, kos yg lebih, organisasi pengurusan pun lebih, dsb.
Sebenarnya aku suka reunion ni. Dan aku beruntung juga sebab isteri aku pun menyokong aku utk sama2 ke reunion raya ni. Yela, dulu masa jamuan raya di Hotel Hillcity, aku masih solo. Selain dpt jumpa rakan2 lama,bertanya khabar, bergurau senda, aku bayangkan reunion ni sbg sebuah rumah yg besar yg dpt menyediakan tempat utk kita sama2 beraya. Yela, nak raya ke semua rumah kawan2 dlm tempoh sebulan Syawal, rasanya mustahil. Semua org ada komitmen masing2, cuti raya tak panjang, duduk n kerja jauh (di luar Perak) dll.
Jadi, dgn adanya aktiviti ini, sekurang2 nya kira dah beraya la ke rumah kawan2 semua. Sekali harung la tu. Tapi kita harus ingat, kita akan cuba yg terbaik utk hadir ke reunion, tambah2 lagi bagi kawan2 yg memang dah lama sgt tak berjumpa, teringin nak bertemu kembali. Prinsip aku mudah, jika ada kelapangan (masa), jika ada kesihatan (sihat walafiat), jika ada rezeki (budget cukup), insyaallah sampai la aku ke reunion ni. Kadangkala kita merancang, Allah yg menentukan.
Sejak dah berkeluarga ni, ditambah seorang cahaya mata, segala2 tertanggung di bawah tanggungjawab sebagai seorang suami dan papa kepada anak aku. Harapnya semua akan berjalan lancar, semua kawan2 dan keluarga dapat hadir dgn selamat dan sempurna pergi dan balik. Reunion akan berjalan dgn lancar spt yg dirancang.
Harapan kita semua, biarlah kali ini kawan2 akan datang seramai yg mungkin. Memang betul kata Epoi, bila aku tengok gambar2 reunion baru2 ini, aku tengok gambar Det, cam tak ceria je. Betul ke Det? Mungkin sebab ramai kawan2 tak dapat datang, takpela masing2 dgn alasan masing2, termasuklah aku. Takpalah, kita doakanlah sama2 agar ramai kawan2 dapat datang kali ini. Apalah ertinya jika reunion yg datang hanya 4-5 orang drp berpuluh2 rakan2 yg ada. Kurang sgt drp 20% yg hadir. Jika kehadiran ke reunion lebih drp 60% pon dah cukup baik. Kita faham lah, ada kawan2 yg tak dapat hadir disebabkan urusan masing2. Sebenarnya, secara tak langsung, reunion ini adalah tanggungjawab kita bersama. Jika kita sama2 menyokong aktiviti kita ini, sudah pastilah ia akan berjaya. Kejayaan aktiviti khasnya bagi batch kita terletak di tangan kita semua, bkn nya di tangan Mizan dan Epoi berdua. Diorg tak cukup tangan yg 4 tu.
Akhir sekali buat ketika ini, aku bersama2 dengan rakan2 penganjur (penggerak) jamuan aidilfitri 2008 ini, menyeru, menjemput, mempersilakan, mengharapkan kawan2 semua, marilah kita beramai2 hadir untuk memeriahkan majlis kita. Ini majlis kita, bkn nya majlis org lain. Semoga perancangan kita menjadi kenyataan dan diberkati Allah sentiasa, Kredit yg tak terhingga buat Mizan dan Epoi bersama rakan2 penggerak majlis ini. Aku dari jauh sentiasa memberi sokongan moral utk kalian semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment