Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk kita kembali ke sekolah dan bertemu semula rakan2 yang ada di antaranya sudah 17 tahun terpisah. Perjumpaan kali nih bolehlah diibaratkan sebagai titik permulaan utk kita kembali mengeratkan tali silaturrahim yang renggang kerana kita dipisahkan oleh jarak dan waktu.
Tiada tujuan lain mengapa aku cukup bersemangat untuk menjayakan program perjumpaan ini melainkan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Terasa begitu rugi sekiranya silaturrahim yang terjalin 17 tahun lalu dibiarkan renggang dan jika kita tidak berusaha untuk mencantumkannya kembali tidak mustahil ianya akan tetputus satu hari nanti. Adalah menjadi harapan kami semua agar silaturrahim yang terjalin ini akan dapat dieratkan dan dikekalkan sehingga ke akhir hayat.
Untuk pengetahuan semua, Epoi sedang berusaha untuk mendapatkan katerer utk menyediakan makanan kita pada majlis tersebut. Itu sebablah kami masih belum maklumkan kos bayaran yang perlu dijelaskan. InsyaAllah kita sedang berusaha untuk mendapatkan kos yang paling minimum.aku ubah ayat mizan sikit.kelewatan mencari quotation ada juga bersangkut paut dgn late decision nak join gath, nk bajet mcmana jika kita masih mencari org dlm mgu lepas,so aku nk cakap kt katerer berapa org pon x berani...biladh tau berapa org exactly hadir,senang aku nk berurusan dgn katerer dan buat bajet(epoi).
Perjumpaan kali ini juga pastinya cukup menarik kerana pemilihan lokasi majlis kita itu. Yang menariknya kita adalah kerana kita meninggalkan tempat itu pada usia kita 17 tahun dah kita kembali semula setelah 17 tahun kita tinggalkannya. Bagi yang kali terakhir menjejakan kaki di Bainun 17 tahun yang lalu pastinya akan teruja dengan perubahan yang berlaku pada persekitarannya... terlalu banyak yang "baru" sekarang ini... memang berbeza sekali dengan apa yang kita tinggalkan 17 tahun lalu... Namun kembalinya kita 4 Oktober nanti pastinya akan menggamit nostalgia...
Kepada kengkawan yang aku tak dapat hubungi, sekiranya anda terbaca blog ini janganlah segan untuk hubungi aku ataupun Epoi. Sebagai insan biasa pastinya kita tak lari dari melakukan kesilapan... Aku sedar ramai lagi kengkawan yang aku tak dapat hubungi, jadi kepada yang aku tak hubungi aku bagi pihak rakan2 yang lain memohon maaf... walaupun aku tak hubungi bukan bermakna anda telah dilupai.... tidak sama sekali... Kepada kengkawan yang tidak menamatkan pengajian dibainun sehingga tahun 91 juga anda adalah sebahagian daripada kita semua.... anda juga dijemput utk hadir...
Kepada kengkawan yang pada awalnya telah menyatakan tidak dapat hadir tetapi di saat akhir berlaku perubahan program raya anda dan anda mempunyai masa juga jangan segan untuk sama2 hadir memeriahkan majlis kita nanti...
Akhir sekali marilah kita sama2 berdoa ke hadrat Allah SWT agar apa yang telah kita rancangkan ini diperkenankan-Nya...
Antara jawapan SMS yang aku terima:
11-Sep-08 18:25
From : Dilah
Akum. maaf le takdpt gi jamuan raya nant. sy tgh menunggu hari ni. slmt bebuka
15-Sep-08 13:46
from : Azlina Saad
Maaf, x dpt hadir. Trm ksh ats jmptn.
15-Sep-08 13:47
From : Samira
Maaf tak dapat hadir, ada komitmen belajar yg penting. TQ
15-Sep-08 15:23
From : Fazlinda
Hi Mizan, thanks 4 the sms, Sad 2 inf that I'm not able 2 make it to the function. Anyway, tq for the invitation - fazlinda amir
16-Sep-08 09:05
From : Ruslan
Aku rasa x sempat ler...coz 4/10 aku masih berada d kuantan spupu bini aku kawin...mlm tu baru balik KL...frust jgak aku nak jumpe kengkawan nih...anyway krim slam kat semua .,.seronok tgk gambo2lame kat blog kiter
17-Sep-08 20:59
From : Rothnaida
Sorry mizan, aku xleh joint, adik ipar aku kawin hr 2
No comments:
Post a Comment